Showing posts with label Info Kelapa Dara. Show all posts
Showing posts with label Info Kelapa Dara. Show all posts

Tuesday, December 18, 2012

Tak susah pun nak dapatkan Produk Catalyst di Kota Samarahan..

Sekarang produk Catalyst x susah nak cari. Kat Kota Samarahan (Village of Knowledge) pun dah ada. Catalyst Nutraceutical (M) Sdn. Bhd melebarkan pasaran produk kesihatan di Bandar Kota Samarahan.
Puan Safaraliwati Ghazali (Stokis Kota Samarahan) boleh dihubungi untuk sebarang pembelian produk Catalyst.

Kita zooommmm aktiviti Catalyst di Kota Samarahan. Tuuu diaaa....

Kain rentang nie...terletak di laluan by Pass Kuching Serian. Berhampiran dengan Institut Jantung Negara.

Kini Produk Catalyst Nutraceutical berada di Kota Samarahan
 Nie plakk kain rentang yang terletak di bulatan laluan ke UiTM Kota Samarahan - Muara Tuang - Asajaya.
Produk Minyak Kelapa Dara Catalyst - boleh diperolehi melalui stokis Kota Samarahan
Tak susah kann....nak cari produk Catalyst sekarang.

Thursday, November 29, 2012

Menarik : Mitos vs. Fakta Minyak Kelapa Dara

Ilmu pengetahun ialah kuasa. Dan ilmu pengetahuan yang betul ialah kuasa mutlak. Oleh yang demikian, apabila anda ingin mengetahui sesuatu, cuba sampai ke akar umbi. Terdapat perkara-perkara tidak terangkakan yang tersebar ke seluruh dunia, yang kita sangkakan kita tahu banyak mengenainya, tetapi sebenarnya sedikit sangat. Sebahagian besar ilmu pengetahuan kita berdasarkan apa yang kita dengar daripada orang lain dan sebab itulah kerap-kali ia bukan sesuatu yang tulen. Samalah juga dengan pengetahuan kita tentang minyak kelapa (dara). Ia merupakan campuran seragam di antara mitos dan fakta. Jom kita dapatkan fakta di sebalik mitos tersebut. Jom kita menjumpai semula minyak kelapa (dara).

Mitos 1: Minyak kelapa dara terdiri daripada lemak tepu yang meningkatkan kadar kolesterol dan risiko serangan jantung.
Fakta: Kebanyakan orang memahami hanya “kolesterol jahat” yang mereka kenali sebagai ‘kolesterol’ dan kebanyakannya tidak menyedari bahawa terdapat dua jenis kolesterol yang salah satunya baik untuk kesihatan. Tambahan pula, kebanyakan orang tidak tahu bahawa setakat ini, kesan lemak tepu terhadap peningkatan kolesterol jahat tidak dapat dibuktikan. Kepercayaan ini merupakan ‘sumbangan’ sesetengah misi anti minyak kelapa (dara) dan anti lemak tepu yang diperkuatkan oleh beberapa pengeluar minyak makan untuk mempromosi minyak bukan konvensional. Hakikatnya, yang mengejutkan anda, minyak kelapa (dara) meningkatkan tahap “kolesterol baik (lipoprotein berketumpatan tinggi)" yang bermanfaat untuk kesihatan. Kolesterol baik membantu menurunkan tahap "kolesterol jahat (lipoprotein berketumpatan rendah)" dan sebenarnya membersihkan arteri yang tersumbat dan melindungi jantung.

Mitos 2: Lemak tepu yang terkandung di dalam minyak kelapa (dara) menambahkan berat badan dan menyebabkan obesiti.
Fakta: Sebaliknya, Asid Lemak Rantaian Sederhana (Lemak Tepu) yang terkandung di dalam minyak kelapa dara meningkatkan kadar metabolisme, justeru mengakibatkan penggunaan tenaga yang lebih banyak untuk aktiviti metabolik dan seterusnya membakar lebih banyak lemak. Hakikatnya, minyak kelapa (dara) dipreskripsikan untuk menurunkan berat badan dan pengambilan minyak kelapa (dara) secara sistematik membantu mengurangkan berat badan pada kadar tertentu. Lihatlah bagaimana mitos dan fakta tentang minyak kelapa (dara) bercanggah di antara satu sama lain.

