Showing posts with label Produk Wanita. Show all posts
Showing posts with label Produk Wanita. Show all posts

Friday, May 31, 2013

Tip Catalyst : Masalah Kitaran haid tidak teratur dengan produk Catalyst..VCO + Mexorea + Femme Vita

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.....

Kali ini kami akan berkongsi dengan anda tentang Mexorea dan Femme Vita lagi! Seperti yang kami janjikan dalam entri Tak Sabar nak kongsi tip-tip pemakanan mexorea....teruja giler! 

Hari ini tip untuk yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur / tidak tetap.
Kitaran haid yang tidak teratur seringkali dikaitkan dengan masalah kesuburan. Menurut Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan, dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Dr. Adilah Ahmat :

"kitaran haid dipengaruhi hormon kewanitaan, iaitu estrogen dan progesteron iaitu proses penyediaan lapisan endometrium (lapisan paling dalam uterus) untuk kehamilan. Jika kehamilan tidak berlaku, dinding ini akan runtuh dan dibuang sebagai haid. Kitaran haid berlaku pada purata 28 hari atau 26 hingga 35 hari."

Lagi tentang isu ini...
Manakala pendarahan haid pula biasanya berlaku dalam tempoh tiga hingga lima hari. Kitaran haid terbahagi kepada dua fasa, iaitu folikular (permulaan pendarahan hingga ovulasi berlaku) dan proliferatif (selepas ovulasi). Perubahan corak kitaran haid berpunca daripada perubahan jumlah dan masa pengeluaran hormon oleh kelenjar tiroid, adrenal, pituitari dan hipotalamus yang menyebabkan ovari lambat atau tidak mengeluarkan telur.

Tanpa ovulasi, haid biasanya tidak berlaku. Namun dalam sesetengah keadaan, hormon boleh menyebabkan pendarahan yang tidak menentu masa dan jumlah sama ada terlalu sedikit atau banyak. Bahkan, masalah berat badan yang terlalu kurus atau gemuk antara faktor lazim yang mengganggu proses ovulasi, selain gangguan emosi, tekanan, tempoh penyembuhan daripada penyakit atau pembedahan turut menyebabkan kitaran haid tidak teratur.

Malah kelenjar tiroid, pituitari dan adrenal boleh menyebabkan sesuatu hormon dikeluarkan terlalu sedikit atau sebaliknya. Pernah mengalami haid, walaupun sekali, bermakna wanita itu mempunyai rahim, ovari (yang mengeluarkan hormon estrogen dan progesteron) serta laluan keluar (vagina) yang telus.

Ramai menyangka haid yang jarang berlaku disebabkan saluran fallopio tersumbat. Sebenarnya masalah ini berkait rapat dengan hormon, bukan struktur laluan haid. Menurut Dr Adilah lagi, oleh kerana kitaran haid tidak teratur berpunca daripada gangguan proses kematangan dan pengeluaran telur, ia secara tidak langsung menjadi petanda wanita berkenaan mengalami masalah kesuburan.

Ini kerana jika tidak berlaku ovulasi untuk satu pusingan haid, bermakna tiada peluang untuk hamil pada pusingan berkenaan. Pada golongan ini, ovulasi hanya berlaku pada pusingan tertentu, malah ada kemungkinan ovulasi berlaku sangat jarang atau tidak terjadi langsung.

Bagaimanapun, haid yang tidak teratur tidak mengakibatkan pertambahan berat badan. Anggapan haid tersekat (jarang berlaku) boleh menyebabkan pengumpulan kotoran dalam badan dan berat badan bertambah adalah salah. Sebaliknya, berat badan berlebihan atau terlalu kurus menjadi punca kitaran haid tidak teratur. Masalah gemuk juga dikaitkan dengan penyakit Sindrom Polisistik Ovari (PCOS).

Wanita dengan PCOS biasanya mengalami berat badan berlebihan, haid tidak teratur, petanda berlebihan hormon androgen (kulit berminyak dan berjerawat, rambut berlebihan pada kawasan misai dan janggut), serta masalah kesuburan. Mereka juga menghadapi risiko mendapat penyakit kencing manis dan penebalan lapisan endometrium secara berterusan.

