Thursday, September 27, 2012

BERITA CATALYST : 27 September 2012

Front Page Berita Catalyst Edisi Kota Samarahan : Vol. 2

Koleksi Testimoni Pic #25


Koleksi Testimoni Pic #24


Koleksi Testimoni Pic #23


Koleksi Testimoni Pic #22


Koleksi Testimoni Pic #21


Koleksi Testimoni Pic #20


Koleksi Testimoni Pic #19


Koleksi Testimoni Pic #18

Kesan supplemen adalah bergantung kepada immuniti badan, hormon dan toxity dalam badan individu. Jangan berputus asa sekiranya anda mengalami proses perubahan yang lambat, kerana supplemen bukan ubat. Supplemen adalah untuk memperbaiki fungsi badan dengan lebih baik secara total.

Untuk mendapatkan set VCO + Ambience atau VCO + Collagen, hubungi kami : 013-8022278 / 019-8292278 atau mana-mana agen kami yang tersenarai dalam blog ini.

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog Wacana Wardina.

Video : Kajian Sainstifik tentang VCO


Alhamdulillah....sempat jugak kami selesaikan task menyiapkan video promo untuk Virgin Coconut Oil ni. 3 jam menyiapkannya oleh amatur seperti kami memang puas hati. heheh. Layan video ini wokeyyy!

Virgin Coconut Oil telah dikaji tentang keperluannya dan manfaatnya dalam sains perubatan. Penemuan-penemuan itulah yang menjadikan kami lebih yakin tentang produk ini. Namun kami tidak terlalu taksuf dengan Virgin Coconut Oil ini untuk memulihkan penyakit....jika tanpa izin-Nya. Apa yang telah terbukti dari VCO ini adalah atas kehendak-Nya. Kami hanya menyampai sahaja, hidayah dan petunjuk adalah urusan Allah s.w.t. 

Allah s.w.t telah ciptakan sesuatu itu...pasti ada manfaatnya. Pokok kelapa jika kita tidak mengkaji tentang khasiatnya oleh pakar-pakar sains sudah pasti sehingga sekarang kita hanya tahu air kelapa boleh diminum, isinya boleh dijadikan santan, batang boleh dibuat titi, daun boleh dibuat lidi dan ketupat. Kannn? 

Besarnya nikmat yang Allah s.w.t berikan untuk kita di bumi ini..Alhamdulillah.

Tuesday, September 25, 2012

Monday, September 24, 2012

Koleksi Testimoni Pic #17

Ambience kini semakin menjadi isu hangat dalam facebook stokis dan agen. Untuk membuktikan hasil produk Ambience Catalyst...semakin banyak testimoni dari Stokis dan Agen tentang produk ini.

Koleksi Testimoni Pic #16

Testimoni daripada stokis Catalyst : Rose Liyana...memberi keyakinan untuk tampak berseri dengan Catalyst

Wednesday, September 19, 2012

Diari : Pilihan terbaik untuk kulit anda Ambience dan VCO

Assalamualaikum.....
Sapa yang dah jenguk page facebook Catalyst Kota Samarahan kami hari ni..pasti dah tengok pic kat bawah nie kan? Ini la testimoni saya sendiri tentang produk Catalyst. Kalau hari tu kami dah buat entri pasal Mindstar. Hari ni  kami berkongsi pula tentang produk VCO + Collagen + Ambience.

Bagi Wanita...penjagaan kulit itu sangat penting. Tapi saya percaya lelaki jugak begitu, kan? Kami - Team Catalyst Sarawak sendiri telah berkongsi beberapa hasil daripada penggunaan produk Catalyst ini. Terpulang kepada anda untuk menilainya dan memilih untuk mencuba. Keputusan di tangan anda.


Sebenarnya..saya sendiri teruja dengan produk Ambience ni apabila nampak sendiri perubahan dengan Cik Amni (DC Catalyst, Sarawak). Kami pernah buat entri tersebut :  KOLEKSI TESTIMONI #12. Mungkin saya agak terlambat untuk mencuba produk ini berbanding dengan Stokis lain. Tapi saya perlu mencuba untuk menilai sendiri keberkesanan produk terbaru dari Catalyst ni.

Saya mungkin kurang arif pasal produk kecantikan. Pernah salah seorang pelanggan, Pn. Agnes memberi responnya tentang produk ini untuk melihat kandungannya selepas Ambience baru beberapa hari berada di pasaran Sarawak. Dari pemerhatian saya, Pn. Agnes lebih arif tentang produk kecantikan berbanding saya. Katanya "Ambience ni Stemcell. Bagus produk ni..ia lebih baik daripada Collagen. Tapi saya nak tengok testimoni orang lain dulu sebelum cuba,". Itulah pertama kali saya mendengar perkata Stemcell (hehehe..nampak sangat ceteknya ilmu tentang produk kecantikan). Sejak dari itu lah saya membuat carian dalam internet pasal kelebihan yang terdapat dalam Ambience (seperti yang anda lihat dalam page facebook kami).

