Showing posts with label FEMME VITA. Show all posts
Showing posts with label FEMME VITA. Show all posts

Tuesday, December 2, 2014

MWC6/2014 : Mexorea + Femme Vita = Wanita Anggun

Wacana Mingguan Catalyst kami - Stokis Catalyst Kota Samarahan muncul lagi dengan kesah 2 produk wanita Catalyst Nutraceutical Sdn. Bhd.

Kami teringat dengan kelas nutrisi bersama dengan Puan Rosana 2 tahun lepas. 
"Rugi jika anda sebagai wanita tidak menggunakan produk tempatan yang diformulasi untuk wanita ini. Mexorea dan Femme Vita melengkapi pemakanan harian anda sebagai wanita. Jika dikaji kandungan yang terdapat di dalamnya, ia sangat baik untuk gadis remaja seawal 16 tahun, wanita bekerjaya dan suri rumah, ibu yang berpantang, rawatan bagi ibu yang keguguran, dan wanita yang lewat umur yang hampir menopaus." - Puan Rosana


Kami pernah kongsi panduan pemakanan 2 produk tersebut dalam entri  Tips Catalyst : Masalah Kitaran Haid tidak teratur dengan produk Catalyst VCO + Mexorea + Femme Vita .


Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut produk ini di dalam Wacana Wardina ini. Pelbagai maklumat menarik kami kongsikan untuk anda secara PERCUMA di sini.

Jika ingin mendapatkan produk Catalyst Nutraceutical Sdn. Bhd. Hubungi kami 013-8022278 / 0198292278.

Hubungi kami - Stokis Catalyst Kota Samarahan, Sarawak

Friday, May 31, 2013

Tip Catalyst : Masalah Kitaran haid tidak teratur dengan produk Catalyst..VCO + Mexorea + Femme Vita

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.....

Kali ini kami akan berkongsi dengan anda tentang Mexorea dan Femme Vita lagi! Seperti yang kami janjikan dalam entri Tak Sabar nak kongsi tip-tip pemakanan mexorea....teruja giler! 

Hari ini tip untuk yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur / tidak tetap.
Kitaran haid yang tidak teratur seringkali dikaitkan dengan masalah kesuburan. Menurut Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan, dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Dr. Adilah Ahmat :

"kitaran haid dipengaruhi hormon kewanitaan, iaitu estrogen dan progesteron iaitu proses penyediaan lapisan endometrium (lapisan paling dalam uterus) untuk kehamilan. Jika kehamilan tidak berlaku, dinding ini akan runtuh dan dibuang sebagai haid. Kitaran haid berlaku pada purata 28 hari atau 26 hingga 35 hari."

Lagi tentang isu ini...
Manakala pendarahan haid pula biasanya berlaku dalam tempoh tiga hingga lima hari. Kitaran haid terbahagi kepada dua fasa, iaitu folikular (permulaan pendarahan hingga ovulasi berlaku) dan proliferatif (selepas ovulasi). Perubahan corak kitaran haid berpunca daripada perubahan jumlah dan masa pengeluaran hormon oleh kelenjar tiroid, adrenal, pituitari dan hipotalamus yang menyebabkan ovari lambat atau tidak mengeluarkan telur.

Tanpa ovulasi, haid biasanya tidak berlaku. Namun dalam sesetengah keadaan, hormon boleh menyebabkan pendarahan yang tidak menentu masa dan jumlah sama ada terlalu sedikit atau banyak. Bahkan, masalah berat badan yang terlalu kurus atau gemuk antara faktor lazim yang mengganggu proses ovulasi, selain gangguan emosi, tekanan, tempoh penyembuhan daripada penyakit atau pembedahan turut menyebabkan kitaran haid tidak teratur.

Malah kelenjar tiroid, pituitari dan adrenal boleh menyebabkan sesuatu hormon dikeluarkan terlalu sedikit atau sebaliknya. Pernah mengalami haid, walaupun sekali, bermakna wanita itu mempunyai rahim, ovari (yang mengeluarkan hormon estrogen dan progesteron) serta laluan keluar (vagina) yang telus.