Rawatan paling popular adalah rawatan jangka pendek menggunakan hormon estrogen dan progesteron untuk mengembalikan haid. Bagi mereka yang lama tiada haid, pil hormon progesteron boleh diambil untuk beberapa hari. Manakala pil hormon berkombinasi (mengandungi hormon estrogen dan progesteron) diambil oleh wanita yang haidnya tidak menentu dan mengalami pendarahan banyak. Pil ini bertindak seperti hormon, iaitu merangsang penebalan dan pematangan lapisan endometrium.

Rawtan selanjutnya pula akan diberi mengikut punca masalah dan keperluan setiap individu. Contohnya bagi wanita yang mengalami masalah berat badan, doktor akan merancang corak pemakanan dan senaman untuk mereka. Manakala bagi wanita belum berkahwin atau tidak mahu anak, pil hormon berkombinasi perlu diambil untuk beberapa bulan. Wanita yang mengalami masalah untuk hamil pula disaran menjalani rawatan kesuburan bagi merangsang pengeluaran telur serta ubat sampingan.

Kesan sampingan berbeza mengikut jenis rawatan dan pengambilan hormon kesuburan boleh menyebabkan lebih satu telur dikeluarkan dan risiko mendapat kehamilan kembar (dua atau lebih) boleh berlaku. Pengambilan pil hormon biasanya menyebabkan rasa loya dan pening. Penghidap PCOS pula berdepan risiko mendapat ovarian hyperstimulation syndrome. Segera berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan fizikal termasuk tekanan darah, berat badan, ketinggian, kelenjar tiroid, dada dan abdomen.

Bagi wanita yang melakukan hubungan seks, pemeriksaan dalaman juga boleh dilakukan seperti ultrasound ke atas rahim dan ovari serta ujian darah. Ini untuk memastikan gangguan ini bukan disebabkan penyakit lain.

Bagaimana Catalyst membantu mereka yang mempunyai masalah kitaran haid tidak teratur ?

Tip Pemakanan VCO, Mexorea dan Femme Vita bagi mereka yang mengalami masalah haid tidak teratur

Wednesday, May 29, 2013

Tak sabar nak kongsi tip-tip pemakanan mexorea...teruja giler!


Tip pemakanan mexorea dan femme vita di atas nie..kami pernah kongsikan kepada follower dalam FB page kami.

Jika anda lihat tip yang kami kongsikan ini...set yang lengkap bagi persediaan kepada wanita yang telah berumahtangga untuk mendapatkan zuriat. Anda mungkin tertanya - tanya...kenapa mexorea.....dan Femme Vita menjadi rangkaian produk wanita yang lengkap untuk set persediaan mendapat zuriat?

Dalam sesi pembelajaran kami bersama DC Sarawak, Cik Amni - Maklumat yang diperolehi daripada Puan Rozana Pakar Pemakanan dan Herba menjelaskan bahawa Mexorea adalah lengkap bagi memperbaiki sistem peranakan dan dalaman wanita, manakala bagi  Femme Vita pula membantu menstabilkan hormon wanita. Sebab itulah rangkaian Mexorea dan Femme Vita di makan beriringan.
Menarik bukan?!!

Sebenarnya ada beberapa tip lagi yang akan kami kongsikan kepada anda! Tunggu pada entri yang akan datang wokeyyy!

Monday, January 21, 2013

FEMME VITA - Apakah kandungan yang terdapat dalam Femme Vita?

Untuk entri hari ini....kami nak share kepada pembaca terutamanya pengguna produk Catalyst tentang fungsi / formula yang terdapat dalam Femme Vita Catalyst ini. Anda perlu tahu tentang kandungan produk ini untuk memastikan ia memang sesuai dengan diri anda sebagai pengguna dan mengetahui dari mana sumber / herba yang digunakan dalam penghasilan femme vita ini. 
Femme Vita - Blackcurrant powder
Femme Vita - Goji Extract
Femme Vita - Kacip Fatimah
Sireh Extract
 
Femme Vita - Temulawak Extract
Epimedium Extract
Femme Vita - Pueraria mirifica Extract
 Pengguna boleh membuat carian melalui internet bagi mengetahui lebih lanjut kelebihan herba yang digunapakai dalam Femme Vita.
Memastikan kestabilan hormon dan keremajaan wanita agar lebih bertenaga dan sihat sentiasa, maka Femme Vita wajar menjadi pilihan pemakanan khusus untuk wanita.

Untuk pembelian produk FEMME VITA - hubungi kami : 013-8022278 / 019-8292278



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...