Mitos 3: Minyak kelapa (dara) mengakibatkan kerengsaan pada kulit.
Fakta: Sebaliknya, minyak kelapa (dara) merupakan salah satu minyak yang melegakan kulit. Minyak kelapa (dara) yang tidak ditapis mungkin boleh menyebabkan kerengsaan disebabkan kehadiran debu dan partikel tidak dikehendaki di dalamnya, tetapi itu merupakan kes yang jarang-jarang terjadi. Dalam kes keradangan akibat sengatan serangga, alahan, selaran matahari, reaksi terhadap dadah, calar-balar dan sebagainya, minyak kelapa (dara) boleh secara ‘ajaib’nya melegakan. Sifat anti mikrob di dalam minyak kelapa (dara) boleh membantu menyembuhkan luka.

Mitos 4: Minyak kelapa (dara) manis rasanya dan tidak baik untuk kencing manis (diabetis).
Fakta: Rasa minyak kelapa (dara) sama seperti minyak lain dan tidak manis (bagaimana pula rasanya boleh manis sedangkan ia hanya mengandungi lemak dan tidak ada glukos/gula di dalamnya!). Tambahan pula, minyak kelapa (dara) menggalakkan rembesan kepada insulin daripada pankreas dan sehubungan itu membantu mengawal kencing manis. Eksperimen terkini membuktikan bahawa penggunaan minyak kelapa (dara) secara berterusan boleh mengurangkan banyak sekali risiko kencing manis.

Mitos 5: Minyak kelapa (dara) tebal dan sukar diserap.
Fakta: Barangkali penyejatan minyak kelapa (dara) pada musim sejuk dan bentuknya sebagai pepejal mencetuskan mitos ini. Sekarang, sebagaimana mitos dan fakta tentang minyak kelapa (dara), ini juga sangat berlawanan. Minyak kelapa, dan terutama sekali minyak kelapa dara; tipis, tidak melekat, tidak menyebabkan kulit jadi berminyak dan sedia diserap. Sebab itulah minyak kelapa (dara) lebih digemari untuk urutan dan untuk menjadikan kulit sawo matang.

Mitos 6: Memandangkan ia diperolehi daripada kelapa (yang mengandungi banyak kelembapan), minyak kelapa (dara) sangat mudah menjadi tengik.
Fakta: Minyak kelapa (dara) ialah satu daripada minyak paling “tahan lasak” dalam hal ini. Ia juga stabil hinggakan walaupun mengandungi kelembapan melebihi had yang dibenarkan, ia memiliki jangka hayat di rak yang lebih lama berbanding minyak lain dan tidak menjadi tengik selama bertahun-tahun. Bayangkan apa akan terjadi jika kelembapan kekal dalam kadar had dibenarkan.

Mitos 7: Minyak kelapa (dara) teruk rasanya.
Fakta: Sekarang, ini merupakan tohmahan terakhir yang boleh dilontarkan. Kita tidak dapat membuktikan bahawa rasanya baik memandangkan ‘suka’ dan “tidak suka” adalah sangat peribadi dan sangat berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain. Namun demikian, pengkritik paling tegar pun akan bersetuju bahawa rasa minyak kelapa (dara) mempunyai rasa yang sangat menakjubkan. Tak percaya? Nampaknya saya tidak ada pilihan lain melainkan untuk mencadangkan supaya anda melakukan sesuatu. Cuba goreng sesuatu di dalam minyak kelapa (dara), rasa, dan datang semula kepada saya.

Anda baru sahaja membaca sebahagian mitos dan dan fakta menarik tentang minyak kelapa (dara). Ada lagi yang lain, tetapi jarang sangat boleh menandingi kebaikan minyak kelapa (dara). Apa yang boleh saya katakan kepada anda ialah cubalah sendiri.

Artikel ini disumbangkan oleh Aparup Mukherjee.