Ramai menyangka haid yang jarang berlaku disebabkan saluran fallopio tersumbat. Sebenarnya masalah ini berkait rapat dengan hormon, bukan struktur laluan haid. Menurut Dr Adilah lagi, oleh kerana kitaran haid tidak teratur berpunca daripada gangguan proses kematangan dan pengeluaran telur, ia secara tidak langsung menjadi petanda wanita berkenaan mengalami masalah kesuburan.

Ini kerana jika tidak berlaku ovulasi untuk satu pusingan haid, bermakna tiada peluang untuk hamil pada pusingan berkenaan. Pada golongan ini, ovulasi hanya berlaku pada pusingan tertentu, malah ada kemungkinan ovulasi berlaku sangat jarang atau tidak terjadi langsung.

Bagaimanapun, haid yang tidak teratur tidak mengakibatkan pertambahan berat badan. Anggapan haid tersekat (jarang berlaku) boleh menyebabkan pengumpulan kotoran dalam badan dan berat badan bertambah adalah salah. Sebaliknya, berat badan berlebihan atau terlalu kurus menjadi punca kitaran haid tidak teratur. Masalah gemuk juga dikaitkan dengan penyakit Sindrom Polisistik Ovari (PCOS).

Wanita dengan PCOS biasanya mengalami berat badan berlebihan, haid tidak teratur, petanda berlebihan hormon androgen (kulit berminyak dan berjerawat, rambut berlebihan pada kawasan misai dan janggut), serta masalah kesuburan. Mereka juga menghadapi risiko mendapat penyakit kencing manis dan penebalan lapisan endometrium secara berterusan.

Rawatan paling popular adalah rawatan jangka pendek menggunakan hormon estrogen dan progesteron untuk mengembalikan haid. Bagi mereka yang lama tiada haid, pil hormon progesteron boleh diambil untuk beberapa hari. Manakala pil hormon berkombinasi (mengandungi hormon estrogen dan progesteron) diambil oleh wanita yang haidnya tidak menentu dan mengalami pendarahan banyak. Pil ini bertindak seperti hormon, iaitu merangsang penebalan dan pematangan lapisan endometrium.

Rawtan selanjutnya pula akan diberi mengikut punca masalah dan keperluan setiap individu. Contohnya bagi wanita yang mengalami masalah berat badan, doktor akan merancang corak pemakanan dan senaman untuk mereka. Manakala bagi wanita belum berkahwin atau tidak mahu anak, pil hormon berkombinasi perlu diambil untuk beberapa bulan. Wanita yang mengalami masalah untuk hamil pula disaran menjalani rawatan kesuburan bagi merangsang pengeluaran telur serta ubat sampingan.

Kesan sampingan berbeza mengikut jenis rawatan dan pengambilan hormon kesuburan boleh menyebabkan lebih satu telur dikeluarkan dan risiko mendapat kehamilan kembar (dua atau lebih) boleh berlaku. Pengambilan pil hormon biasanya menyebabkan rasa loya dan pening. Penghidap PCOS pula berdepan risiko mendapat ovarian hyperstimulation syndrome. Segera berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan fizikal termasuk tekanan darah, berat badan, ketinggian, kelenjar tiroid, dada dan abdomen.

Bagi wanita yang melakukan hubungan seks, pemeriksaan dalaman juga boleh dilakukan seperti ultrasound ke atas rahim dan ovari serta ujian darah. Ini untuk memastikan gangguan ini bukan disebabkan penyakit lain.

Bagaimana Catalyst membantu mereka yang mempunyai masalah kitaran haid tidak teratur ?

Tip Pemakanan VCO, Mexorea dan Femme Vita bagi mereka yang mengalami masalah haid tidak teratur

Wednesday, May 29, 2013

Tak sabar nak kongsi tip-tip pemakanan mexorea...teruja giler!


Tip pemakanan mexorea dan femme vita di atas nie..kami pernah kongsikan kepada follower dalam FB page kami.

Jika anda lihat tip yang kami kongsikan ini...set yang lengkap bagi persediaan kepada wanita yang telah berumahtangga untuk mendapatkan zuriat. Anda mungkin tertanya - tanya...kenapa mexorea.....dan Femme Vita menjadi rangkaian produk wanita yang lengkap untuk set persediaan mendapat zuriat?

