Tuesday, September 4, 2012

Perihal Gout yang mungkin kita tidak ketahui..


Seperti yang pernah kami janji kan dalam entri sebelum ini : Diari : Sembang pasal Gout . Entri kali ini skali lagi bercerita pasal gout. Kita kongsi maklumat bagaimana gout ini sebenarnya.

GOUT!! 

Biasanya apabila menghidap satu-satu penyakit tidak kira la penyakit tu berisiko tinggi atau tidak, antara nasihat ‘wajib’ yang diberikan oleh doktor ialah jaga makan dan mula bersenam. Namun ramai menganggap nasihat untuk ‘jaga makan; itu sebagai berpantang. Inilah yang membuatkan sesetengah pesakit tu menjauhi terus kumpulan makanan yang dirasakan boleh merangsang penyakit mereka. Anda pernah alami tak?

Mereka mengakui berpantang itu susah dan hanya orang yang benar-benar teguh semangat mampu melakukannya, apatah lagi untuk jangka masa panjang. Ini sebabnya pakar perubatan menyarankan kita ‘jaga makan’ dengan mengamalkan pemakanan secara bersederhana, melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan serta minum banyak air kosong.

Nasihat dan panduan ini juga diberi kepada pesakit gout bagi mengelak serangan berulang. Ini kerana pemakanan mengandungi banyak sumber tumbuh-tumbuhan dapat membantu mengurangkan penghasilan asid urik dalam badan dan secara tidak langsung mengurangkan kekerapan mendapat serangan gout. Gout disebabkan pengumpulan asid urik dalam darah; yang terhasil daripada proses pemecahan makanan. Buah pinggang akan menapis darah dan menyingkirkan asid urik melalui air kencing.

PUNCA GOUT ?

Bagaimanapun bagi pesakit gout, asid urik tidak dapat disingkirkan sepenuhnya dan lama kelamaan paras asid urik dalam darah akan meningkat. Asid urik ini kemudiannya akan mendap di sendi, terutamanya pada sendi bensar. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.
Asid Urik boleh menyebabkan keradangan pada sendi dan ketika inilah serangan gout berlaku. Pesakit akan berasa sakit sehingga tidak boleh menggerakkan sendi terbabit. Malah ada pesakit terpaksa mengambil cuti sakit setiap kali mengalami serangan gout.

Gout adalah satu daripada penyakit sendi dan serangan pertama biasanya berlaku dalam lingkungan umur 40 hingga 50 tahun. Bagaimanapun, gout boleh menyerang semua peringkat umur, termasuk remaja.
Gout juga boleh disebabkan oleh gemuk, tekanan, kerosakan buah pinggang, penghasilan terlalu banyak asid urik, terlalu sedikit penyingkiran asid urik, kesan sampingan ubat diuretic dan akibat penyakit lain seperti tekanan darah tinggi serta kebuluran.

Serangan berlaku secara mengejut dan cepat, tidak seperti artritis lain yang menyerang perlahan-lahan. Sendi terbabit terasa sangat sakit sehingga jika ditindih dengan kain nipis pun dirasakan boleh menambah kesakitan.

Serangan gout berlaku pada satu sendi dan tanpa rawatan, setiap serangan boleh berlanjutan antara satu hingga dua minggu. Manakala serangan kedua biasanya mengambil masa lama (bulan atau tahun) untuk berlaku dan serangan ini boleh berulang dari semasa ke semasa pada sendi sama.

Dianggarkan 60% pesakit mengalami serangan kedua dalam masa setahun dan 78% mendapat serangan kedua dalam masa 2 tahun. Hanya 7% pesakit tidak mengalami serangan berulang dalam tempoh 10 tahun.
Serangan gout boleh dicetuskan oleh beberapa factor seperti pengambilan minuman beralkohol berlebihan, terlalu banyak makan terutama makanan yang kaya purin, kecederaan kecil pada sendi, tidak cukup minum air, badan mengalami kekurangan air disebabkan pengambilan sesetangah jenis ubat dan mengamalkan diet melampau.

Jika tidak diberi rawatan, serangan boleh berlaku dengan lebih kerap, lama dan mungkin membabitkan sendi lain. Satu perkara penting yang perlu diketahui ialah, serangan gout yang terlalu kerap boleh merosakkan sendi dan kerosakan ini adalah kekal, tidak boleh dipulihkan dan akan menyebabkan pesakit menjadi cacat.
Untuk mengelak kesakitan dan kecacatan inilah, selain pengambilan ubat, pesakit gout diingatkan berulang kali untuk minum banyak air sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter air masak sehari.

Apabila mendengar saranan ini, ramai pesakit gout, terutama yang sudah berumur berasa kurang senang kerana ia akan membuatkan mereka kerap buang air dan perkara ini dianggap sangat menyusahkan.
Sebenarnya ini antara kaedah kawalan dan pengurusan penyakit gour. Apabila pesakit minum banyak , air kencing akan menjadi cair dan setiap kali mereka berulang ke tandas sebahagian daripada asid urik dikeluarkan daripada badan.
Diagram ini menunjukkan berlakunya gout

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...