Wednesday, April 10, 2013

Panduan mengenali masalah pada sistem badan melalui jerawat. betul ka?

Jerawat adalah masalah kulit yang dihadapi oleh hampir kebanyakan orang, terutama remaja. Selain faktor penjagaan kulit luaran yang kurang dititik beratkan, pola pemakanan dan masalah dalaman juga adalah punca utama terjadinya masalah ini.

Cuba kita semak sedikit info ini, renung dan lihat cermin, di mana kedudukan jerawat anda? Apa perkaitannya dengan sistem organ dalaman serta apakah solusi yang boleh anda amalkan untuk membantu mengatasinya..

1 & 2: Sistem pencernaan - 

Kurangkan makanan segera/ringan, berlemak dan tingkatkan pengambilan air suam. Makanan segera/ringan biasa nya terlebih garam, penyebab kandungan iodin berlebihan dalam badan, punca liang pori kulit tersumbat dan menjadikan jerawat bengkak/merah.

3: Hati - 

Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu (seperti susu/keju). Susu haiwan (susu lembu misalnya) mengandungi lemak, kalsium dan banyak hormon, di mana ia secara tidak langsung turut mempengaruhi hormon si peminumnya. Rangsangan hormon androgen testosteron dan hormon IGF-I (insulit- seperti growth factor) menyebabkan lebihan minyak/sebum pada permukaan kulit serta menyebabkan liang pori tersumbat seterusnya mencetus jerawat!

4, 5 & 7: Kurang minum air - 

Tingkatkan pengambilan air suam

6: Jantung – 

Jaga tekanan darah. Kurangkan makan pedas dan daging/ayam. Tingkatkan pemakanan kaya Omega-3 untuk mengurangkan radang/inflamasi pada kulit

8: Buah pinggang - 

Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein. Kafein merangsang kalenjar adrenalin, meningkatkan stress dan mengganggu kualiti tidur. Ia juga melambatkan proses pemulihan sel dan proses detoxsifikasi dalam badan.

9 & 10: Pernafasan – 

Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan makanan manis/bergula dan banyakkan bersenam. Kandungan gula berlebihan (glukosa) dalam darah menyebabkan pengeluaran insulin juga berlebihan dan mengganggu keseimbangan hormon badan, seterusnya membuatkan kalenjar minyak pada lapisan kulit memproduksi lebih banyak minyak/sebum. Ia juga punca inflamasi atau bengkak dan menyebabkan jerawat lambat surut dan meninggalkan parut.

11 & 12: Hormon – 

Stres dan hormon punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan pengambilan sayuran/serat.

13: Usus – 

Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba dan air bersih untuk melancarkan proses pembuangan toksin.

14: Penyakit – 

Oh! Anda memang kurang sihat. Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan rehat, tenangkan minda dan sentiasa berfikiran positif.. Jumpalah doktor untuk membuat pemeriksaan, mungkin badan sedang berperang dengan penyakit merbahaya yang baru mula menyerang tanpa kita sedar..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...