Bagaimana saya mengamalkan VCO + Ambience ?
Saya makan seperti biasa. Selepas makan malam..saya akan ambil 2 kapsul VCO Softgel, dan Sebelum tidur saya akan mengambil 1 sachet Ambience. Biar pun ada kala saya terlepas untuk makan supplement ni. Selama 2 minggu pengambilan VCO dan Ambience, saya rasa kulit lebih sekata. Kulit yang dulu pernah mengelupas akibat produk kecantikan lain...sudah tidak kelihatan. Selama 2 minggu itu saya tidak lagi menggunakan produk kecantikan lain, kecuali pencuci muka dan hanya bedak SimplyCT.

Harga Ambience+VCO 
Ambience ni agak mahal bagi sesetengah orang, termasuk saya sendiri. RM269.00 memang diluar kemampuan kebanyakan orang. Tetapi dengan hasil jualan produk Catalyst inilah  saya membeli dan mencuba sendiri Ambience ini. Itulah kelebihan menjadi Stokis / Agen Catalyst.

Kini saya bersyukur dengan hasil perubahan kulit saya. Tidak hanya pada kulit wajah..tetapi pada kulit pada anggota badan lain juga nampak perubahan. Lebih halus dan cerah.

Mungkin ada sebilangan anda berkira-kira untuk membeli set ini.
VCO : RM43.90
AMBIENCE : RM269.00

Anda belom mencuba bukan? Jika anda tidak berkira-kira tentang kecantikan kulit bernilai RM312.90, anda boleh hubungi saya untuk mendapatkannya. Jika anda mendaftar sebagai Agen Catalyst...anda boleh mendapatkan set ini dengan harga : RM239.00 sahaja

Hubungi Safaraliwati : 013-8022278


Saturday, September 15, 2012

Apa punca anda mengidap Sindrom Ovari Polisistik??

Ini merupakan lanjutan perbincangan tentang masalah Sindrom Ovari Polisistik.  Mungkin perkara ini nampak remeh..tetapi percayalah, isu ini memang berisiko tinggi buat Wanita.

Jika anda belum membaca entri  Haid Tidak Teratur? Sila Beri Perhatian...Ini Penting! sila baca artikel tersebut terlebih dahulu. 



SOALAN LAZIM

Siapa yang berisiko mendapat PCOS?
Sesiapa boleh mendapat PCOS tanpa mengira peringkat usia namun kekerapan berlaku lebih kepada wanita berusia 20 hingga 30 tahun. Keturunan turut menjadi penyumbang kepada gejala berkenaan.


Apakah punca PCOS?
Setakat ini tidak diketahui bagaimana ia berlaku tetapi terdapat beberapa teori yang hangat diperkatakan antaranya :

Kekurangan hormon

Ia mungkin disebabkan kekurangan hormon kerana mereka yang mengidap PCOS didapati tidak mengandungi tahap hormon yang secukupnya untuk ovulasi berlaku. Untuk berlaku ovulasi, hormon FSH dan LH mestilah berada dalam keadaan yang seimbang tetapi ia tidak berlaku pada mereka yang mengidap PCOS. Oleh yang demikian, folikel didalam ovari tidak berkembang dan gagal matang seterusnya tiada berlaku ovulasi.

Kebal kepada insulin

PCOS mungkin juga disebabkan oleh badan yang kebal kepada insulin.ini menanmbahkan lagi risiko anovulasi.

Faktor genetik

Ia mungkin disebabkan oleh penyakit keturunan kerana terdapat ramai dikalangan PCOS mempunyai keluarga yang mengidap gejala sama.

Bagaimana mahu mengetahui gejala ini pada diri sendiri?

Sekiranya anda didapati sukar untuk hamil, doktor selalunya akan membuat beberapa ujian untuk memberikan diagnosa yang tepat terhadap masalah anda:

Ujian darah Luteinizing Hormone (LH)

Ujian darah Follicle Stimulating Hormone(FSH)

Ujian darah Progesterone/Testesterone

Ujian darah prolaktin

Ultrasound Pelvis- rahim dan ovari

Bagaimana merawat masalah ini?

Sekiranya anda didiagnosakan mempunyai PCOS, terdapat beberapa jenis rawatan yang boleh menolong anda mengurangkan simtom dan mengembalikan kesuburan anda.

Ubat subur

Adalah ubat kesuburan yang boleh menolong mengalami ovulasi.

