Monday, July 30, 2012

Kurus dengan Minyak Kelapa Dara (VCO)

Adakah anda boleh turunkan berat badan anda dengan minyak kelapa dara? Semenjak akhir akhir ini banyak kajian yang dijalankan telah mengesahkan bahawa minyak kelapa dara boleh meningkatkan metabolisma dan membantu anda untuk membakar lemak dengan pantas.


Salah satu masalah dengan strategi pengurangan berat badan pada hari ini adalah tanggapan ramai bahawa lemak adalah tidak baik untuk anda dan boleh menyebabkan kegemukan.

Kami akui bahawa memakan terlalu banyak lemak hidrogenasi boleh mengakibatkan kalori lemak berlebihan dan peningkatan tahap kolestrol. Di sini ada suatu kebenaran bahawa lemak adalah cara paling mujarab untuk mengekalkan diet yang seimbang. Tubuh badan anda memerlukan lemak untuk merembeskan hormon dan membran selular. Lemak juga membantu tubuh badan anda menyerap beberapa mineral yang mampu melarutkan lemak dan juga vitamin seperti vitamin A & D. Tanpa lemak, tubuh kita tidak dapat berfungsi dengan baik.

Jika anda ingin menurunkan berat badan, anda perlu melakukannya dengan kaedah yang seimbang dan menyihatkan. Cara pemakanan yang sihat dan senaman harian akan membawa ke perjalanan yang jauh untuk mencapai kepada berat badan yang ideal.

Tetapi adakah mustahil untuk menurunkan berat badan dengan minyak kelapa dara dan makan makanan kegemaran anda dalam masa yang sama?

Minyak Kelapa Dara dan Penurunan Berat Badan

Hmmm.. minyak kelapa dara mampu menurunkan berat badan. Anda pasti akan terfikir, "Bukankah minyak kelapa dara tak elok?".
Buat makluman anda, sejarah berkaitan minyak kelapa menunjukkan ianya mempunyai reputasi yang buruk ketika peristiwa perang habis habisan melawan lemak pada 50 tahun yang lepas. Menurut kajian yang lapuk berkenaan, mereka mengkaji menggunakan minyak kelapa terhidrogenasi di mana ianya boleh mengakibatkan peningkatan tahap kolestrol dan kami sedia maklum bahawa lemak terhidrogenasi memang tidak baik untuk kesihatan kita.

Bagaimanapun, tidak seperti minyak kelapa terhidroenasi yang lampau, minyak kelapa dara tidak terhidrogenasi dan tidak mempunyai kolestrol. Sebenarnya, ianya merupakan sumber lemak yang paling menyihatkan dalam diet seharian kita.


Jadi, mari kita melihat dengan lebih mendalam untuk membuktikan bahawa anda boleh menurunkan berat badan anda dengan minyak kelapa dara:


Adakah Minyak Kelapa Dara (VCO) meningkatkan metabolisma dan menggalakkan penurunan lemak?
-Satu perkara yang perlu diketahui adalah minyak kelapa dara mengandungi medium chain fatty acids (MCFA) dan ianya lebih dikenali sebagai Medium Chain Triglycerides (MCT).
-Kajian menunjukkan bahawa tubuh badan kita mencernakan MCFA lebih mudah berbanding lemak-lemak lain. Sebenarnya, ianya melalui saluran yang berbeza apabila ia dimakan. Ianya dihantar terus ke hati untuk dimetabolisasikan dan terus ditukarkan kepada sumber tenaga. Ini akan menyebabkan peningkatan metabolisma, peningkatan peluang anda untuk mempercepatkan proses penurunan berat badan anda dan memberikan tenaga yang lebih kepada anda.
-Suatu kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clininal Nutrition mendapati bahawa pengguna dapat menurunkan berat badan apabila mereka memperolehi MCFA dalam diet mereka. Sebenarnya, mereka mendapati ramai yang dapat menurunkan berat badan dengan pengambilan diet yang mengandungi MCFA berbanding diet yang mengambil minyak zaitun.


Adakah Minyak Kelapa Dara (VCO) mampu mengurangkan penyakit mengidam makanan?
-Semua sudah maklum bahawa memakan terlalu banyak makanan boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan. Jika anda pernah menderita penyakit mengidam makanan pastinya anda tahu betapa mudahnya pihak lain boleh sabotaj anda dengan propaganda penurunan berat badan.
-Kami yakin bahawa diet yang kurang lemak boleh mengakibatkan tubuh anda mengidamkan lemak. Bila saya ingin menurunkan berat badan, saya cuba meningkatkan pengambilan minyak yang sihat maka saya dapat sumber bernutrisi lemak yang sihat dalam diet saya. Saya mendapati ianya mampu mengurangkan selera makan saya dan mengidam makanan berlemak. Menyalurkan diet anda dengan lemak yang sihat akan membantu dalam mengekalkan perasaan di mana anda rasa kenyang dan dapat mengurangkan perasaan mengidam makanan (selera nak makan sangat).