Sumber Maklumat
•Laporan-laporan Lembaga Pembangunan Kelapa India
•Laporan-laporan KERAFED
•Buku-buku teks pelbagai kursus pertanian
•Pelbagai laporan di Internet

Sumber : Stokis Rajabio

Wednesday, November 28, 2012

myMetro | Kencing manis jejas keupayaan

Baru-baru ni...abang ipar sembang dengan kami pasal tahap kandungan gula dalam darahnya yang tinggi. Walaupun kadar kolesterol nya sudah menurun..tapi kandungan gula pula buat hal. Ye laa kann...umor dah masuk 50-an, memang patut la risau. Apa-apa penyakit boleh datang kalo tak jaga kesihatan diri....

Bila difikir-fikir tentang isu di atas tu....teringat la plak dengan Produk Catalyst. Ye la..kita nie kan stokis produk kesihatan. Boleh ka Virgin Coconut Oil, Fiber Drink dan Men Vita membantu mengatasi masalah penyakit kencing manis? 

Sebelum mengupas lanjut isu ni.....apa kata kita baca artikel ni:

KENCING manis adalah penyakit digeruni, apatah lagi ia satu rantaian penyakit kronik iaitu sakit jantung dan darah tinggi. Bagi lelaki pula, mereka berdepan risiko masalah ereksi dan kemandulan jika mengalaminya.

Sesiapa saja berisiko menghidap sakit ini tanpa mengira peringkat umur. Jika ia berlaku ketika peringkat kanak-kanak, individu itu dikatakan penghidap penyakit kencing manis juvenil.

Mereka akan diberi suntikan hormon insulin sepanjang hayat kerana sel yang memproses insulin dalam organ pankreas tidak berfungsi lagi.

Namun bagi individu menghidap kencing manis selepas baligh (dewasa), ia berlaku akibat badan tidak dapat menggunakan insulin atau hormon insulin berkurangan serta tidak dapat menampung metabolisme karbohidrat.

Dengan tahap glukosa tinggi dan tidak stabil itu, keseluruhan fungsi sistem tubuh badan seperti perjalanan darah, fungsi dan tindak balas urat saraf tergendala.

Kedua-dua fungsi ini penting dan jika ia terganggu, fungsi tubuh badan turut terganggu seperti kegagalan lelaki mengekalkan atau mencapai ereksi ketika terangsang. Individu itu juga mungkin gagal mencapai atau mengawal ejakulasi dan cepat klimaks.



Sebilangan besar pesakit kencing manis yang mematuhi nasihat doktor dan makan ubat untuk mengawal tahap glukosa dapat mengekalkan kemampuan melakukan persetubuhan.

Oleh kerana penyakit kencing manis hanya boleh dikawal dan tiada penawarnya, lelaki yang tidak peka dengan nasihat dan rawatan doktor akan mengalami masalah kemampuan seksualnya.

Individu itu akan sukar mencapai ereksi mencukupi untuk melakukan persetubuhan atau ereksinya tidak kekal serta tidak sempat melakukan penembusan faraj atau mati separuh jalan.

Kesudahannya, individu itu mengalami mati pucuk tetap. Ada juga penghidap kencing manis tidak dapat mencapai ejakulasi walaupun dia rasa sudah mencapai orgasma.

Selain itu, ada individu boleh mencapai ejakulasi tapi terasa macam air maninya masuk ke pundi kencing (kencing selepas klimaks dan mendapati air kencingnya keruh atau mengandungi keladak putih).

Jangan mudah percaya cakap yang kononnya makan ubat kencing manis menyebabkan mati pucuk. Ia tidak benar. Semua pesakit kencing manis lambat-laun akan mengalami mati pucuk atau kegagalan ejakulasi.

Walaupun ada ubat boleh melancarkan aliran darah di zakar dan dilihat dapat mengatasi masalah itu, ia tetap bermasalah jika tidak mengawal penyakit itu.

Yang penting, ikut nasihat dan rawatan doktor. Jika anda mula mengalami masalah itu, segera berjumpa doktor pakar.

Jangan pula mendiamkan diri atau dapat ubat mengarut tanpa nasihat doktor, termasuk mendapatkan rawatan daripada tabib atau tukang urut. Nanti padah!
Artikel ini disiarkan pada : 2011/05/07


Untuk artikel asal sila layari : myMetro | Kencing manis jejas keupayaan

Thursday, September 27, 2012

Video : Kajian Sainstifik tentang VCO


Alhamdulillah....sempat jugak kami selesaikan task menyiapkan video promo untuk Virgin Coconut Oil ni. 3 jam menyiapkannya oleh amatur seperti kami memang puas hati. heheh. Layan video ini wokeyyy!