Ubat perancang keluarga

Pil ini boleh mengembalikan semula hormon anda dan mengurangkan simptom seperti mengurangkan bulu yang berlebihan dan haid yang tidak teratur. Pil ini selalunya diberikan bagi mereka yang tidak bercadang untuk hamil.

Pembedahan

Sekiranya anda mengalami PCOS dan ubat subur tidak memberikan kesan yang memuaskan, doktor anda mungkin mencadangkan prosedur yang dinamakan ovarian drilling. Ia adalah sejenis pembedahan menyebabkan ovari akan dikorek menggunakan alat khas. 70 peratus wanita mengalami ovulasi selepas menjalani prosedur ini.

Mengenai PCOS

Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.

PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.

PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.

Rawatan bergantung kepada wanita sama ada berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.

Simptom sindrom ovari polisistik (PCOS)

Masalah jerawat.

Kitaran haid tidak menentu.

Hirsutism - pertumbuhan bulu roma yang tidak normal (seperti misai atau janggut).

Masalah berat badan - berat badan bertambah ataupun bahagian atas badan lebih besar atau gemuk daripada bahagian bawah.

Ovari lebih bengkak daripada wanita lain dan mempunyai lebih daripada satu cista.

Keguguran rambut.

Kurang subur.

l Sukar hamil

Rawatan: Terbahagi kepada tiga, iaitu :

Ubat - pengambilan ubat seperti Clomid dan suntikan HCG untuk membantu proses ovulasi. Sesuai digunakan untuk wanita yang langsing dan hanya boleh dilakukan bagi tempoh enam bulan sekali atau enam kali saja.

Surgeri - pembedahan Laparoscopic Ovarian Drilling yang mana ovari akan ditebuk supaya sista kecil dihapuskan dan ovari lebih senang distimulasikan untuk menghasilkan telur dan ovulasi.

In vitro fertilisation (IVF) - jika masih tidak mengandung selepas menjalani semua rawatan tadi, pasangan perlu mempertimbangkan teknik permanian IVF.

Koleksi Testimoni Pic #14


Koleksi Testimoni Pic #13


Friday, September 14, 2012

Haid tidak teratur? SILA BERI PERHATIAN....ini PENTING!



RAMAI wanita sering menganggap kitaran haid tidak teratur sebagai perkara biasa dan tidak diberi perhatian serius. Malangnya, masalah berkenaan mungkin menjadi punca kesukaran untuk menimang cahaya mata kelak.

Menurut Perunding Obstetrik dan Sakit Puan Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr Suriati Akmal Mahari, kitaran haid yang tidak menentu antara gejala menunjukkan seseorang wanita itu mungkin mengalami sindrom ovari polisistik (PCOS), punca lazim menyebabkan seseorang itu kurang subur.

“PCOS adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi yang berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Kajian menunjukkan 90 peratus wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30 peratus yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.

“Ia adalah masalah paling lazim yang menyebabkan seseorang wanita itu gagal hamil, tetapi malangnya sehingga kini tidak ramai yang menyedarinya.

“Bahkan ramai antara wanita di Malaysia mempunyai gejala ini tanpa disedari kerana ia tidak menunjukkan simptom awal misalnya sakit atau deman yang biasa berlaku seperti penyakit lain.

“Bahkan gadis seusia awal 17 tahun juga boleh dijangkiti PCOS. Selain kitaran haid tidak teratur gejala seperti jerawat, kenaikan berat badan serta pertumbuhan bulu roma yang luar biasa antara simptom awal gejala ini,” katanya, baru-baru ini.

Menurutnya, PCOS boleh mengganggu proses ovulasi dan penghasilan telur yang berkualiti dari ovari, seterusnya menyebabkan wanita berkenaan mempunyai kitaran haid yang tidak menentu dan boleh mengganggu sistem badan yang lain seperti metabolisme dan sistem kardiovaskular.

“Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar. Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi sista kecil di dalamnya.

“Kebanyakan gejala ini berlaku pada wanita berusia 20 hingga 30 tahun tanpa mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi di kalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan,” katanya.

Meskipun ovari mengandungi folikel dengan telur, folikel berkenaan tidak membesar dan matang sepenuhnya untuk menggalakkan ovulasi. Ovari yang tidak bermasalah biasanya menghasilkan satu folikel matang setiap bulan sebelum dikeluarkan bagi proses persenyawaan di saluran falopia.

Begitu pun, ada juga wanita yang mempunyai penampilan ovari normal, tetapi mempunyai gejala lain. Pada dasarnya ovari yang bermasalah ini juga hiperandrogenik, iaitu ovari menghasilkan jumlah hormon lelaki testosterone dan androstenedione berlebihan.