Dalam sesi pembelajaran kami bersama DC Sarawak, Cik Amni - Maklumat yang diperolehi daripada Puan Rozana Pakar Pemakanan dan Herba menjelaskan bahawa Mexorea adalah lengkap bagi memperbaiki sistem peranakan dan dalaman wanita, manakala bagi  Femme Vita pula membantu menstabilkan hormon wanita. Sebab itulah rangkaian Mexorea dan Femme Vita di makan beriringan.
Menarik bukan?!!

Sebenarnya ada beberapa tip lagi yang akan kami kongsikan kepada anda! Tunggu pada entri yang akan datang wokeyyy!

Monday, January 21, 2013

FEMME VITA - Apakah kandungan yang terdapat dalam Femme Vita?

Untuk entri hari ini....kami nak share kepada pembaca terutamanya pengguna produk Catalyst tentang fungsi / formula yang terdapat dalam Femme Vita Catalyst ini. Anda perlu tahu tentang kandungan produk ini untuk memastikan ia memang sesuai dengan diri anda sebagai pengguna dan mengetahui dari mana sumber / herba yang digunakan dalam penghasilan femme vita ini. 
Femme Vita - Blackcurrant powder
Femme Vita - Goji Extract
Femme Vita - Kacip Fatimah
Sireh Extract
 
Femme Vita - Temulawak Extract
Epimedium Extract
Femme Vita - Pueraria mirifica Extract
 Pengguna boleh membuat carian melalui internet bagi mengetahui lebih lanjut kelebihan herba yang digunapakai dalam Femme Vita.
Memastikan kestabilan hormon dan keremajaan wanita agar lebih bertenaga dan sihat sentiasa, maka Femme Vita wajar menjadi pilihan pemakanan khusus untuk wanita.

Untuk pembelian produk FEMME VITA - hubungi kami : 013-8022278 / 019-8292278



Friday, December 21, 2012

FEMME VITA....pilihan pengguna wanita

Assalamualaikum semua pembaca...
Alhamdulillah...entri hari ni kami sediakan khas untuk WANITA. Untuk penjagaan dalaman dan luaran yang terbaik - Catalyst telah memperkenalkan Femme Vita. Jom baca info ini :

Kenapa wanita perlu mengamalkan Femme Vita ?

Ilustrasi Pictogram sebahagian kandungan utama dalam Femme Vita.

Senarai Kandungan / bahan yang digunakan dalam Femme Vita
Manfaat inilah yang menjadikan Femme Vita mesti diamalkan oleh wanita

CARA PENGAMBILAN
Ambil 1 paket sehari. 

Produk ini berupa serbuk, rasa sedap/manis. Letakkan di lidah dan hisap atau diminum bersama air suam atau jus. 1 kotak untuk penggunaan selama 15 hari. 

Peringatan : Jangan simpan di tempat yang bersuhu tinggi. Waktu terbaik ambil selepas makan malam setiap hari.

AMARAN KERAS :

DILARANG diambil wanita mengandung atau ketika haid, tetapi sangat digalakkan untuk wanita yang baru lepas bersalin untuk menambahkan stamina, mempercepatkan kesembuhan luka dalaman dan memperbaiki/mengembalikan kesihatan rahim peranakan.

Saturday, September 15, 2012

Apa punca anda mengidap Sindrom Ovari Polisistik??

Ini merupakan lanjutan perbincangan tentang masalah Sindrom Ovari Polisistik.  Mungkin perkara ini nampak remeh..tetapi percayalah, isu ini memang berisiko tinggi buat Wanita.

Jika anda belum membaca entri  Haid Tidak Teratur? Sila Beri Perhatian...Ini Penting! sila baca artikel tersebut terlebih dahulu. 



SOALAN LAZIM

Siapa yang berisiko mendapat PCOS?
Sesiapa boleh mendapat PCOS tanpa mengira peringkat usia namun kekerapan berlaku lebih kepada wanita berusia 20 hingga 30 tahun. Keturunan turut menjadi penyumbang kepada gejala berkenaan.