Virgin Coconut Oil telah dikaji tentang keperluannya dan manfaatnya dalam sains perubatan. Penemuan-penemuan itulah yang menjadikan kami lebih yakin tentang produk ini. Namun kami tidak terlalu taksuf dengan Virgin Coconut Oil ini untuk memulihkan penyakit....jika tanpa izin-Nya. Apa yang telah terbukti dari VCO ini adalah atas kehendak-Nya. Kami hanya menyampai sahaja, hidayah dan petunjuk adalah urusan Allah s.w.t. 

Allah s.w.t telah ciptakan sesuatu itu...pasti ada manfaatnya. Pokok kelapa jika kita tidak mengkaji tentang khasiatnya oleh pakar-pakar sains sudah pasti sehingga sekarang kita hanya tahu air kelapa boleh diminum, isinya boleh dijadikan santan, batang boleh dibuat titi, daun boleh dibuat lidi dan ketupat. Kannn? 

Besarnya nikmat yang Allah s.w.t berikan untuk kita di bumi ini..Alhamdulillah.

Sunday, May 6, 2012

Masalah Resdung??

Masalah Resdung Yang Serius


Resdung merupakan antara  penyakit yang biasa di kalangan masyarakat negara ini. Resdung juga dikenali sebagai penyakit sinusitis. Tapi yang menjadi masalah penyakit resdung ini sering dipandang remeh oleh masyarakat yang biasanya membiarkan penyakit itu bersarang tanpa mencari rawatan resdung yang sepatutnya.

Kebiasaannya, penghidap penyakit resdung mempunyai masalah seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gata-gatal hidung, tidak sedap badan, letih dan berasa sakit kepala pada waktu pagi manakala pada tahap yang kronik, penyakit resdung boleh memberi kesan kepada telinga sehingga menyebabkan seseorang itu pekak.

Apa yang lebih menakutkan, jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, resdung sebenarnya boleh mengundang maut akibat masalah komplikasi pada otak.

Resdung merupakan penyakit yang berpunca oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di bahagian dalaman tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran sangat kecil dipanggil sinus.

Rawatan resdung melalui amalan Minyak Kelapa Dara. Minyak Kelapa Dara dapat mengubati penyakit resdung dengan berkesan dengan cara meminum 1 sudu pagi dan malam dan kemudian sapukan pada pada bahagian muka Minyak kelapa itu juga, jika disapukan pada kulit boleh juga membunuh berbagai-bagai jenis virus, bakteria, kulat dan protozoa selain dari membuatkan kulit menjadi lebih halus dan segar.

Friday, May 4, 2012

MINYAK KELAPA DARA (VCO) masuk PARLIMEN!




KUALA LUMPUR: Minyak Kelapa Dara mendapat tempat pada persidangan Dewan Rakyat hari ini apabila Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Rohani Abdul Karim mengambil kesempatan mempromosikan produk itu yang dikatakan mempunyai banyak khasiat terutama untuk kulit.

Beliau berkata minyak yang kini hangat diperkatakan itu mempunyai pelbagai kegunaan dalam bidang farmaseutikal untuk rawatan penyakit kulit, industri, kesihatan dan sebagai bahan asas penjagaan diri.

“… Saya ada bawa krimnya dan kalau yang berhormat berminat boleh jumpa saya di luar dewan… guna dulu sendiri yang berhormat, lepas tu kita boleh berkongsilah dari segi khasiat-khasiat krim yang diolah dari kelapa ini,” katanya menjawab soalan Datuk Tengku Putera Tengku Awang (BN-Hulu Terengganu) di Parlimen.

Beliau berkata Minyak Kelapa Dara yang ada di negara ini jernih jika dibandingkan dengan minyak yang dikeluarkan di Filipina dan Indonesia yang mempunyai warna kekuningan.

“Saya baru dapat maklumat, yang kita telah dapat keluarkan melalui teknologi yang terkini, ia putih macam air, jernih. Jadi kita sekarang ada ‘niche’ yang boleh digunakan untuk mengolah pelbagai lagi produk yang berkualiti tinggi.