Ini menyebabkan hirsutism atau pertumbuhan bulu yang tidak sepatutnya seperti pada atas bibir dan dagu (misai dan janggut). Ada kalanya keadaan ini juga menyebabkan penambahan berat badan, diabetis dan penyakit kardiovaskular.

Kajian antarabangsa menunjukkan kira-kira 20 peratus daripada wanita yang berusia melebihi 20 tahun mengalami masalah ini, dan lebih daripada 40 peratus wanita yang mempunyai masalah kesuburan adalah disebabkan PCOS.

Ramai wanita mengalami gejala atau simptom yang berbeza antara satu sama lain menyebabkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar dilakukan.

Ada juga yang mempunyai simptom ringan seperti jerawat kecil selain simptom lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka serta keguguran rambut.


Artikel ini disiarkan pada : 2011/09/25

Catalyst Kota Samarahan menyarankan kepada mereka yang mempunyai masalah PCOS ini mengambil supplement seperti berikut : 
1.  Virgin Coconut Oil + Mexorea atau 

2. Virgin Coconut Oil + Femme Vita.


hubungi kami untuk pembelian : 013-8022278 / 019-8292278

Tuesday, September 11, 2012

Kumpulan Darah tidak mempengaruhi kesan cepat atau lambat hasil supplement itu..

Entri ini dalam Bahasa Sarawak. 

Persoalan tuk diusul kepada Madam Vi  (Penceramah  Program Catalyst Jelajah Sarawak) ari tuk tek melalui FB. Persoalan tuk d timbulkan apabila nangga ado customerz mempunyai kesan cepat...dan ado yang lambat bilo ngambik supplement.

Rupo-rupo nya..jenis darah kito tuk sik ado kaitan atau nulong cepat ka...lambat ka kesan pengambilan supplement yang kito ambik. Mun d baco jawapan Madam Vi yo....semua supplement yang diambil bergantung dengan imuniti badan, kestabilan hormon, dan toxicity. Yo duhalnya.

MAKSUDNyo....Mun kesannya slow dengan kito...yo adalah disebabkan oleh imuniti badan kito. Bukan nyo tegal produk supplement yo sik bagus. Jangan la kito berhenti atau berputus asa. Perlu la ngambik supplement yo berterusan...agar imuniti dan horman badan kito terus balance. Minum aek kosong yo banyak-banyak atau besenam....pakei proses mbuang toksik melalui kemeh atau berpeluh atau najis. Insya Allah hasil yo kelak akan dapat di tanggar. Istiqamah yo penting.

Monday, September 10, 2012

VCO Catalyst Liquid baik untuk mengatasi masalah radang

Assalamualaikum....

Sesiapa yang mengikuti Page facebook/Catalystkotasamarahan - pastinya pernah membaca tentang kajian saintifik  Minyak Kelapa Dara @ Virgin Coconut Oil. Kan?

Untuk lebih jelas, kami paparkan seperti di bawah :


Sebenarnya kami nak berkongsi petua yang kami alami baru-baru ini.

Pernah merasa pijar pada tangan apabila memegang cili, bawang atau serbuk lada? Perkara seperti ini biasanya terjadi semasa rewang kenduri kawin. Lazimnya petua orang-orang lama menghilangkan rasa pijar pada tangan adalah dengan melumurkan dengan garam atau gula. Ada juga orang zaman-zaman sekarang nie lebih biasa dengan minyak gamat...itu kami pasti, sebab kami biasa melakukannya.

Tapi percubaan kami (suami saya) menggunakan Minyak Kelapa Dara @ Virgin Coconut Oil (Liquid) untuk mengatasi rasa pijar tersebut berhasil semalam. Ni gara-gara suami saya membantu memasak untuk majlis 'OPEN HOUSE' esok di pejabat dia. Memang dapur bukan tempatnya suami saya..

Ok berbalik kepada amalan tadi.. proses pemulihan mungkin mengambil masa beberapa minit untuk mengurangkan rasa pijar tersebut, tapi percayalah ia berhasil. Kenapa kami mencuba dengan Minyak Kelapa Dara @ Virgin Coconut Oil Catalyst ? Kerana kami yakin kepada 2 kajian yang dipaparkan di atas akan berhasil, sebab itu kami cuba mengaplikasikan petua tersebut. Alang-alang VCO Catalyst dah ada, kenapa tak kita gunakannya!

VCO Catalyst dilumur pada tangan yang terasa pijar oleh cili / bawang.
Minyak Kelapa Dara adalah anti Inflammatory dan Analgesik dan ia juga berhasil memulihkan luka pada kulit. So..wajar bagi setiap rumah mempunyai VCO Catalyst Liquid.
VCO Liquid...anda perlu memiliki sekurang-kurangnya 1 botol untuk persediaan sebarang kemungkinan kecederaan  berlaku. Siapa tahu?

