Showing posts with label Gout. Show all posts
Showing posts with label Gout. Show all posts

Thursday, September 6, 2012

VCO langkah terbaik untuk pesakit Gout


Lagi Entri kami tentang Gout. 

Antara langkah lain yang perlu dilakukan pesakit ialah :
1- Kawal makan dengan menghadkan pengambilan protein daripada haiwan – sesetangah pesakit beranggapan tidak mengapa makan ikut selera kerana ubat gout yang ada sekarang berkesan dan boleh menghilangkan kesakitan akibat keradangan dalam masa beberapa jam. Betul, tetapi kawalan pesakit gout lebih berkesan dengan menjaga pemakanan.

Ini bukan bermakna pesakit perlu berpantang, tetapi mengurangkan pembambilan jenis makanan yang kaya purin kerana ia boleh meningkatkan paras asid urik seperti organ dalaman (otak, hati, buah pinggang, limpa, jantung), daging angsa, ikan bilis, sardine, ikan kembung dan makanan laut bercengkerang.

Kajian menunjukkan diet bebas purin hanya dapat mengurangkan 15 hingga 20 peratus paras asid urik. Jadi anda masih boleh makan makanan kegemaran, tetapi pada kuantiti kecil.

Sebaliknya gantikan dengan sumber protein daripada tumbuh-tumbuhan seperti kacang dan kekacang. Ia juga dapat membantu pesakit mengurangkan pengambilan lemak yang boleh mengakibatkan pertambahan berat badan. Lemak tepu juga dikenal pasti antara penyumbang tidak langsung kepada masalah gout.

2 - Kawal berat badan. Kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menyingkirkan asid urik. Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, mulakan bersenam dan kawal pengambilan makanan supaya berat badan dapat dikurangkan secara perlahan-lahan. Diet keterlaluan dan mendadak boleh menyebabkan serangan gout.

Jika anda minum minuman beralkohol, hadkan kepada segelas wain atau satu tin bir saja sehari. Alkohol meningkatkan paras asid urik dalam darah dan meninggikan risiko mendapat keradangan (serangan gout). Jika anda mengalami serangan, jangan minum minuman beralkohol. Sebolehnya, jangan mengambil minuman beralkohol lagi.

3 - Minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Tidak mengapa jika anda terpaksa berulang ke tandas banyak kali kerana ia petanda baik. Semakin kerap ke tandas, semakin banyak asid urik dibuang.
Pilih produk tenusu rendah lemak atau bebas lemak. Ada kajian menunjukkan pengambilan produk tenusu rendah lemak dapat membantu mengurangkan risiko gout.

4 - Ambil karbohidrat kompleks – sasarkan untuk makan lebih banyak bijirin, sayur dan buah. Kurangkan makanan mengandungi karbohidrat yang diproses seperti roti putih dan kek.
Hadkan pengambilan gula – terlalu banyak gula akan membuatkan kita kurang makan buah, sayur dan bijirin. Makanan yang banyak gula juga banyak kalori yang akan membuatkan anda lebih senang mengambilan pertambahan berat badan.

Rawatan tanpa ubat
Penyakit gout disebabkan oleh masalah untuk menyingkirkan asid urik berlebihan dalam badan. Metabolisma asid urik tidak dapat dilakukan dengan betul dan menyebabkan akumulasi / pengumpulan asid urik pada salur darah dan sendi. Komplikasi gout adalah gouty atritis dan boleh menyebabkan destruksi / kerosakan sendi dan deposisi urate oada kulit dan rawan. Asid urik berlebihan pada sendi adalah dalam bentuk Kristal. Sebab itulah pesakit atritis akan mengalami pembengkakan pada sendi terutamanya sendi jari dan kaki.

