Showing posts with label BERITA CATALYST. Show all posts
Showing posts with label BERITA CATALYST. Show all posts

Tuesday, September 30, 2014

Catalyst Mendapat pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)

Alhamdulillah....
Catalyst Nutraceutical (M) Sdn. Bhd telah diperakui memenuhi syarat-syarat bagi pensijilan  Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) berkuatkuasa 10 September sehingga 9 September 2017.
Ini satu lagi usaha syarikat dalam meningkatkan kualiti produk dengan pengikhtirafan di bawah Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri.


Skim Pensijilan MeSTI adalah merupakan hasil penambahbaikan dari SK1M bagi memudahkan enterpris makanan terutamanya pihak Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) untuk memenuhi keperluan-keperluan yang diperuntukkan dibawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Di bawah program ini..Catalyst Nutraceutical Sdn. Bhd akan dibimbing bagi membangunkan dan melaksanakan program jaminan keselamatan makanan. Malah Kementerian Kesihatan Malaysia juga memastikan Catalyst membangunkan sistem amalanyang terancang dan didokumentasikan.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari :Info MeSTI

Thursday, January 2, 2014

MWC 1/2014 : New Marketing Plan Catalyst Nutraceutical Sdn. Bhd

Mingguan Wacana Catalyst 1/2014 : coming soon...new marketing plan
Tahun 2014 ini...bakal banyak perubahan dan transformasi yang akan dilaksanakan oleh Catalyst Nutraceutical untuk Stokis dan Agen di seluruh Malaysia.

Nantikan kemunculan sistem baharu sebagai proses penambahbaikan sistem pengurusan dan meningkatkan hasil jualan produk catalyst. Insya Allah...produk-produk terbaharu akan muncul tidak lama lagi.

Tunggu yaaa~!

Thursday, May 9, 2013

Monday, April 22, 2013

Stokis Catalyst Kota Samarahan di Karnival Hari Terbuka Kolej Kediaman Bunga Raya, UNIMAS yang ke 7 - 22 hingga 28/04/2013.

Assalamualaikum...
Ni nak kongsi berita dan cerita sket pasal Stokis Catalyst Kota Samarahan. 
Adalah dimaklumkan kami akan berada di Karnival Hari Terbuka (Open day kata orang Jawaa..) yang ke-7 di Kolej Kediaman Bunga Raya, UNIMAS dari 22 hingga 28 April 2013.

Bagi warga UNIMAS....jangan lepaskan peluang ini untuk bersama-sama memeriahkan karnival tersebut. Sambil-sambil tu..jom la singgah di gerai kami "CATALYST SARAWAK". 
Promosi kami...dalam Berita Catalyst (Stokis Kota Samarahan)
Berita Catalyst keluaran Stokis Catalyst Kota Samarahan
Apa yang menarik di Booth kami.....
1 set Ambience bernilai RM269.00 akan menjadi milik pembeli bertuah yang membuat sebarang pembelian di gerai kami. Sesiapa saja berpeluang memiliki set tersebut.....dengan syarat anda membeli di gerai Catalyst Sarawak sepanjang promosi tersebut.

Disamping pendaftaran serendah RM150 sebagai agen, anda juga akan menikmati diskaun 10% bagi setiap rangkaian produk Catalyst. Apa tunggu lagiiii! Kak Ton akan lebih comel dengan Ambience Catalyst.....! percayalah! hehehe....

Wednesday, February 13, 2013

Berita Catalyst : Promosi pendaftaran ahli Catalyst Seluruh Malaysia

Jika anda berminat menyertai kami - hubungi Puan Safa : 013-8022278 / En. Zainal : 019-8292

Bukan selalu dapat peluang macam nie. So sapa yang berminat untuk memulakan perniagaan bersama produk Catalyst inilah peluang yang patut anda ceburi. Tak Rugi...!

Kami akan sedia membantu anda. Kami mempunyai Team yang sangat gempak..sangat sporting...sangat komited.

Friday, February 1, 2013

Berita Harian, 1 Februari 2013 - Usahawan yang dilahirkan Catalyst Nutraceutical Sdn. Bhd

Catalyst Nutraceutical Sdn. Bhd telah membuka ruang dan peluang kepada ramai wanita untuk menjadi usahawan. 

Kalo anda beli Berita Harian hari ni...1 Februari 2013 ruangan Famili muka surat 3...terpampang wajah jelita usahawan wanita yang dilahirkan oleh Catalyst Nutraceutical Sdn. Bhd


Jika mereka boleh berjaya seperti sekarang....kami juga akan menjejaki langkah mereka selepas ini. Kami percaya produk Catalyst Nutraceutical Sdn. Bhd. telah mendapat sambutan yang tinggi di Malaysia.
Kami bukan sahaja memperkenalkan rangkaian produk Catalyst sebagai perniagaan yang memberi pulangan yang baik, tetapi produk yang berkualiti dan dijamin HALAL ini memberi kehidupan yang lebih bermakna bagi kami...dan Inysa Allah...sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.
Kami akan berkongsi sedikit maklumat produk dalam blog ini untuk panduan anda sebagai pengguna. Terpulanglah kepada anda untuk memilih...