Apakah punca PCOS?
Setakat ini tidak diketahui bagaimana ia berlaku tetapi terdapat beberapa teori yang hangat diperkatakan antaranya :

Kekurangan hormon

Ia mungkin disebabkan kekurangan hormon kerana mereka yang mengidap PCOS didapati tidak mengandungi tahap hormon yang secukupnya untuk ovulasi berlaku. Untuk berlaku ovulasi, hormon FSH dan LH mestilah berada dalam keadaan yang seimbang tetapi ia tidak berlaku pada mereka yang mengidap PCOS. Oleh yang demikian, folikel didalam ovari tidak berkembang dan gagal matang seterusnya tiada berlaku ovulasi.

Kebal kepada insulin

PCOS mungkin juga disebabkan oleh badan yang kebal kepada insulin.ini menanmbahkan lagi risiko anovulasi.

Faktor genetik

Ia mungkin disebabkan oleh penyakit keturunan kerana terdapat ramai dikalangan PCOS mempunyai keluarga yang mengidap gejala sama.

Bagaimana mahu mengetahui gejala ini pada diri sendiri?

Sekiranya anda didapati sukar untuk hamil, doktor selalunya akan membuat beberapa ujian untuk memberikan diagnosa yang tepat terhadap masalah anda:

Ujian darah Luteinizing Hormone (LH)

Ujian darah Follicle Stimulating Hormone(FSH)

Ujian darah Progesterone/Testesterone

Ujian darah prolaktin

Ultrasound Pelvis- rahim dan ovari

Bagaimana merawat masalah ini?

Sekiranya anda didiagnosakan mempunyai PCOS, terdapat beberapa jenis rawatan yang boleh menolong anda mengurangkan simtom dan mengembalikan kesuburan anda.

Ubat subur

Adalah ubat kesuburan yang boleh menolong mengalami ovulasi.

Ubat perancang keluarga

Pil ini boleh mengembalikan semula hormon anda dan mengurangkan simptom seperti mengurangkan bulu yang berlebihan dan haid yang tidak teratur. Pil ini selalunya diberikan bagi mereka yang tidak bercadang untuk hamil.

Pembedahan

Sekiranya anda mengalami PCOS dan ubat subur tidak memberikan kesan yang memuaskan, doktor anda mungkin mencadangkan prosedur yang dinamakan ovarian drilling. Ia adalah sejenis pembedahan menyebabkan ovari akan dikorek menggunakan alat khas. 70 peratus wanita mengalami ovulasi selepas menjalani prosedur ini.

Mengenai PCOS

Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.

PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.

PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.

Rawatan bergantung kepada wanita sama ada berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.

Simptom sindrom ovari polisistik (PCOS)

Masalah jerawat.

Kitaran haid tidak menentu.

Hirsutism - pertumbuhan bulu roma yang tidak normal (seperti misai atau janggut).

Masalah berat badan - berat badan bertambah ataupun bahagian atas badan lebih besar atau gemuk daripada bahagian bawah.

Ovari lebih bengkak daripada wanita lain dan mempunyai lebih daripada satu cista.

Keguguran rambut.

Kurang subur.

l Sukar hamil

Rawatan: Terbahagi kepada tiga, iaitu :

Ubat - pengambilan ubat seperti Clomid dan suntikan HCG untuk membantu proses ovulasi. Sesuai digunakan untuk wanita yang langsing dan hanya boleh dilakukan bagi tempoh enam bulan sekali atau enam kali saja.

Surgeri - pembedahan Laparoscopic Ovarian Drilling yang mana ovari akan ditebuk supaya sista kecil dihapuskan dan ovari lebih senang distimulasikan untuk menghasilkan telur dan ovulasi.

In vitro fertilisation (IVF) - jika masih tidak mengandung selepas menjalani semua rawatan tadi, pasangan perlu mempertimbangkan teknik permanian IVF.

Friday, September 14, 2012

Haid tidak teratur? SILA BERI PERHATIAN....ini PENTING!