“Sebab itulah ia juga boleh digunakan dalam pemakanan,” katanya.

Terdahulu, Rohani berkata Mardi telah menjalankan kajian mendalam penghasilan produk Minyak Kelapa Dara dengan menggunakan kaedah bioteknologi.

Jabatan Pertanian juga telah memulakan projek perintis untuk menghasilkan Minyak Kelapa Dara di empat kawasan iaitu Rengit (Johor), Sungai Air Tawar (Selangor), Bagan Datoh (Perak) dan Pekan (Pahang), katanya.

Beliau berkata setiap kawasan melibatkan 20 hingga 30 orang peserta dengan setiap peserta dibekalkan peralatan untuk pemprosesan.

“Bagi setiap kawasan, satu pusat pengumpulan untuk tujuan pemprosesan lanjutan akan turut diwujudkan,” katanya. BERNAMA




MINYAK KELAPA DARA ( VCO )
DIAKUI TERBAIK DI DUNIA
Sebagai Penawar Mujarab Di Muka Bumi

VCO mengandungi asid lemak rantai sederhana

Minyak Kelapa Dara (VCO) Catalyst
Dr. A. Nathan Pakar Mikrobiologi & Patalogi daripada Auckland, New Zealand telah menyedari bahawa embrio yang terkandung dalam tempurung kelapa mengambil masa lebih kurang 45 hari untuk membesar sepenuhnya & pada ketika inilah minyak kelapa menghasilkan asid laurik yang paling banyak. Beliau juga mendapati bomoh tradisional di Filipina yang dikenali sebagai manghihilot menggunakan minyak kelapa dara yang dihasilkan seperti di atas untuk merawat pesakit yang serius kerana mereka percaya minyak kelapa pada ketika itu berada pada kualiti terbaik serta boleh diserap dengan lebih baik & cepat oleh tubuh pesakit.

Dr Nathan telah menggabungkan fenomena semulajadi ini dalam proses penapaiannya yang unik yang juga mengambil masa 45hari untuk menghasilkan
Virgin Coconut Oil (VCO).

Sesungguhnya, molekul minyak yang dihasilkan melalui proses penapaian yang unik ini adalah amat kecil serta lebih mudah & lebih cepat diserap untuk memberi anda kesan yang maksima.

Asid Laurik yang terkandung dalam VCO ini bertindak kuat sebagai anti-virus & anti-bakteria & merupakan Asid Lemak Rantai Sederhana (Medium Chain Fatty Acids-69.5%) yang ditemui sebagai komponen dalam susu ibu.

MCFA cepat menyerap & dihantar ke hati untuk digunakan sebagai sumber tenaga & tidak diedar dalam saluran darah seperti Asid Lemak Rantai Panjang, jadi apa yang anda dapat ialah tenaga & bukannya lemak badan & arteri juga tidak tersumbat.

Sebab itu VCO merupakan minyak yang terbaik untuk kesihatan kita.




Faedah Kesihatan Asid Lemak Sederhana:

1. Mengelak daripada sakit jantung, darah tinggi, kencing manis
2. Menguatkan gigi & tulang
3. Mengurangkan berat badan
4. Menghapuskan bakteria yang membawa kepada jangkitan Hepatitis C , virus herpes, influenza.
5. Sebagai antibiotik semulajadi dalam tubuh untuk mencegah penyebaran kuman candida & infleksi kulat
vagina
6. Menghalang parasit yang menjangkiti usus seperti cacing pita & protozoa
7. Meningkatkan sistem imunisasi tubuh agar tidak mudah dijangkiti penyakit malaria & sakit kuning
8. Menghalang daripada arteroklerosis
9. Menurut kajian Asid Lemak Rantai Sederhana dalam minyak kelapa dara dapat melambatkan penyebaran
virus HIV dengan efektif
10. Penyelesaian paling baik untuk sindrom keletihan kronik
11. Menghalang daripada jangkitan kanser buah dada, kanser usus & lain-lain jenis kanser
12. Melambatkan proses penuaan
13. Mengubati penyakit kulit, kasar & kedut
14. Menghalang kerosakan kulit akibat cahaya matahari seperti kedutan
15. Mengurangkan kelemumur
16. Rambut yang bersinar

Dapatkan Minyak Kelapa Dara (VCO) Catalyst  - 
Safa : 013-8022278

Friday, April 20, 2012

Diari : VCO untuk pengidap Kencing Manis?

