Showing posts with label Bayi. Show all posts
Showing posts with label Bayi. Show all posts

Tuesday, August 5, 2014

VCO liquid baik untuk urutan bayi

Memetik artikel dari kosmo! Saya tertarik dengan tulisan wartawan Noor Hasliza Nusi tentang urutan bayi. Bukannya apa...baru-baru ini kami dapat cucu baru. Kalau dulu saya gunakan minyak olive oil...tapi  apabila sekarang dah ada minyak kelapa dara atau VCO Catalyst ni, saya memang sarankan anak saudara saya gunakan VCO untuk mengurut bayi.


Jom kami kongsi artikel tersebut di sini 

SENTUHAN manja jari-jemari ke seluruh tubuh membuatkan si kecil seolah-olah mengerti apa yang berlaku. Walaupun tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata, kerlipan mata dan tangisan mengiakan semua itu.

Benar, sentuhan ibu penuh keajaiban. Selain menyusukan bayi, usapan lembut tangan wanita itu memberi kesan mendalam dari segi emosi dan komunikasi ibu dan anak.

Senarionya, urutan tradisional sememangnya telah lama diamalkan oleh masyarakat hari ini khususnya golongan dewasa. Kesan positifnya pada kesihatan pengamalnya sememangnya diakui.

Kini, urutan ke atas kanak-kanak juga sudah mula diterima. Urutan merupakan terapi semula jadi yang seharusnya dijadikan rutin harian para ibu dalam membesarkan anak-anak.

Ia membantu mereka menjadi lebih sihat selain memberi kebaikan dari segi perkembangan fizikal dan mental.

Meskipun kebaikan urutan bayi telah diketahui sejak dahulu lagi oleh ramai komuniti, tetapi dokumentasi berkaitan urutan bayi terutama kesan psikologinya cuma dikemukakan oleh seorang pakar psikologi, Ruth Rice pada tahun 1975.

Sebelum ini, beberapa jururawat Hospital Bellevue di Amerika Syarikat telah berjaya mengurangkan kadar kematian bayi daripada 30 peratus hingga 10 peratus hanya dengan belaian dan sentuhan.



BAYI kadang-kadang menangis sebagai respons terhadap urutan.

Di Malaysia, kaji selidik yang dilakukan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada tahun 2002 mendapati urutan memberi kesan terhadap peningkatan berat badan bayi terbabit.

Manakala kajian yang lebih komprehensif dilakukan oleh Pengarah Institut Penyelidikan Sentuhan dari Sekolah Perubatan Universiti Miami, AS, Dr. Tiffany Field pada tahun 1997.

Beliau berjaya mengenal pasti bahawa terapi sentuhan boleh membantu bayi yang lahir tidak cukup bulan meningkatkan berat badan mereka dengan lebih cepat.


TERAPI sentuhan merupakan ekspresi kasih sayang yang begitu menakjubkan oleh ibu terhadap bayinya.

Beliau juga mendapati urutan ke atas kanak-kanak yang menghidap penyakit asma mengembalikan pernafasan yang baik. Kanak-kanak diabetes pula memberi respons yang berkesan terhadap rawatan tersebut, selain dapat tidur lebih lena.

Menurut pakar pediatrik, Datuk Zulkifli Ismail, bagi bayi yang lahir cukup bulan pula, urutan bukan sahaja membolehkan mereka mengurangkan tekanan dan membantu mereka bertenang, bahkan turut menyediakan beberapa pemulihan yang lain.

"Proses urutan dikatakan dapat meningkatkan fleksibiliti, membina dan mempercepatkan proses pembinaan tulang yang sihat serta membantu memperkuatkan daya ketahanan badan untuk melawan penyakit.

"Selain daripada tanda-tanda fizikal yang jelas seperti kulit bayi yang lembut dan rambutnya yang lebat, terapi sentuhan juga merupakan ekspresi kasih sayang yang begitu menakjubkan oleh ibu terhadap bayinya," ujar bekas Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia ini lagi.

Menurut beliau, urutan bayi seelok-eloknya bermula sebaik saja bayi dilahirkan. Cara urutan dilakukan pula, jelasnya, terpulang kepada keselesaan bayi tersebut.

Para ibu boleh melakukannya sama ada dari pergelangan tangan dahulu mahupun badan si bayi, sehinggalah ke kakinya. Dan terpulang kepada si ibu untuk menggunakan minyak bayi ataupun tidak.

Apakah perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh setiap ibu dalam melakukan urutan? Kata Zulkifli, ia seharusnya dilakukan dengan kerjasama sepenuhnya daripada bayi tersebut.

"Mengurut bayi merupakan satu aktiviti terapeutik, iaitu berkenaan dengan seni pemulihan atau menyembuhkan penyakit. Ia boleh dilakukan melalui perasaan sayang di samping mewujudkan suasana bergurau senda.