RAMAI wanita sering menganggap kitaran haid tidak teratur sebagai perkara biasa dan tidak diberi perhatian serius. Malangnya, masalah berkenaan mungkin menjadi punca kesukaran untuk menimang cahaya mata kelak.

Menurut Perunding Obstetrik dan Sakit Puan Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr Suriati Akmal Mahari, kitaran haid yang tidak menentu antara gejala menunjukkan seseorang wanita itu mungkin mengalami sindrom ovari polisistik (PCOS), punca lazim menyebabkan seseorang itu kurang subur.

“PCOS adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi yang berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Kajian menunjukkan 90 peratus wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30 peratus yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.

“Ia adalah masalah paling lazim yang menyebabkan seseorang wanita itu gagal hamil, tetapi malangnya sehingga kini tidak ramai yang menyedarinya.

“Bahkan ramai antara wanita di Malaysia mempunyai gejala ini tanpa disedari kerana ia tidak menunjukkan simptom awal misalnya sakit atau deman yang biasa berlaku seperti penyakit lain.

“Bahkan gadis seusia awal 17 tahun juga boleh dijangkiti PCOS. Selain kitaran haid tidak teratur gejala seperti jerawat, kenaikan berat badan serta pertumbuhan bulu roma yang luar biasa antara simptom awal gejala ini,” katanya, baru-baru ini.

Menurutnya, PCOS boleh mengganggu proses ovulasi dan penghasilan telur yang berkualiti dari ovari, seterusnya menyebabkan wanita berkenaan mempunyai kitaran haid yang tidak menentu dan boleh mengganggu sistem badan yang lain seperti metabolisme dan sistem kardiovaskular.

“Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar. Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi sista kecil di dalamnya.

“Kebanyakan gejala ini berlaku pada wanita berusia 20 hingga 30 tahun tanpa mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi di kalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan,” katanya.

Meskipun ovari mengandungi folikel dengan telur, folikel berkenaan tidak membesar dan matang sepenuhnya untuk menggalakkan ovulasi. Ovari yang tidak bermasalah biasanya menghasilkan satu folikel matang setiap bulan sebelum dikeluarkan bagi proses persenyawaan di saluran falopia.

Begitu pun, ada juga wanita yang mempunyai penampilan ovari normal, tetapi mempunyai gejala lain. Pada dasarnya ovari yang bermasalah ini juga hiperandrogenik, iaitu ovari menghasilkan jumlah hormon lelaki testosterone dan androstenedione berlebihan.

Ini menyebabkan hirsutism atau pertumbuhan bulu yang tidak sepatutnya seperti pada atas bibir dan dagu (misai dan janggut). Ada kalanya keadaan ini juga menyebabkan penambahan berat badan, diabetis dan penyakit kardiovaskular.

Kajian antarabangsa menunjukkan kira-kira 20 peratus daripada wanita yang berusia melebihi 20 tahun mengalami masalah ini, dan lebih daripada 40 peratus wanita yang mempunyai masalah kesuburan adalah disebabkan PCOS.

Ramai wanita mengalami gejala atau simptom yang berbeza antara satu sama lain menyebabkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar dilakukan.

Ada juga yang mempunyai simptom ringan seperti jerawat kecil selain simptom lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka serta keguguran rambut.


Artikel ini disiarkan pada : 2011/09/25

Catalyst Kota Samarahan menyarankan kepada mereka yang mempunyai masalah PCOS ini mengambil supplement seperti berikut : 
1.  Virgin Coconut Oil + Mexorea atau 

2. Virgin Coconut Oil + Femme Vita.


hubungi kami untuk pembelian : 013-8022278 / 019-8292278

Friday, April 13, 2012

Femme Vita - Men Vita - MeXorea

Femme Vita, Men Vita dan MeXoria dalam Berita Harian
Blogger Anainie masuk newspaper la...