Tadi terbaca entri blog Cik Amni pasal entri VCO untuk kencing manis

Menarik...untuk kita kongsi bersama bagaimana Virgin Coconut Oil (VCO) membantu pesakit Kencing Manis ini. Mungkin saya akan cuba kongsikan bersama kesah2 menarik pesakit kencing manis nie dalam entri yang akan datang. Insya Allah!

VCO bukan ubat. Catalyst telah menghasilkan VCO sebagai produk makanan tambahan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985. Jadi ia selamat kerana ia adalah bahan semula jadi yang asli. Insya Allah - Catalyst tidak menggunakan bahan terlarang dalam produk VCO.

Atas fungsi utama VCO untuk membuang toksin dalam badan dan menjana sel-sel baru - saya percaya ia juga membantu untuk penyakit-penyakit yang lain. Apa pendapat anda?

Saturday, April 7, 2012

Benarkah Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil) baik untuk otak?

Minyak Kelapa Dara (VCO) baik untuk otak.

Sila baca artikel di bawah :

The human brain just like any other part of the body needs continuous nourishment to function well. The brain cells need special care because its number diminishes as one ages. When the brain cells starts to die, one may experience the following symptoms: headache, fatigue and brain fog. In the long run, the death of brain cells causes neurodegenerative diseases such as Alzheimer’s and Parkinsons. The good news is that a new study says that coconut oil can help maintain an active mind and a sharp memory. According to the new study, coconut oil can supply the brain with the energy it needs thus preventing neurodegenerative conditions.

In many diseases that are associated with the loss of brain cells such as Alzheimer’s disease, the neurons in some areas of the brain start to resist insulin. Insulin is important in brain functioning because it is the hormone that transports glucose to the brain cells. Glucose is used by the brain for energy.  When neurons start to reject insulin, brain cells starts to die.

Another factor that contributes to massive brain death is high blood sugar because it causes protein molecules to produce advanced glycolytic enzymes (AGEs). The said enzymes increases oxidative stress levels in the body and damages neuronal tissue.

How Can Coconut Oil Prevents Neurodegenerative Diseases

Coconut oil is beneficial to the brain because it is the best source of medium chain triglycerides (MCTs) aside from breast milk. Unlike the long chain triglycerides which depends on bile salts from the gallbladder before it can be processed in the digestive system, the MCT’s do not need bile salts anymore. The MCT’s go straight to the liver where it is converted into ketones. The ketones are then released by the liver to the bloodstream and immediately transported to the brain.

The study shows that the ketones generated by MCTs supply a steady source of energy for the brain when one experiences low blood sugar without the neurological risks linked with high blood sugar.

For this reason, ketones can provide essential brain food to people afflicted with diabetes or other neurodegenerative condition such as Parkinsons, Alzheimer's, and Multiple Sclerosis.

One of experts in this MCT research is Dr. Mary Newport. Her studies show that ketones help the brain cope from lack of oxygen which causes death of brain cells. People who suffer from heart attack can recover faster with the help of ketones and can effectively minimize cancerous tumors.

To benefit from all the benefits of coconut oil, a normal-sized adult should maintain a coconut-rich diet. One is advised to consume 3-4 tablespoons of coconut oil a day.
One can take coconut oil as it is or it can be added to food and drinks. Coconut oil can also be applied on skin or one can eat coconut meat or flakes. One can also drink coconut water and coconut milk. People suffering from neurological diseases and diabetes are advised to take 8-10 tablespoons of coconut oil daily.


Sumber :
Use Coconut Oil for Healthier Brain

VCO : RM43.90 (SARAWAK/SABAH)
RM39.90 (SEMENANJUNG)

Keterangan lanjut atau ingin mendapatkan VCO (softgel/liquid) hubungi - Safa : 013-8022278 / email - chenal.Abydin@gmail.com

Tuesday, March 27, 2012

VCO sesuai untuk bayi...