Untuk mendapatkan VCO Catalyst..hubungi kami : 013-8022278 / 019-8292278

Produk Men Super Power - Men Vita

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini dipaparkan pictogram tentang produk Khas untuk Lelaki - MEN VITA. Sambutan pelanggan tentang produk ini sangat menggalakkan. Perkongsian maklumat tentang produk akan kami war-warkan dalam entri akan datang. Ok!

Kepada mereka yang mencari hadiah untuk kekasih - MEN VITA adalah pilihan terbaik. Hadiahkan sesuatu yang lebih bermakna dengan makanan tambahan untuk kekasih atau suami tercinta. Apa tunggu laghiii??

Sunday, September 9, 2012

Mindstar Catalyst memulihkan kesakitan Migrain saya..

Assalamualaikum,

Saya sebenar kerap mengalami migrain sejak kebelakangan ini. Kalau 3 tahun dahulu...migrain saya menyerang setiap 2-3 bulan, tetapi untuk awal tahun 2012 saya mengalami migrain lebih kerap dari biasa. Ia menyerang selepas saya balik bekerja (waktu malam) atau setiap kali sebelum haid. 

Setiap kali migrain, lazimnya suami menjadi mangsa untuk mengurut kepala. Korang yang berhadapan dengan situasi ini pun pasti akan buat benda yang sama kan? Tapi sejauh mana ia berhasil? Saya dengan Minyak Angin / Minyak Cap Kapak sudah tidak boleh dipisahkan. Minyak Angin setiasa berada dalam beg galas saya. Persediaan jika saya diserang migrain (kononnya). Saya sebolehnya tidak ingin mengambil pil daripada farmasi / klinik. Tetapi saya terpaksa mengambil pil untuk mengatasi kesakitan yang semakin kerap. Sakitnya kadang-kadang menyebabkan saya terlantar terus di atas katil. Tidak mampu untuk membuat sebarang kerja rutin. 

Pada awal Julai 2012, saya diserang migrain seperti biasa.
Suami saya bimbang jika migrain saya menyerang lebih teruk dari sebelumnya, menyarankan saya untuk mengambil Mindstar Booster pada malam tersebut. Pada mulanya saya agak keberatan untuk mencuba. Tetapi suami saya pujuk juga (kira paksa la tu). Katanya " Mindstar mempunyai Ekstrak Gingko yang mampu membantu pengaliran darah dan oksigen ke otak".

Saya membancuh 1 sachet Mindstar dengan air panas. Minuman Mindstar Booster saya ambil untuk pertama kalinya pada malam itu. Alhamdulillah....Migrain saya pulih pada keesokan harinya. Sukar untuk saya percaya. Hanya sekadar mencuba...ia berhasil untuk pertama kalinya.
Sejak dari hari itu, setiap kali saya mula rasa pening saya akan membancuh 1 sachet Mindstar. Mindstar dan VCO juga saya bekalkan bersama apabila ke pejabat. Kalau dulu saya bersama minyak angin dan pil migrain, tetapi sekarang saya hanya membekalkan Mindstar Booster dan VCO dalam beg galas saya.

Semalam (8/9/2012) anak saya yang berusia 6 tahun pun mengalami pening. Saya bancuh Mindstar bersama Milo untuk anak saya. Alhamdulillah....dengan izin-Nya dia pulih daripada pening. Sudah kembali aktif pada esok paginya.

Semuanya atas izin Allah s.w.t. Tidak rugi memberi ruang kepada Mindstar Booster untuk migrain anda. Mencuba tidak merugikan apa-apa.

Safaraliwati - Stokis Catalyst Kota Samarahan (013-8022278). 

Koleksi Testimoni Pic #12

Akhirnya sudi jugak DC Catalyst Sarawak, Cik Amni berkongsi pengalaman beliau menggunakan produk Ambience Catalyst. Alhamdulillah. Kira cerita ni masih panas lagi nie dari ketuhar Stokis Kota Samarahan. 

Semuanya atas izin-Nya.
Produk Ambience yang diamalkan memberi kesan 3 kali ganda lebih berbanding Collagen. Ambience adalah asas Steamcell. Anda buatlah carian tentang apa itu SteamCell...dalam Google, pasti anda akan menemui jawapannya. Dulu kami sendiri tidak tau tentang Steamcell. Almaklumlah...bukan pengguna tegar tentang produk kecantikan. So, tak tau sangat tentang Steamcell.

So..nak cuba Ambience + VCO?