Daripada Kami - Team Stokis Kota Samarahan, Catalyst Sarawak

Wednesday, November 28, 2012

myMetro | Kencing manis jejas keupayaan

Baru-baru ni...abang ipar sembang dengan kami pasal tahap kandungan gula dalam darahnya yang tinggi. Walaupun kadar kolesterol nya sudah menurun..tapi kandungan gula pula buat hal. Ye laa kann...umor dah masuk 50-an, memang patut la risau. Apa-apa penyakit boleh datang kalo tak jaga kesihatan diri....

Bila difikir-fikir tentang isu di atas tu....teringat la plak dengan Produk Catalyst. Ye la..kita nie kan stokis produk kesihatan. Boleh ka Virgin Coconut Oil, Fiber Drink dan Men Vita membantu mengatasi masalah penyakit kencing manis? 

Sebelum mengupas lanjut isu ni.....apa kata kita baca artikel ni:

KENCING manis adalah penyakit digeruni, apatah lagi ia satu rantaian penyakit kronik iaitu sakit jantung dan darah tinggi. Bagi lelaki pula, mereka berdepan risiko masalah ereksi dan kemandulan jika mengalaminya.

Sesiapa saja berisiko menghidap sakit ini tanpa mengira peringkat umur. Jika ia berlaku ketika peringkat kanak-kanak, individu itu dikatakan penghidap penyakit kencing manis juvenil.

Mereka akan diberi suntikan hormon insulin sepanjang hayat kerana sel yang memproses insulin dalam organ pankreas tidak berfungsi lagi.

Namun bagi individu menghidap kencing manis selepas baligh (dewasa), ia berlaku akibat badan tidak dapat menggunakan insulin atau hormon insulin berkurangan serta tidak dapat menampung metabolisme karbohidrat.

Dengan tahap glukosa tinggi dan tidak stabil itu, keseluruhan fungsi sistem tubuh badan seperti perjalanan darah, fungsi dan tindak balas urat saraf tergendala.

Kedua-dua fungsi ini penting dan jika ia terganggu, fungsi tubuh badan turut terganggu seperti kegagalan lelaki mengekalkan atau mencapai ereksi ketika terangsang. Individu itu juga mungkin gagal mencapai atau mengawal ejakulasi dan cepat klimaks.



Sebilangan besar pesakit kencing manis yang mematuhi nasihat doktor dan makan ubat untuk mengawal tahap glukosa dapat mengekalkan kemampuan melakukan persetubuhan.

Oleh kerana penyakit kencing manis hanya boleh dikawal dan tiada penawarnya, lelaki yang tidak peka dengan nasihat dan rawatan doktor akan mengalami masalah kemampuan seksualnya.

Individu itu akan sukar mencapai ereksi mencukupi untuk melakukan persetubuhan atau ereksinya tidak kekal serta tidak sempat melakukan penembusan faraj atau mati separuh jalan.

Kesudahannya, individu itu mengalami mati pucuk tetap. Ada juga penghidap kencing manis tidak dapat mencapai ejakulasi walaupun dia rasa sudah mencapai orgasma.

Selain itu, ada individu boleh mencapai ejakulasi tapi terasa macam air maninya masuk ke pundi kencing (kencing selepas klimaks dan mendapati air kencingnya keruh atau mengandungi keladak putih).

Jangan mudah percaya cakap yang kononnya makan ubat kencing manis menyebabkan mati pucuk. Ia tidak benar. Semua pesakit kencing manis lambat-laun akan mengalami mati pucuk atau kegagalan ejakulasi.

Walaupun ada ubat boleh melancarkan aliran darah di zakar dan dilihat dapat mengatasi masalah itu, ia tetap bermasalah jika tidak mengawal penyakit itu.

Yang penting, ikut nasihat dan rawatan doktor. Jika anda mula mengalami masalah itu, segera berjumpa doktor pakar.

Jangan pula mendiamkan diri atau dapat ubat mengarut tanpa nasihat doktor, termasuk mendapatkan rawatan daripada tabib atau tukang urut. Nanti padah!
Artikel ini disiarkan pada : 2011/05/07


Untuk artikel asal sila layari : myMetro | Kencing manis jejas keupayaan

Friday, November 23, 2012

Berita Catalyst : penjelasan Catalyst tentang krisis kehabisan stok VCO softgel

Hari ini kami kongsikan berita berhubung dengan berita krisis VCO Softgel yang kekurangan baru-baru ini.

Kali ini Berita Catalyst Sarawak memaparkan ekslusif isu berhubung dengan perkara tersebut untuk pelanggan Catalyst Sarawak.


Berita ini kami telah paparkan terdahulu dalam page Catalyst Kota Samarahan.

Thursday, September 27, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...