VCO Catalyst sesuai untuk semua peringkat....
VCO merupakan minyak yang terbaik dan sesuai untuk bayi. Hasil carian dalam internet  kami dapati maklumat seperti di bawah menyokong kenyataan di atas.




Nota #1

Milk was designed to supply all the nutrients, including vitamins, minerals, and proteins & fats a baby need for growth and development. Babies who are breast-fed not only obtained important nutrients from the milk but also received antibodies to build stronger immunity system to fight-off infectious diseases.

The main component in breast milk that helped babies stay strong and free from diseases is the Medium Chain Fatty Acids (MCFAs), especially Lauric Acid.
Outside mother's breast milk, Lauric Acid is the primary saturated fatty acids found in Virgin Coconut Oil. The MCFAs in both breast milk and coconut oil improves nutrient absorption, aid digestive function, and protect baby from harmful microorganisms.


Asid Lauric juga terdapat di dalam VCO. Ia merupakan komponen yang juga terdapat di dalam susu ibu...yang membantu bayi terus kuat dan tahan daripada terdedah daripada penyakit. Maka VCO sesuai unutk bayi..

Nota #2


Without question, breast milk is the best choice of food for babies. Preparation by mother should start before the baby is born as not all breast milk has the same superiority. The quality of milk is determined by the mother's health and food diet. Is she doesn't eat the right amount of nutrients; the milk she produces will also be deficient. It is advisable for pregnant mother to consumeVirgin Coconut Oil as part their diet which has ample amounts of MCFAs, particularly lauric acid, so that her milk will, in return provide maximum benefits to her baby 

Ibu yang mengandung juga digalakkan menggunakan VCO sebagai membantu dalam sebahagian diet mereka terutamanya keperluan Asid Lauric. Ini akan membantu dalam susuan bayi nanti.

Nota #3

Virgin coconut oil was an alternative, use in the hospital as mixture of milk to feed to the baby, or as lactation dilution those included to the body patient through infus or through fund those included through throat. In case of emergency when commercial dilution not found, doctor in the district tropical climate will use coconut milk. Often considered as “ coconut milk “ water fresh coconut free from bacteria and have salt mineral, sugar and tamarind chain fatty on (MCFA) able to give substance to a patient incapable of taking or digest common food. Coconut water reported already save the life hundreds of serious ill people and who are hurt. In among greatest benefit is fight dehydration and electrolyte depletion to troops hurt. During II World War Japanese use water coconut as solution in state of emergency. 

Jadi...tiada masalah sekiranya VCO untuk kegunaan bayi anda.
VCO minyak yang terbaik untuk bayi anda. Ini merupakan makanan tambahan yang baik untuk ketahanan dan tumbesaran bayi anda.


Wednesday, March 21, 2012

INFO Minyak Kelapa Dara

Kami pernah memaparkan entri berhubung Minyak Kelapa dara paling menyihatkan di dunia

Tapi benarkah MINYAK KELAPA DARA sihat untuk kita?

BUKTI DARI PAKAR:





  • Dr Bruce Fife adalah doktor naturopathic dan pengarang buku-buku seperti "Coconut Cures" dan "The Coconut Miracle" menyatakan bahawa minyak kelapa dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia. 
  • Jon J. Kabara, Ph.D (Profesor Emeritus, Michigan State University) menyatakan bahawa lemak rantai-sederhana yang terdapat dalam minyak kelapa dara adalah serupa dengan lemak dalam susu ibu dan mempunyai kesan nutraceutical yang sama. 
  • Joseph Mercola, D.O - Minyak kelapa adalah minyak paling menyihatkan yang boleh anda gunakan. 
  • Kajian klinikal menunjukkan minyak kepada dara mempunyai sifat anti-mikrob dan anti-virus yang mana memberi harapan termasuklah pesakit AIDS. 
  • Minyak kelapa dara mempunyai lemak tepu dengan bentuk yang unik yang berbeza dengan minyak yang terdapat dalam haiwan dan beberapa minyak sayuran. 
  • Tidak seperti minyak yang lain, minyak kelapa dara tidak disimpan menjadi selulit. 
Maklumat lanjut boleh anda layari di :

Why is Virgin Coconut Oil the Healthiest oil on Earth?

Health Benefits of Coconut Oil





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...