Hubungilah kami : 013-8022278 / 0198292278


Koleksi Testimoni Pic #11


Koleksi Testimoni Pic #10


Koleksi Testimoni Pic #9


Friday, September 7, 2012

Adakah VCO mampu memulihkan ASMA ?

Hari ini kami cuba mendapatkan maklumat tentang kelebihan / kebaikan Virgin Coconut Oil kepada pesakit Asma. Melalui carian yang dibuat bersama Mr. Google...memang terdapat banyak artikel yang mendedahkan kemampuan VCO dalam proses baikpulih asma. 

Semalam kami sempat berkongsi maklumat dengan Agen Kami En. Wan Abd. Rahman tentang pesakit ASMA. Insya Allah akan kami kongsikan bersama untuk membongkar rahsia khasiat VCO Catalyst ini dalam entri yang akan datang. 

Untuk PIC pilihan tentang isu ini,  kami sediakan gambar berikut :


Anda sendiri pastinya mempunyai saudara mara yang mengalami masalah ASMA bukan? 
Kenapa tidak memberi sedikit ruang untuk menggunakan Minyak Kelapa Dara @ VCO untuk alternatif proses pemulihan? 

Thursday, September 6, 2012

VCO langkah terbaik untuk pesakit Gout


Lagi Entri kami tentang Gout. 

Antara langkah lain yang perlu dilakukan pesakit ialah :
1- Kawal makan dengan menghadkan pengambilan protein daripada haiwan – sesetangah pesakit beranggapan tidak mengapa makan ikut selera kerana ubat gout yang ada sekarang berkesan dan boleh menghilangkan kesakitan akibat keradangan dalam masa beberapa jam. Betul, tetapi kawalan pesakit gout lebih berkesan dengan menjaga pemakanan.

Ini bukan bermakna pesakit perlu berpantang, tetapi mengurangkan pembambilan jenis makanan yang kaya purin kerana ia boleh meningkatkan paras asid urik seperti organ dalaman (otak, hati, buah pinggang, limpa, jantung), daging angsa, ikan bilis, sardine, ikan kembung dan makanan laut bercengkerang.

Kajian menunjukkan diet bebas purin hanya dapat mengurangkan 15 hingga 20 peratus paras asid urik. Jadi anda masih boleh makan makanan kegemaran, tetapi pada kuantiti kecil.

Sebaliknya gantikan dengan sumber protein daripada tumbuh-tumbuhan seperti kacang dan kekacang. Ia juga dapat membantu pesakit mengurangkan pengambilan lemak yang boleh mengakibatkan pertambahan berat badan. Lemak tepu juga dikenal pasti antara penyumbang tidak langsung kepada masalah gout.

2 - Kawal berat badan. Kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menyingkirkan asid urik. Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, mulakan bersenam dan kawal pengambilan makanan supaya berat badan dapat dikurangkan secara perlahan-lahan. Diet keterlaluan dan mendadak boleh menyebabkan serangan gout.

Jika anda minum minuman beralkohol, hadkan kepada segelas wain atau satu tin bir saja sehari. Alkohol meningkatkan paras asid urik dalam darah dan meninggikan risiko mendapat keradangan (serangan gout). Jika anda mengalami serangan, jangan minum minuman beralkohol. Sebolehnya, jangan mengambil minuman beralkohol lagi.

3 - Minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Tidak mengapa jika anda terpaksa berulang ke tandas banyak kali kerana ia petanda baik. Semakin kerap ke tandas, semakin banyak asid urik dibuang.
Pilih produk tenusu rendah lemak atau bebas lemak. Ada kajian menunjukkan pengambilan produk tenusu rendah lemak dapat membantu mengurangkan risiko gout.

4 - Ambil karbohidrat kompleks – sasarkan untuk makan lebih banyak bijirin, sayur dan buah. Kurangkan makanan mengandungi karbohidrat yang diproses seperti roti putih dan kek.
Hadkan pengambilan gula – terlalu banyak gula akan membuatkan kita kurang makan buah, sayur dan bijirin. Makanan yang banyak gula juga banyak kalori yang akan membuatkan anda lebih senang mengambilan pertambahan berat badan.

Rawatan tanpa ubat
Penyakit gout disebabkan oleh masalah untuk menyingkirkan asid urik berlebihan dalam badan. Metabolisma asid urik tidak dapat dilakukan dengan betul dan menyebabkan akumulasi / pengumpulan asid urik pada salur darah dan sendi. Komplikasi gout adalah gouty atritis dan boleh menyebabkan destruksi / kerosakan sendi dan deposisi urate oada kulit dan rawan. Asid urik berlebihan pada sendi adalah dalam bentuk Kristal. Sebab itulah pesakit atritis akan mengalami pembengkakan pada sendi terutamanya sendi jari dan kaki.

