Saturday, September 15, 2012

Apa punca anda mengidap Sindrom Ovari Polisistik??

Ini merupakan lanjutan perbincangan tentang masalah Sindrom Ovari Polisistik.  Mungkin perkara ini nampak remeh..tetapi percayalah, isu ini memang berisiko tinggi buat Wanita.

Jika anda belum membaca entri  Haid Tidak Teratur? Sila Beri Perhatian...Ini Penting! sila baca artikel tersebut terlebih dahulu. 



SOALAN LAZIM

Siapa yang berisiko mendapat PCOS?
Sesiapa boleh mendapat PCOS tanpa mengira peringkat usia namun kekerapan berlaku lebih kepada wanita berusia 20 hingga 30 tahun. Keturunan turut menjadi penyumbang kepada gejala berkenaan.


Apakah punca PCOS?
Setakat ini tidak diketahui bagaimana ia berlaku tetapi terdapat beberapa teori yang hangat diperkatakan antaranya :

Kekurangan hormon

Ia mungkin disebabkan kekurangan hormon kerana mereka yang mengidap PCOS didapati tidak mengandungi tahap hormon yang secukupnya untuk ovulasi berlaku. Untuk berlaku ovulasi, hormon FSH dan LH mestilah berada dalam keadaan yang seimbang tetapi ia tidak berlaku pada mereka yang mengidap PCOS. Oleh yang demikian, folikel didalam ovari tidak berkembang dan gagal matang seterusnya tiada berlaku ovulasi.

Kebal kepada insulin

PCOS mungkin juga disebabkan oleh badan yang kebal kepada insulin.ini menanmbahkan lagi risiko anovulasi.

Faktor genetik

Ia mungkin disebabkan oleh penyakit keturunan kerana terdapat ramai dikalangan PCOS mempunyai keluarga yang mengidap gejala sama.

Bagaimana mahu mengetahui gejala ini pada diri sendiri?

Sekiranya anda didapati sukar untuk hamil, doktor selalunya akan membuat beberapa ujian untuk memberikan diagnosa yang tepat terhadap masalah anda:

Ujian darah Luteinizing Hormone (LH)

Ujian darah Follicle Stimulating Hormone(FSH)

Ujian darah Progesterone/Testesterone

Ujian darah prolaktin

Ultrasound Pelvis- rahim dan ovari

Bagaimana merawat masalah ini?

Sekiranya anda didiagnosakan mempunyai PCOS, terdapat beberapa jenis rawatan yang boleh menolong anda mengurangkan simtom dan mengembalikan kesuburan anda.

Ubat subur

Adalah ubat kesuburan yang boleh menolong mengalami ovulasi.

Ubat perancang keluarga

Pil ini boleh mengembalikan semula hormon anda dan mengurangkan simptom seperti mengurangkan bulu yang berlebihan dan haid yang tidak teratur. Pil ini selalunya diberikan bagi mereka yang tidak bercadang untuk hamil.

Pembedahan

Sekiranya anda mengalami PCOS dan ubat subur tidak memberikan kesan yang memuaskan, doktor anda mungkin mencadangkan prosedur yang dinamakan ovarian drilling. Ia adalah sejenis pembedahan menyebabkan ovari akan dikorek menggunakan alat khas. 70 peratus wanita mengalami ovulasi selepas menjalani prosedur ini.

Mengenai PCOS

Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.

PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.

PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.

Rawatan bergantung kepada wanita sama ada berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.

Simptom sindrom ovari polisistik (PCOS)

Masalah jerawat.

Kitaran haid tidak menentu.

Hirsutism - pertumbuhan bulu roma yang tidak normal (seperti misai atau janggut).

Masalah berat badan - berat badan bertambah ataupun bahagian atas badan lebih besar atau gemuk daripada bahagian bawah.

Ovari lebih bengkak daripada wanita lain dan mempunyai lebih daripada satu cista.

Keguguran rambut.

Kurang subur.

l Sukar hamil

Rawatan: Terbahagi kepada tiga, iaitu :

Ubat - pengambilan ubat seperti Clomid dan suntikan HCG untuk membantu proses ovulasi. Sesuai digunakan untuk wanita yang langsing dan hanya boleh dilakukan bagi tempoh enam bulan sekali atau enam kali saja.

Surgeri - pembedahan Laparoscopic Ovarian Drilling yang mana ovari akan ditebuk supaya sista kecil dihapuskan dan ovari lebih senang distimulasikan untuk menghasilkan telur dan ovulasi.

In vitro fertilisation (IVF) - jika masih tidak mengandung selepas menjalani semua rawatan tadi, pasangan perlu mempertimbangkan teknik permanian IVF.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...