Alhamdulillah....perjalanan kami sebagai stokis Catalyst Kota Samarahan Sarawak sudah hampir mencecah 3 tahun. Tempoh yang agak lama jugak. Bukan keuntungan yang menjadi ukuran kami terus menjadi keluarga besar Catalyst Nutraceutical (M) Sdn. Bhd - tetapi memberi nilai tambah kepada orang lain dengan rangkaian produk ini sebagai penanda aras untuk kami tetap bersama Catalyst.
Kami berusaha mencari sumber rujukan untuk kami mendalami sumber produk yang kami kongsikan kepada pelanggan. Penting untuk kami mencari rujukan dalam menyebarkan info berguna untuk pengguna. Kami bangga dapat berkongsi dengan anda. Kami ternyata lebih berbangga jika produk utama Catalyst - Virgin Coconut Oil tidak pernah menghampakan pelanggan yang sentiasa memberi respon positif. Dengan bertambahnya rangkaian produk Catalyst Nutraceutical ini....maka banyak pilihan untuk pelanggan kami.
Apa pun bidang yang diceburi..semestinya banyak rintangan atau cabaran yang kami lalui. Menjadi Stokis Catalyst Kota Samarahan pun ada cabarannya. Bukan kami sahaja...rakan-rakan stokis dan agen-agen yang lain juga melaluinya. Selagi produk Catalyst masih mendapat tempat dan membantu pelanggan kami...kami akan terus bersama rangkaian produk Catalyst.
Jika anda ingin mendapat maklumat lanjut tentang rangkaian produk Catalyst - hubungi kami.
Produk Catalyst juga boleh diperolehi dari agen kami di Pasaraya Giant Tabuan Jaya - Zumin Herb.
Showing posts with label Milestone Catalyst. Show all posts
Showing posts with label Milestone Catalyst. Show all posts
Saturday, November 1, 2014
Tuesday, September 30, 2014
Alhamdulillah....
Catalyst Nutraceutical (M) Sdn. Bhd telah diperakui memenuhi syarat-syarat bagi pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) berkuatkuasa 10 September sehingga 9 September 2017.
Ini satu lagi usaha syarikat dalam meningkatkan kualiti produk dengan pengikhtirafan di bawah Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri.Skim Pensijilan MeSTI adalah merupakan hasil penambahbaikan dari SK1M bagi memudahkan enterpris makanan terutamanya pihak Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) untuk memenuhi keperluan-keperluan yang diperuntukkan dibawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Di bawah program ini..Catalyst Nutraceutical Sdn. Bhd akan dibimbing bagi membangunkan dan melaksanakan program jaminan keselamatan makanan. Malah Kementerian Kesihatan Malaysia juga memastikan Catalyst membangunkan sistem amalanyang terancang dan didokumentasikan.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari :Info MeSTI
Subscribe to:
Posts (Atom)