Minyak kelapa dara atau VCO boleh membantu masalah gout kerana ia mempunyai keupayaan untuk proses detoksifikasi. Proses ini adalah proses pembuangan bahan yang tidak diperlukan oleh badan (hazard). Maka asid urik yang berlebihan pada sendi dapat disingkirkan.
Antara kesan kesan pemulaan penggunaan Minyak Kelapa Dara bagi pesakit gout adalah mereka mungkin mengalami sakit pada kawasan sendi. Walau bagaimana pun pengguna dinasihatkan terus menggunakan Minyak Kelapa Dara kerana kesan ini adalah untuk sementara waktu sahaja. Insya Allah kesannya akan dapat dilihat selepas sebulan memakan Minyak Kelapa Dara. Walau bagaimanapun kesan Minyak Kelapa Dara adalah bergantung kepada tahap kesihatan dan kadar metabolisme badan individu.

Bagi pesakit gout cara penggunaan yang dicadangakn adalah 1 – 2 sudu besar sehari. Amalkan memakan Minyak Kelapa Dara sebelum sarapan dan makan tengah hari.


Tuesday, September 4, 2012

Perihal Gout yang mungkin kita tidak ketahui..


Seperti yang pernah kami janji kan dalam entri sebelum ini : Diari : Sembang pasal Gout . Entri kali ini skali lagi bercerita pasal gout. Kita kongsi maklumat bagaimana gout ini sebenarnya.

GOUT!! 

Biasanya apabila menghidap satu-satu penyakit tidak kira la penyakit tu berisiko tinggi atau tidak, antara nasihat ‘wajib’ yang diberikan oleh doktor ialah jaga makan dan mula bersenam. Namun ramai menganggap nasihat untuk ‘jaga makan; itu sebagai berpantang. Inilah yang membuatkan sesetengah pesakit tu menjauhi terus kumpulan makanan yang dirasakan boleh merangsang penyakit mereka. Anda pernah alami tak?

Mereka mengakui berpantang itu susah dan hanya orang yang benar-benar teguh semangat mampu melakukannya, apatah lagi untuk jangka masa panjang. Ini sebabnya pakar perubatan menyarankan kita ‘jaga makan’ dengan mengamalkan pemakanan secara bersederhana, melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan serta minum banyak air kosong.

Nasihat dan panduan ini juga diberi kepada pesakit gout bagi mengelak serangan berulang. Ini kerana pemakanan mengandungi banyak sumber tumbuh-tumbuhan dapat membantu mengurangkan penghasilan asid urik dalam badan dan secara tidak langsung mengurangkan kekerapan mendapat serangan gout. Gout disebabkan pengumpulan asid urik dalam darah; yang terhasil daripada proses pemecahan makanan. Buah pinggang akan menapis darah dan menyingkirkan asid urik melalui air kencing.

PUNCA GOUT ?

Bagaimanapun bagi pesakit gout, asid urik tidak dapat disingkirkan sepenuhnya dan lama kelamaan paras asid urik dalam darah akan meningkat. Asid urik ini kemudiannya akan mendap di sendi, terutamanya pada sendi bensar. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.
Asid Urik boleh menyebabkan keradangan pada sendi dan ketika inilah serangan gout berlaku. Pesakit akan berasa sakit sehingga tidak boleh menggerakkan sendi terbabit. Malah ada pesakit terpaksa mengambil cuti sakit setiap kali mengalami serangan gout.

Gout adalah satu daripada penyakit sendi dan serangan pertama biasanya berlaku dalam lingkungan umur 40 hingga 50 tahun. Bagaimanapun, gout boleh menyerang semua peringkat umur, termasuk remaja.
Gout juga boleh disebabkan oleh gemuk, tekanan, kerosakan buah pinggang, penghasilan terlalu banyak asid urik, terlalu sedikit penyingkiran asid urik, kesan sampingan ubat diuretic dan akibat penyakit lain seperti tekanan darah tinggi serta kebuluran.

Serangan berlaku secara mengejut dan cepat, tidak seperti artritis lain yang menyerang perlahan-lahan. Sendi terbabit terasa sangat sakit sehingga jika ditindih dengan kain nipis pun dirasakan boleh menambah kesakitan.

