Monday, April 16, 2012

Anda mengalami kesan sampingan selepas mengambil VCO?

Kepada pengguna VCO,

Pernahkah anda mengalami rasa pening kepala, demam, kerap buang air besar, atau tumbuh jerawat..?

Saya pernah mengalami keadaan seperti di atas pada awal pemakanan VCO. Risau jugak..kenapa bila makan VCO boleh menyebabkan rasa pening dan kerap buang air? Kenapa ada kesan sampingan sedangkan VCO adalah minyak kelapa dara yang dijamin tiada kandungan bahan kimia? Saya sendiri pun tidak mempunyai alergi pada kelapa. (Mereka yang mempunyai alahan kepada kelapa tidak digalakkan menggunakan VCO).

Mungkin ada sebilangan pengguna mengalami kesan yang berbeza selepas pengambilan VCO. Banyak maklumbalas daripada pengguna yang kami terima..Setiap orang mempunyai kesan yang berbeza.

Saya cuba rungkaikan kenapa perkara seperti itu berlaku. 

Anda mengalami rasa nak demam, pening, rasa nak muntah, etc. bila mengambil VCO?

Mereka yang mengalami simptom di atas adalah disebabkan mereka mengalami healing crisis atau krisis penyembuhan.

Krisis penyembuhan atau healing crisis adalah kesan yang dialami oleh mereka yang mengambil VCO. Ini berlaku apabila tubuh kita yang yang mempunyai banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh, hasil daripada pengambilan pemakanan tambahan ini. Pengambilan makanan bernutrisi tinggi membuatkan nutrien ini bertindakbalas dengan oksigen dan menjadikan sistem dalaman kita lebih cergas bekerja. Oleh yang demikian, tisu2 dan sel2 mula membuang toksin. Jadi, mereka yang pertama kali mengambil nutrien bermutu ini akan mula berasa tak sedap badan, mungkin nak demam, sakit kepala, sakit pinggang, muntah2 dan sebagainya. VCO mempunyai rantai yang pendek..maka kesannya adalah segera.

Anda tidak merasa apa-apa perubahan terhadap ?

Mereka yang tidak mengalami sebarang kesan sampingan seperti di atas mungkin menghadapi masalah penyerapan vitamin atas sebab-sebab tertentu.

Anda mengalami masalah ruam-ruam atau gatal ?

Mereka yang mempunyai ruam atau gatal apabila mengambil VCO mungkin mengalami masalah kepada alahan /alergi pada VCO yang mengandungi herba / minyak kelapa. 

Persoalannya - Kenapa proses pembuangan toksin boleh mendatangkan kesan macam tu?

Sebenarnya ia merupakan tindakbalas yang normal, dan sekiranya anda menghadapi krisis penyembuhan ia adalah petanda yang baik. Maknanya sistem badan anda mula bekerja untuk menjana sel-sel baru dalam tubuh.Untuk mengurangkan kesan healing crisis anda perlu minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari.

Pengguna tidak perlu risau sekiranya mengalami kesan seperti di atas. 

7 comments:

  1. Baru minum dua hri.. Tp kesannya jdi cirit birit masuk je mkanan n air dlm badan.. Terus keluar .. Slps dua hri bhenti minum minyak kelapa dara pun masih cirit..sakit perut memulas n kentut terus keluar najis spt paip bocor. Perlu ke terus minum.

    ReplyDelete
  2. Sama mcm sy,sakit perut memulas,tp sy nak teruskan minum VCO,inshaAllah biiznillah lepas healing crisis,badan lebih sihat.amin

    ReplyDelete
  3. Sy demam sakit kepala cirit birit. Bila demam sy bhenti dulu minum VCO..xpe ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurangkan pengambilan vco ketika cirit birit..cuba mkn pisang..atau biji selasih

      Delete
  4. Saya ada hypertyroid,jadi ramai suggest suh minum vco. Seminggu amal, takde masalah apa2. Tapi masuk minggu ke-2 tetibe rasa loya,lepas tu pening2 dan cirit birit. Sebab saya tak pernah sakit,jadi seminggu tu saya kerap ke hosp sebab risau masalah dalaman badan. Bila chek,jantung saya normal je.darah agak tinggi sebab saya tekanan. Doc selalu tanye datang ke hosp untuk apa? Saya takde jawapan nak bagi.sebab dorang cakap saya okey.cume tyroid je masih on medic lagi. Rupanya ni semua kesan sampingan sahaja.

    ReplyDelete
  5. Badan saya sakit lps seminggu minum vco
    lps berhenti..badan tak lagi sakit..adakah punca kesan sampingan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...