Berapa banyak berat yang mampu diturunkan dengan Minyak Kelapa Dara (VCO)?

Jumlah berat badan yang boleh diturunkan bergantung kepada beberapa faktor.
Memakan diet yang sihat dan disusuli senaman merupakan peranan uama untuk memastikan penurunan berat badan jangka panjang. Jika anda ingin menurunkan berat badan dengan Minyak Kelapa Dara (VCO) ianya merupakan suatu proses yang perlahan, berperingkat-peringkat dan proses yang menyihatkan.

Beberapa individu telah mengadu bahawa mereka telah berjaya menurunkan 5 pound dalam masa seminggu dengan Minyak Kelapa Dara, tetapi saya rasa ianya mungkin disusuli beberapa senaman. Beberapa pakar kesihatan mengesyorkan bahawa penurunan berat badan adalah baik adalah 1 pound seminggu.

Kajian perubatan terhadap minyak kelapa dan dan penurunan berar badan.

Ada kajian menunjukkan bahawa Medium Chain Triglycerides (MCT) membantu meningkatkan metabolisma dan sekaligus menurunkan berat badan.
Medium Chain Triglycerides (MCT)
Kajian semenjak akhir akhir ini di McGill School of Dietetics and Human Nutrition in Montreal (Canada), mengkaji minyak kategori MCT pada lelaki dan wanita yang mempunyai berat overweight 25 pound. Minyak berkenaan mengandungi 67% minyak tropika, mengandungi minyak kelapa, flaxseed oil dan minyak zaitun.

Peter Jones, seorang professor yang bertugas dalam kajian berkenaan menyatakan bahawa minyak berkenaan 'terus diarahkan ke hati untuk dibakar dan ditukarkan kepada tenaga. Minyak berkenaan tidak disimpan di dalam tubuh sebagai lemak dan mampu meningkatkan metabolisma, di mana ianya sebagai kunci dalam mengekalkan berat badan yang sihat. Ada juga data provokasi yang mengatakan bahawa minyak yang mengandungi MCT mampu mengurangkan selera makan'.

Salah seorang peserta berjaya mengurangkan sekitar 1 pound sebulan. 'Selepas mengambil minyak berkenaan selama setahun, seseorang boleh menurangkan 1 pound sebulan atau 12 pound setahun' kata Jones, juga mendapati bahawa peserta wanita memperoleh kadar metabolisma yang tinggi.

Anda boleh mendapatkan testimoni daripada internet daripada mereka yang berjaya menurunkan berat badan mereka dengan Minyak Kelapa Dara. Penurunan berat badan ini disebabkan peningkatan metabolisma daripada MCFA, pengurangan kalori, atau peningkatan aktiviti fizikal.

Buat masa ini, ada juga harus berjumpa dengan ahli fizik (perubatan) untuk berbincang jika anda berhasrat untuk menurunkan berat badan dengan Minyak Kelapa Dara atau sebelum bermulanya apa jua pelan kurangkan berat badan.


Kesimpulan

Anda perlu ingat bahawa penurunan berat badan perlu dilakukan dalam kaedah yang seimbang dan menyihatkan. Memakan makanan yang berzat dan mendapatkan aktiviti fizikal yang banyak merupakan peranan utama dalam memperoleh matlamat pengurangan berat badan anda.

Adalah wajar untuk menurunkan berat badan dengan Minyak Kelapa Dara kerana:

- ianya memberikan tubuh anda lemak yang sihat yang diperlukan untuk tenaga.
- ia boleh meningkatkan metabolisma - MCFA boleh dicernakan lebih pantas yang mengakibatkan peningkatan metabolisma dan lebih banyak kalori terbakar.
- ia boleh mengurangkan penyakit mengidam makanan (terlalu berselera) - anda memperoleh sumber lemak yang baik dalam tubuh badan, jadi anda akan sentiasa rasa kenyang dan sifat selera makan tak menentu dapat dikurangkan

Ingat, Minyak Kelapa Dara bukanlah segala penyelesaiannya dan bukan juga jalan pintas untuk menurunkan berat badan anda. Minyak yang semulajadi ini menolong anda untuk meningkatkan metabolisma dan memastikan anda dapat menguruskan berat badan anda dengan lebih baik.


Sumber : http://vircocoil.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...