Seperti yang pernah kami janji kan dalam entri sebelum ini : Diari : Sembang pasal Gout . Entri kali ini skali lagi bercerita pasal gout. Kita kongsi maklumat bagaimana gout ini sebenarnya.
GOUT!!
Biasanya apabila menghidap satu-satu penyakit tidak kira la penyakit tu berisiko tinggi atau tidak, antara
nasihat ‘wajib’ yang diberikan oleh doktor ialah jaga makan dan mula bersenam. Namun
ramai menganggap nasihat untuk ‘jaga makan; itu sebagai berpantang. Inilah yang membuatkan
sesetengah pesakit tu menjauhi terus kumpulan makanan yang dirasakan boleh
merangsang penyakit mereka. Anda pernah alami tak?
Mereka mengakui berpantang itu susah dan hanya orang yang
benar-benar teguh semangat mampu melakukannya, apatah lagi untuk jangka masa
panjang. Ini sebabnya pakar perubatan menyarankan kita ‘jaga makan’
dengan mengamalkan pemakanan secara bersederhana, melebihkan sayur-sayuran dan
buah-buahan serta minum banyak air kosong.
Nasihat dan panduan ini juga diberi kepada pesakit gout bagi
mengelak serangan berulang. Ini kerana pemakanan mengandungi banyak sumber
tumbuh-tumbuhan dapat membantu mengurangkan penghasilan asid urik dalam badan
dan secara tidak langsung mengurangkan kekerapan mendapat serangan gout. Gout disebabkan pengumpulan asid urik dalam darah; yang
terhasil daripada proses pemecahan makanan. Buah pinggang akan menapis darah
dan menyingkirkan asid urik melalui air kencing.
PUNCA GOUT ?
Bagaimanapun bagi pesakit gout, asid urik tidak dapat
disingkirkan sepenuhnya dan lama kelamaan paras asid urik dalam darah akan
meningkat. Asid urik ini kemudiannya akan mendap di sendi, terutamanya pada
sendi bensar. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga
berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan
tangan, siku dan jari.
Asid Urik boleh menyebabkan keradangan pada sendi dan ketika
inilah serangan gout berlaku. Pesakit akan berasa sakit sehingga tidak boleh
menggerakkan sendi terbabit. Malah ada pesakit terpaksa mengambil cuti sakit
setiap kali mengalami serangan gout.
Gout adalah satu daripada penyakit sendi dan serangan
pertama biasanya berlaku dalam lingkungan umur 40 hingga 50 tahun.
Bagaimanapun, gout boleh menyerang semua peringkat umur, termasuk remaja.
Gout juga boleh disebabkan oleh gemuk, tekanan, kerosakan
buah pinggang, penghasilan terlalu banyak asid urik, terlalu sedikit
penyingkiran asid urik, kesan sampingan ubat diuretic dan akibat penyakit lain
seperti tekanan darah tinggi serta kebuluran.
Serangan berlaku secara mengejut dan cepat, tidak seperti
artritis lain yang menyerang perlahan-lahan. Sendi terbabit terasa sangat sakit
sehingga jika ditindih dengan kain nipis pun dirasakan boleh menambah
kesakitan.
Serangan gout berlaku pada satu sendi dan tanpa rawatan,
setiap serangan boleh berlanjutan antara satu hingga dua minggu. Manakala
serangan kedua biasanya mengambil masa lama (bulan atau tahun) untuk berlaku
dan serangan ini boleh berulang dari semasa ke semasa pada sendi sama.
Dianggarkan 60% pesakit mengalami serangan kedua dalam masa
setahun dan 78% mendapat serangan kedua dalam masa 2 tahun. Hanya 7% pesakit
tidak mengalami serangan berulang dalam tempoh 10 tahun.
Serangan gout boleh dicetuskan oleh beberapa factor seperti
pengambilan minuman beralkohol berlebihan, terlalu banyak makan terutama
makanan yang kaya purin, kecederaan kecil pada sendi, tidak cukup minum air,
badan mengalami kekurangan air disebabkan pengambilan sesetangah jenis ubat dan
mengamalkan diet melampau.
Jika tidak diberi rawatan, serangan boleh berlaku dengan
lebih kerap, lama dan mungkin membabitkan sendi lain. Satu perkara penting yang
perlu diketahui ialah, serangan gout yang terlalu kerap boleh merosakkan sendi
dan kerosakan ini adalah kekal, tidak boleh dipulihkan dan akan menyebabkan
pesakit menjadi cacat.
Untuk mengelak kesakitan dan kecacatan inilah, selain
pengambilan ubat, pesakit gout diingatkan berulang kali untuk minum banyak air
sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter air masak sehari.
Apabila mendengar saranan ini, ramai pesakit gout, terutama
yang sudah berumur berasa kurang senang kerana ia akan membuatkan mereka kerap
buang air dan perkara ini dianggap sangat menyusahkan.
Sebenarnya ini antara kaedah kawalan dan pengurusan penyakit
gour. Apabila pesakit minum banyak , air kencing akan menjadi cair dan setiap
kali mereka berulang ke tandas sebahagian daripada asid urik dikeluarkan
daripada badan.
Diagram ini menunjukkan berlakunya gout |
No comments:
Post a Comment