Lagi Entri kami tentang Gout.
Antara langkah lain yang perlu dilakukan pesakit ialah :
1- Kawal makan dengan menghadkan pengambilan protein daripada
haiwan – sesetangah pesakit beranggapan tidak mengapa makan ikut selera kerana
ubat gout yang ada sekarang berkesan dan boleh menghilangkan kesakitan akibat
keradangan dalam masa beberapa jam. Betul, tetapi kawalan pesakit gout lebih
berkesan dengan menjaga pemakanan.
Ini bukan bermakna pesakit perlu berpantang, tetapi
mengurangkan pembambilan jenis makanan yang kaya purin kerana ia boleh
meningkatkan paras asid urik seperti organ dalaman (otak, hati, buah pinggang,
limpa, jantung), daging angsa, ikan bilis, sardine, ikan kembung dan makanan
laut bercengkerang.
Kajian menunjukkan diet bebas purin hanya dapat mengurangkan
15 hingga 20 peratus paras asid urik. Jadi anda masih boleh makan makanan
kegemaran, tetapi pada kuantiti kecil.
Sebaliknya gantikan dengan sumber protein daripada
tumbuh-tumbuhan seperti kacang dan kekacang. Ia juga dapat membantu pesakit
mengurangkan pengambilan lemak yang boleh mengakibatkan pertambahan berat
badan. Lemak tepu juga dikenal pasti antara penyumbang tidak langsung kepada
masalah gout.
2 - Kawal berat badan. Kegemukan boleh menjejaskan keupayaan
badan untuk menyingkirkan asid urik. Jika anda mempunyai masalah berat badan
berlebihan, mulakan bersenam dan kawal pengambilan makanan supaya berat badan
dapat dikurangkan secara perlahan-lahan. Diet keterlaluan dan mendadak boleh
menyebabkan serangan gout.
Jika anda minum minuman beralkohol, hadkan kepada segelas
wain atau satu tin bir saja sehari. Alkohol meningkatkan paras asid urik dalam
darah dan meninggikan risiko mendapat keradangan (serangan gout). Jika anda
mengalami serangan, jangan minum minuman beralkohol. Sebolehnya, jangan
mengambil minuman beralkohol lagi.
3 - Minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
Tidak mengapa jika anda terpaksa berulang ke tandas banyak kali kerana ia
petanda baik. Semakin kerap ke tandas, semakin banyak asid urik dibuang.
Pilih produk tenusu rendah lemak atau bebas lemak. Ada
kajian menunjukkan pengambilan produk tenusu rendah lemak dapat membantu
mengurangkan risiko gout.
4 - Ambil karbohidrat kompleks – sasarkan untuk makan lebih
banyak bijirin, sayur dan buah. Kurangkan makanan mengandungi karbohidrat yang
diproses seperti roti putih dan kek.
Hadkan pengambilan gula – terlalu banyak gula akan
membuatkan kita kurang makan buah, sayur dan bijirin. Makanan yang banyak gula
juga banyak kalori yang akan membuatkan anda lebih senang mengambilan
pertambahan berat badan.
Rawatan tanpa ubat
Penyakit gout disebabkan oleh masalah untuk menyingkirkan
asid urik berlebihan dalam badan. Metabolisma asid urik tidak dapat dilakukan
dengan betul dan menyebabkan akumulasi / pengumpulan asid urik pada salur darah
dan sendi. Komplikasi gout adalah gouty atritis dan boleh menyebabkan destruksi
/ kerosakan sendi dan deposisi urate oada kulit dan rawan. Asid urik berlebihan
pada sendi adalah dalam bentuk Kristal. Sebab itulah pesakit atritis akan mengalami
pembengkakan pada sendi terutamanya sendi jari dan kaki.
Minyak kelapa dara atau VCO boleh membantu masalah gout kerana ia
mempunyai keupayaan untuk proses detoksifikasi. Proses ini adalah proses
pembuangan bahan yang tidak diperlukan oleh badan (hazard). Maka asid urik yang
berlebihan pada sendi dapat disingkirkan.
Antara kesan kesan pemulaan penggunaan Minyak Kelapa Dara
bagi pesakit gout adalah mereka mungkin mengalami sakit pada kawasan sendi.
Walau bagaimana pun pengguna dinasihatkan terus menggunakan Minyak Kelapa Dara
kerana kesan ini adalah untuk sementara waktu sahaja. Insya Allah kesannya akan
dapat dilihat selepas sebulan memakan Minyak Kelapa Dara. Walau bagaimanapun
kesan Minyak Kelapa Dara adalah bergantung kepada tahap kesihatan dan kadar
metabolisme badan individu.
Bagi pesakit gout cara penggunaan yang dicadangakn adalah 1
– 2 sudu besar sehari. Amalkan memakan Minyak Kelapa Dara sebelum sarapan dan
makan tengah hari.
No comments:
Post a Comment