"Ingat, anda bagaikan satu cermin pada bayi anda. Dia akan mengikut tingkah laku anda, jadi pastikan anda bersedia dan berada dalam suasana tenang sebelum memulakan urutan.

"Kadang-kadang, bayi mungkin akan berasa letih, maka tiada urutan diperlukan. Dia mungkin ingin berehat.

"Jadi, cubalah mengurut bayi anda selepas bangun daripada tidur," kata Dr. Zulkifli 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mungkin ada di antara kita yang belum atau tidak tau cara untuk mengurut bayi anda. Mungkin ada kelapangan kami akan kongsi bersama anda.


Friday, January 4, 2013

Ibu Mengandung sangat digalakkan mengambil VCO Catalyst

Entri kali ini kami kongsikan khas buat ibu-ibu yang membaca blog kami.
Menjaga kesihatan ketika mengandung sangat penting bagi diri ibu dan bayi dalam kandungannya. Kami cuba membuat carian tentang kelebihan VCO untuk ibu mengandung. Berikut adalah maklumat yang kami perolehi.

Jom baca pictogram dan info di bawah :

Persoalan yang sering kami terima daripada pelanggan....tentang VCO untuk ibu mengandung.

Sumber daripada American Journal of Clinical Nutrition - juga menyokong / bukti bahawa VCO makanan yang baik untuk bayi.

Menurut Hethir Rodriguez - penggunaan VCO baik untuk ibu mengandung bagi mengawal hormon. 

Kandungan VCO itu sendiri banyak manfaat kepada sistem imun janin dan bayi yang baru lahir.

Pictogram : Kelebihan VCO untuk ibu mengandung
 Sebab itu kami memilih untuk berkongsi produk VCO Catalyst ini. Kami telah mengguna VCO Catalyst lebih 1 tahun dan kami mendapat banyak respon daripada pengguna. Insya Allah...dengan perkongsian ini kami dapat memberi nilai tambah untuk kesihatan ibu-ibu yang mengandung.

Tuesday, March 27, 2012

VCO sesuai untuk bayi...

VCO Catalyst sesuai untuk semua peringkat....
VCO merupakan minyak yang terbaik dan sesuai untuk bayi. Hasil carian dalam internet  kami dapati maklumat seperti di bawah menyokong kenyataan di atas.




Nota #1

Milk was designed to supply all the nutrients, including vitamins, minerals, and proteins & fats a baby need for growth and development. Babies who are breast-fed not only obtained important nutrients from the milk but also received antibodies to build stronger immunity system to fight-off infectious diseases.

The main component in breast milk that helped babies stay strong and free from diseases is the Medium Chain Fatty Acids (MCFAs), especially Lauric Acid.
Outside mother's breast milk, Lauric Acid is the primary saturated fatty acids found in Virgin Coconut Oil. The MCFAs in both breast milk and coconut oil improves nutrient absorption, aid digestive function, and protect baby from harmful microorganisms.


Asid Lauric juga terdapat di dalam VCO. Ia merupakan komponen yang juga terdapat di dalam susu ibu...yang membantu bayi terus kuat dan tahan daripada terdedah daripada penyakit. Maka VCO sesuai unutk bayi..

Nota #2


Without question, breast milk is the best choice of food for babies. Preparation by mother should start before the baby is born as not all breast milk has the same superiority. The quality of milk is determined by the mother's health and food diet. Is she doesn't eat the right amount of nutrients; the milk she produces will also be deficient. It is advisable for pregnant mother to consumeVirgin Coconut Oil as part their diet which has ample amounts of MCFAs, particularly lauric acid, so that her milk will, in return provide maximum benefits to her baby 

Ibu yang mengandung juga digalakkan menggunakan VCO sebagai membantu dalam sebahagian diet mereka terutamanya keperluan Asid Lauric. Ini akan membantu dalam susuan bayi nanti.

Nota #3

Virgin coconut oil was an alternative, use in the hospital as mixture of milk to feed to the baby, or as lactation dilution those included to the body patient through infus or through fund those included through throat. In case of emergency when commercial dilution not found, doctor in the district tropical climate will use coconut milk. Often considered as “ coconut milk “ water fresh coconut free from bacteria and have salt mineral, sugar and tamarind chain fatty on (MCFA) able to give substance to a patient incapable of taking or digest common food. Coconut water reported already save the life hundreds of serious ill people and who are hurt. In among greatest benefit is fight dehydration and electrolyte depletion to troops hurt. During II World War Japanese use water coconut as solution in state of emergency. 

Jadi...tiada masalah sekiranya VCO untuk kegunaan bayi anda.
VCO minyak yang terbaik untuk bayi anda. Ini merupakan makanan tambahan yang baik untuk ketahanan dan tumbesaran bayi anda.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...