Minyak kelapa dara atau VCO boleh membantu masalah gout kerana ia mempunyai keupayaan untuk proses detoksifikasi. Proses ini adalah proses pembuangan bahan yang tidak diperlukan oleh badan (hazard). Maka asid urik yang berlebihan pada sendi dapat disingkirkan.
Antara kesan kesan pemulaan penggunaan Minyak Kelapa Dara bagi pesakit gout adalah mereka mungkin mengalami sakit pada kawasan sendi. Walau bagaimana pun pengguna dinasihatkan terus menggunakan Minyak Kelapa Dara kerana kesan ini adalah untuk sementara waktu sahaja. Insya Allah kesannya akan dapat dilihat selepas sebulan memakan Minyak Kelapa Dara. Walau bagaimanapun kesan Minyak Kelapa Dara adalah bergantung kepada tahap kesihatan dan kadar metabolisme badan individu.

Bagi pesakit gout cara penggunaan yang dicadangakn adalah 1 – 2 sudu besar sehari. Amalkan memakan Minyak Kelapa Dara sebelum sarapan dan makan tengah hari.


Wednesday, September 5, 2012

VCO membantu masalah Darah Tinggi

Sedikit info berguna untuk dikongsi tentang VCO. Penyakit Darah Tinggi boleh dikawal dengan VCO..

Tuesday, September 4, 2012

Perihal Gout yang mungkin kita tidak ketahui..


Seperti yang pernah kami janji kan dalam entri sebelum ini : Diari : Sembang pasal Gout . Entri kali ini skali lagi bercerita pasal gout. Kita kongsi maklumat bagaimana gout ini sebenarnya.

GOUT!! 

Biasanya apabila menghidap satu-satu penyakit tidak kira la penyakit tu berisiko tinggi atau tidak, antara nasihat ‘wajib’ yang diberikan oleh doktor ialah jaga makan dan mula bersenam. Namun ramai menganggap nasihat untuk ‘jaga makan; itu sebagai berpantang. Inilah yang membuatkan sesetengah pesakit tu menjauhi terus kumpulan makanan yang dirasakan boleh merangsang penyakit mereka. Anda pernah alami tak?

Mereka mengakui berpantang itu susah dan hanya orang yang benar-benar teguh semangat mampu melakukannya, apatah lagi untuk jangka masa panjang. Ini sebabnya pakar perubatan menyarankan kita ‘jaga makan’ dengan mengamalkan pemakanan secara bersederhana, melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan serta minum banyak air kosong.

Nasihat dan panduan ini juga diberi kepada pesakit gout bagi mengelak serangan berulang. Ini kerana pemakanan mengandungi banyak sumber tumbuh-tumbuhan dapat membantu mengurangkan penghasilan asid urik dalam badan dan secara tidak langsung mengurangkan kekerapan mendapat serangan gout. Gout disebabkan pengumpulan asid urik dalam darah; yang terhasil daripada proses pemecahan makanan. Buah pinggang akan menapis darah dan menyingkirkan asid urik melalui air kencing.

PUNCA GOUT ?

Bagaimanapun bagi pesakit gout, asid urik tidak dapat disingkirkan sepenuhnya dan lama kelamaan paras asid urik dalam darah akan meningkat. Asid urik ini kemudiannya akan mendap di sendi, terutamanya pada sendi bensar. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.
Asid Urik boleh menyebabkan keradangan pada sendi dan ketika inilah serangan gout berlaku. Pesakit akan berasa sakit sehingga tidak boleh menggerakkan sendi terbabit. Malah ada pesakit terpaksa mengambil cuti sakit setiap kali mengalami serangan gout.

Gout adalah satu daripada penyakit sendi dan serangan pertama biasanya berlaku dalam lingkungan umur 40 hingga 50 tahun. Bagaimanapun, gout boleh menyerang semua peringkat umur, termasuk remaja.
Gout juga boleh disebabkan oleh gemuk, tekanan, kerosakan buah pinggang, penghasilan terlalu banyak asid urik, terlalu sedikit penyingkiran asid urik, kesan sampingan ubat diuretic dan akibat penyakit lain seperti tekanan darah tinggi serta kebuluran.

Serangan berlaku secara mengejut dan cepat, tidak seperti artritis lain yang menyerang perlahan-lahan. Sendi terbabit terasa sangat sakit sehingga jika ditindih dengan kain nipis pun dirasakan boleh menambah kesakitan.

Serangan gout berlaku pada satu sendi dan tanpa rawatan, setiap serangan boleh berlanjutan antara satu hingga dua minggu. Manakala serangan kedua biasanya mengambil masa lama (bulan atau tahun) untuk berlaku dan serangan ini boleh berulang dari semasa ke semasa pada sendi sama.

