Tuesday, July 17, 2012

VCO untuk rawatan sakit mata

Nie cerita 'my husband' merangkap partner niaga saya. Kesah yang belum sempat saya kongsi dalam blog ini.

Bulan lepas....dia sakit mata 'red eyes'. Mungkin jangkitan daripada saya dan anak saya kot. Pasal sebelum 'my husband' sakit mata, saya dan anak dah terkena. Nasib baik 'time' saya sakit mata tu..saya memang cuti. Sempat ke klinik untuk dapatkan ubat mata bersama anak saya.

Mata 'my husband' hari ke-3 ....
Al kesahnya...'my husband' nie pegi keja jugak, walaupun matanya sakit. Katanya dah tak bleh cuti...pasal kami memang baru habis bercuti 2 minggu. Dengan mata yang merah...semua staf tegur dia. Tapi salah sorang staf dia nie (lelaki) bercerita pasal zaman kanak-kanak dia. 

'my husband' cerita la :
"Kalau kat kampung dulu....bila kami adik beradik sakit mata, mak akan panggil semua kami beratur depan dia. Mak aku suruh kami adik beradik baring depan dia." 
'my husband' tanya - "Pasal apa plak baring depan mak kau?"
"Mak aku akan titiskan air susu dari 'tetek' dia kat mata kami" 'my husband' gelak kat staf dia nie. Pasal dia tak boleh  bayangkan macam mana mak dia selakkan baju, pastu picit tetek untuk keluarkan susu badan kat mata adik-beradik dia.
"Serius selepas mak aku titiskan air susu dia, esok dah baik." 
'my husband' aku cakap...staf dia siap buat pengumuman kat staf wanita, sesiapa yang sudi derma air susu untuk ubat mata aku. Ramai staf wanita mengiyakan petua tersebut.

Tiba-tiba staf 'my husband' tadi kata - mungkin dia ada asid Laurik macam yang ada dalam VCO tu kot. Kerana kata-kata tersebut la..'my husband' balik rumah mencuba petua tersebut dengan menitis VCO ke atas mata dia. 'My husband' kata "tak salah mencuba - kerana VCO sama macam susu ibu, dan 100% semulajadi".


Dengan menggunakan VCO Catalyst 'Softgel' yang ditebuk lubang kecik pada hujungnya...'my husband' telah membuat  3  titisan pada mata pada malam tersebut. 'My husband' kata ..baca bismillah sebelum buat titisan VCO pada mata. 

Pada pagi esoknya...'my husband' kata mata dah tak pedih lagi dan merah sudah nampak kurang. Alhamdulillah, ikhtiar 'my husband' membuahkan hasil. Saya sendiri tak sangka...bermula dengan sekadar mencuba, VCO mampu memulihkan sakit mata 'my husband'. 



Artikel tersebut mengukuhkan lagi kemampuan VCO dalam rawatan sakit mata. Dan semuanya adalah kehendak-NYA. Insya Allah.

Untuk mendapatkan stok VCO Catalyst boleh menghubungi saya : Safa, 013-8022278

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...