Serangan gout berlaku pada satu sendi dan tanpa rawatan, setiap serangan boleh berlanjutan antara satu hingga dua minggu. Manakala serangan kedua biasanya mengambil masa lama (bulan atau tahun) untuk berlaku dan serangan ini boleh berulang dari semasa ke semasa pada sendi sama.

Dianggarkan 60% pesakit mengalami serangan kedua dalam masa setahun dan 78% mendapat serangan kedua dalam masa 2 tahun. Hanya 7% pesakit tidak mengalami serangan berulang dalam tempoh 10 tahun.
Serangan gout boleh dicetuskan oleh beberapa factor seperti pengambilan minuman beralkohol berlebihan, terlalu banyak makan terutama makanan yang kaya purin, kecederaan kecil pada sendi, tidak cukup minum air, badan mengalami kekurangan air disebabkan pengambilan sesetangah jenis ubat dan mengamalkan diet melampau.

Jika tidak diberi rawatan, serangan boleh berlaku dengan lebih kerap, lama dan mungkin membabitkan sendi lain. Satu perkara penting yang perlu diketahui ialah, serangan gout yang terlalu kerap boleh merosakkan sendi dan kerosakan ini adalah kekal, tidak boleh dipulihkan dan akan menyebabkan pesakit menjadi cacat.
Untuk mengelak kesakitan dan kecacatan inilah, selain pengambilan ubat, pesakit gout diingatkan berulang kali untuk minum banyak air sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter air masak sehari.

Apabila mendengar saranan ini, ramai pesakit gout, terutama yang sudah berumur berasa kurang senang kerana ia akan membuatkan mereka kerap buang air dan perkara ini dianggap sangat menyusahkan.
Sebenarnya ini antara kaedah kawalan dan pengurusan penyakit gour. Apabila pesakit minum banyak , air kencing akan menjadi cair dan setiap kali mereka berulang ke tandas sebahagian daripada asid urik dikeluarkan daripada badan.
Diagram ini menunjukkan berlakunya gout

Monday, September 3, 2012

Diari : Sembang pasal Gout

30/08/2012 - kebetulan pada hari tersebut, kami sekeluarga memenuhi jemputan majlis ulangtahun sepupu di Jalan Matang. Dalam menikmati menu hidangan majlis, kebetulan En. Adi (bukan nama sebenar) memberi respon tentang Virgin Coconut Oil kepada kami. Beliau bukanlah pembeli /  pengguna produk Catalyst tegar sebenarnya...tetapi pengantin baru yang baru 2 bulan berstatus suami ini mencuba produk Catalyst VCO Liquid ibu mentua (juga ibu saudara saya).

Beliau mengalami masalah 'Gout' - walaupun umur masih 20-an.
Pada hari beliau mengalami sakit gout...beliau mengambil VCO Catalyst  liquid pada malam tersebut. Katanya - sukar untuk memijak lantai jika gout menyerang. Sakit yang amat sangat. Biasanya beliau akan mengambil masa 2 - 3 hari untuk pulih dengan mengambil ubat daripada farmasi atau klinik.
Apa yang menariknya...beliau teruja apabila boleh berjalan pada pagi tersebut seperti biasa. Beliau sendiri tidak percaya boleh bergerak pagi tersebut. Ia diluar jangkaan...

Kami sendiri gembira dengan respon tersebut.

En. Adi teruja untuk mendapatkan VCO Catalyst (liquid) dalam masa terdekat untuk mengatasi masalah gout yang dialaminya. Alhamdulillah....testimoni lisan yang kami terima, mendedahkan kami kepada kelebihan  lain VCO itu sendiri.

Semua testimoni ini adalah dengan izin-Nya.

Entri akan datang..kami akan berkongsi menarik tentang penyakit gout. 'Like' page Catalyst Sarawak : Stokis Kota Samarahan untuk maklumat terkini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...