Dianggarkan 60% pesakit mengalami serangan kedua dalam masa setahun dan 78% mendapat serangan kedua dalam masa 2 tahun. Hanya 7% pesakit tidak mengalami serangan berulang dalam tempoh 10 tahun.
Serangan gout boleh dicetuskan oleh beberapa factor seperti pengambilan minuman beralkohol berlebihan, terlalu banyak makan terutama makanan yang kaya purin, kecederaan kecil pada sendi, tidak cukup minum air, badan mengalami kekurangan air disebabkan pengambilan sesetangah jenis ubat dan mengamalkan diet melampau.

Jika tidak diberi rawatan, serangan boleh berlaku dengan lebih kerap, lama dan mungkin membabitkan sendi lain. Satu perkara penting yang perlu diketahui ialah, serangan gout yang terlalu kerap boleh merosakkan sendi dan kerosakan ini adalah kekal, tidak boleh dipulihkan dan akan menyebabkan pesakit menjadi cacat.
Untuk mengelak kesakitan dan kecacatan inilah, selain pengambilan ubat, pesakit gout diingatkan berulang kali untuk minum banyak air sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter air masak sehari.

Apabila mendengar saranan ini, ramai pesakit gout, terutama yang sudah berumur berasa kurang senang kerana ia akan membuatkan mereka kerap buang air dan perkara ini dianggap sangat menyusahkan.
Sebenarnya ini antara kaedah kawalan dan pengurusan penyakit gour. Apabila pesakit minum banyak , air kencing akan menjadi cair dan setiap kali mereka berulang ke tandas sebahagian daripada asid urik dikeluarkan daripada badan.
Diagram ini menunjukkan berlakunya gout

Video Pengenalan Kami dalam dunia Catalyst

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Minggu Pertama September 2012 ini...kami memperkenalkan Catalyst melalui montaj video ini. Percubaan awal kami untuk anda mengenali produk catalyst dengan lebih kreatif dan informatif. Mungkin masih terdapat kekurangan yang perlu kami perbaiki pada montaj ini. Kami sedia menerima teguran.



MERDEKA!!!!

Monday, September 3, 2012

Katalog Catalyst Nutraceutical diciplak???

Hari ini...Hanita Jaafar (DC Catalyst Johor & Negeri Sembilan) berkongsi isu Katalog d ciplak! Isu hangat di dalam page berkenaan...

Isu ini masih hangat mendapat komentar daripada DC...Stokis...Agen dan pengguna Catalyst!
Hanita Jaafar mengusulkan agar Oasis VCO  memberis penjelasan

Bukti Ciplak ??? Anda lihat sendiri. 
Terlalu banyak persamaan yang anda boleh lihat. Adakah ia kebetulan?
 Kita tunggu tindakan susulan HQ Catalyst tentang isu ini. Team Catalyst pastinya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak berkenaan tentang persamaan yang ketara dalam katalog ini.

Diari : Sembang pasal Gout

30/08/2012 - kebetulan pada hari tersebut, kami sekeluarga memenuhi jemputan majlis ulangtahun sepupu di Jalan Matang. Dalam menikmati menu hidangan majlis, kebetulan En. Adi (bukan nama sebenar) memberi respon tentang Virgin Coconut Oil kepada kami. Beliau bukanlah pembeli /  pengguna produk Catalyst tegar sebenarnya...tetapi pengantin baru yang baru 2 bulan berstatus suami ini mencuba produk Catalyst VCO Liquid ibu mentua (juga ibu saudara saya).

Beliau mengalami masalah 'Gout' - walaupun umur masih 20-an.
Pada hari beliau mengalami sakit gout...beliau mengambil VCO Catalyst  liquid pada malam tersebut. Katanya - sukar untuk memijak lantai jika gout menyerang. Sakit yang amat sangat. Biasanya beliau akan mengambil masa 2 - 3 hari untuk pulih dengan mengambil ubat daripada farmasi atau klinik.
Apa yang menariknya...beliau teruja apabila boleh berjalan pada pagi tersebut seperti biasa. Beliau sendiri tidak percaya boleh bergerak pagi tersebut. Ia diluar jangkaan...

Kami sendiri gembira dengan respon tersebut.

En. Adi teruja untuk mendapatkan VCO Catalyst (liquid) dalam masa terdekat untuk mengatasi masalah gout yang dialaminya. Alhamdulillah....testimoni lisan yang kami terima, mendedahkan kami kepada kelebihan  lain VCO itu sendiri.

Semua testimoni ini adalah dengan izin-Nya.

Entri akan datang..kami akan berkongsi menarik tentang penyakit gout. 'Like' page Catalyst Sarawak : Stokis Kota Samarahan untuk maklumat terkini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...