Showing posts with label Persoalan VCO. Show all posts
Showing posts with label Persoalan VCO. Show all posts

Tuesday, January 28, 2014

Tuesday, September 11, 2012

Kumpulan Darah tidak mempengaruhi kesan cepat atau lambat hasil supplement itu..

Entri ini dalam Bahasa Sarawak. 

Persoalan tuk diusul kepada Madam Vi  (Penceramah  Program Catalyst Jelajah Sarawak) ari tuk tek melalui FB. Persoalan tuk d timbulkan apabila nangga ado customerz mempunyai kesan cepat...dan ado yang lambat bilo ngambik supplement.

Rupo-rupo nya..jenis darah kito tuk sik ado kaitan atau nulong cepat ka...lambat ka kesan pengambilan supplement yang kito ambik. Mun d baco jawapan Madam Vi yo....semua supplement yang diambil bergantung dengan imuniti badan, kestabilan hormon, dan toxicity. Yo duhalnya.

MAKSUDNyo....Mun kesannya slow dengan kito...yo adalah disebabkan oleh imuniti badan kito. Bukan nyo tegal produk supplement yo sik bagus. Jangan la kito berhenti atau berputus asa. Perlu la ngambik supplement yo berterusan...agar imuniti dan horman badan kito terus balance. Minum aek kosong yo banyak-banyak atau besenam....pakei proses mbuang toksik melalui kemeh atau berpeluh atau najis. Insya Allah hasil yo kelak akan dapat di tanggar. Istiqamah yo penting.

Saturday, April 21, 2012

Adakah VCO sesuai kepada pesakit jantung ?

Kami pernah bertanya sendiri tentang VCO kepada Dr. Razip tentang kesesuaian VCO kepada pesakit jantung semasa Program Jelajah Catalyst Sarawak yang pertama, di Hotel Penview In. Kenapa kami bertanya soalan tersebut?

Pada hemat kami.....
1. VCO ini minyak kelapa. MINYAK!! Bukankah penyakit jantung ini lazimnya berpunca daripada lemak minyak..dan penyebab 'block' pada saluran darah. heheh..(Itu perspektif kami)

2. Jika ia digunakan kepada pesakit jantung - kemungkinan ia menambah kesulitan proses pemulihan jantung. Jika berlaku pemulihan sel oleh VCO, mampukan pesakit jantung menangani masalah perubahan metabolisme itu nanti? (Itu perspektif pelik dari saya...hehe)

Dr. Razip menyatakan ia boleh dan sesuai digunakan oleh pesakit jantung, kerana VCO Catalyst ini tidak mempunyai kolestrol dan ia mempunyai rantai minyak yang pendek, maka ia menyerap ke seluruh badan sebagai tenaga.

Dan artikel ini....juga membantu merungkaikan persoalan saya tadi. Sila baca link ini - Coconut diet/heart disease

Kualiti Minyak Kelapa Dara bergantung kepada cara pembuatan, dan warna yang jernih. VCO Catalyst sentiasa mengekalkan standard kualiti tersebut


Monday, April 16, 2012

Anda mengalami kesan sampingan selepas mengambil VCO?

Kepada pengguna VCO,

Pernahkah anda mengalami rasa pening kepala, demam, kerap buang air besar, atau tumbuh jerawat..?

Saya pernah mengalami keadaan seperti di atas pada awal pemakanan VCO. Risau jugak..kenapa bila makan VCO boleh menyebabkan rasa pening dan kerap buang air? Kenapa ada kesan sampingan sedangkan VCO adalah minyak kelapa dara yang dijamin tiada kandungan bahan kimia? Saya sendiri pun tidak mempunyai alergi pada kelapa. (Mereka yang mempunyai alahan kepada kelapa tidak digalakkan menggunakan VCO).

Mungkin ada sebilangan pengguna mengalami kesan yang berbeza selepas pengambilan VCO. Banyak maklumbalas daripada pengguna yang kami terima..Setiap orang mempunyai kesan yang berbeza.

Saya cuba rungkaikan kenapa perkara seperti itu berlaku. 

Anda mengalami rasa nak demam, pening, rasa nak muntah, etc. bila mengambil VCO?

Mereka yang mengalami simptom di atas adalah disebabkan mereka mengalami healing crisis atau krisis penyembuhan.

Krisis penyembuhan atau healing crisis adalah kesan yang dialami oleh mereka yang mengambil VCO. Ini berlaku apabila tubuh kita yang yang mempunyai banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh, hasil daripada pengambilan pemakanan tambahan ini. Pengambilan makanan bernutrisi tinggi membuatkan nutrien ini bertindakbalas dengan oksigen dan menjadikan sistem dalaman kita lebih cergas bekerja. Oleh yang demikian, tisu2 dan sel2 mula membuang toksin. Jadi, mereka yang pertama kali mengambil nutrien bermutu ini akan mula berasa tak sedap badan, mungkin nak demam, sakit kepala, sakit pinggang, muntah2 dan sebagainya. VCO mempunyai rantai yang pendek..maka kesannya adalah segera.

Anda tidak merasa apa-apa perubahan terhadap ?

Mereka yang tidak mengalami sebarang kesan sampingan seperti di atas mungkin menghadapi masalah penyerapan vitamin atas sebab-sebab tertentu.

Anda mengalami masalah ruam-ruam atau gatal ?

Mereka yang mempunyai ruam atau gatal apabila mengambil VCO mungkin mengalami masalah kepada alahan /alergi pada VCO yang mengandungi herba / minyak kelapa. 

Persoalannya - Kenapa proses pembuangan toksin boleh mendatangkan kesan macam tu?

Sebenarnya ia merupakan tindakbalas yang normal, dan sekiranya anda menghadapi krisis penyembuhan ia adalah petanda yang baik. Maknanya sistem badan anda mula bekerja untuk menjana sel-sel baru dalam tubuh.Untuk mengurangkan kesan healing crisis anda perlu minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari.

Pengguna tidak perlu risau sekiranya mengalami kesan seperti di atas. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...