FEMME VITA : RM49.00 (Sarawak/Sabah)
RM45.00 (Semenanjung)
  • Membina dan mengecutkan rahim 
  • Menguatkan otot dan menyempitkan faraj 
  • Menegangkan payudara 
  • Membantu merawat luka dalam perut dan selepas pembedahan 
  • Memulihkan sistem pelinciran vagina 
  • Meningkatkan nafsu dan tenaga seksual serta memberi impak positif kepada pasangan semasa hubungan kelamin 
  • Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah 
  • Menghilangkan bau badan dan mulut 
  • Mengatasi masalah senggugut dan keputihan 
  • Melegakan panas badan 
  • Bagus membantu merapatkan vagina dan mengecutkan rahim 
  • Berkesan bagi meningkatkan dan membaikpulih kadar hormon estrogen yang berfungsi mengaktifkan kolagen bawah kulit yang mana hasilnya anda akan lihat dan rasai setiap hari 
  • Menegangkan dan menghaluskan struktur kulit, menegangkan payudara dan menghasilkan potongan badan yang menarik. 

MEN VITA : RM49.00 (Sarawak/Sabah)
RM45.00 (Semenanjung)
  • Memberi tenaga tambahan dan menambah stamina badan. 
  • Meningkatkan daya imuniti semulajadi badan. 
  • Menyegarkan badan dan mengurangi rasa mengantuk. 
  • Menghilangkan letih-lesu badan. 
  • Mengatur tekanan darah dan melancarkan pengaliran darah. 
  • Meningkatkan lipido (keinginan seks) lelaki dan menguatkan tenaga batin. 
  • Mampu melambatkan ejakulasi. 
  • Membantu memberi ketahanan badan dari penyakit seperti kardio-vaskular dan kanser. 
  • Melegakan tekanan perasaan, sakit kepala dan migrain. 
  • Menghalang makan berlebihan dengan mengurangi rasa lapar serta selera makan. 
  • Mengandungi anti-oksida untuk mempertahankan badan daripada dirosakkan oleh radikal bebas. 

MeXore : RM45.00 (Sarawak/Sabah)
RM40.00 (Semenanjung)
  • Mengatasi masalah senggugut 
  • Melancarkan perjalanan haid dan mengatasi keputihan 
  • Memulihkan sindrom tekanan sebelum haid 
  • Mencantikkan kulit 
  • Meningkatkan serta memulihkan sistem peranakan 
  • Mengatasi masalah bau badan 
  • Mengencangkan payudara 
  • Menguatkan otot-otot faraj 
  • Menyempitkan faraj 
  • Menghilangkan bau faraj 
  • Mencegah bakteria pada faraj 
  • Memulihkan tenaga syahwat 
  • Mengecutkan rahim 
  • Menghilangkan bau badan dan mulut 
  • Menyingkirkan toksid 

Wednesday, April 4, 2012

FEMME VITA DAN MEN VITA

Femme Vitality Natural Drink 
Men Vitality Natural Drink

RM50.00 (SABAH & SARAWAK)
RM45.00 (PENINSULAR MALAYSIA)


15 sachets / 3g each
Health supplement for men and woman made with natural ingredients. New product from Catalyst

KEBAIKAN FEMME VITA
  • Makanan kesihatan yang baik untuk wanita. Sangat sesuai dimakan terutama yang sudah berkahwin
  • Membekalkan tenaga harian untuk lebih sihat dan aktif serta daya tahan seksual
  • Membersih, menyubur dan menguatkan organ-organ pembiakan wanita
  • Membantu menegang dan memejalkan payudara ( mengandungi kandungan herba istimewa dan khusus bagi mencantikkan payudara dan memejalkan otot-otot pinggul wanita )
  • Sangat sesuai diambil bagi mereka yang sedang merancang untuk menimang cahaya mata
  • Anti Menopause dan kawalan hormon badan

KEBAIKAN MEN VITA
  • Meninggikan stamina dan daya tahan ( seksual )
  • Membekalkan tenaga harian untuk lebih sihat dan aktif 
  • Sangat sesuai diambil bagi mereka yang sedang merancang untuk menimang cahaya mata
CARA PENGAMBILAN

1 paket sehari. Supplement ini berupa serbuk, rasa sedap/manis.
Letakkan di lidah dan hisap atau diminum bersama air suam atau jus. 
1 kotak untuk penggunaan selama 15 hari. Jangan simpan di tempat yang bersuhu tinggi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...