Sunday, July 29, 2012

Produk Pelangsingan yang diharamkan masih mendapat sambutan??

Dalam sembang-sembang saya dengan beberapa orang sahabat tentang produk pelangsing Acai Berry rupa-rupanya kesah pengharaman produk tersebut telah tersiar pada Mac lepas.

Berikut pertikan artikel pasal pengharaman produk tersebut :


KUALA LUMPUR – Orang ramai terutama  wanita yang gemar mengambil sejenis produk  melangsingkan badan berasaskan buah acai beri,  diminta menghentikan amalan itu kerana ia  disahkan mengandungi bahan kimia beracun yang  membahayakan kesihatan.
Hasil analisis Jabatan Kesihatan ke atas produk  yang sudah setahun berada di pasaran itu  mendapati ia tidak selamat dijadikan makanan  kesihatan.
Menurut Timbalan Pengarah Farmasi (Penguat  Kuasa), Jabatan Kesihatan Selangor, Jaafar  Lassa, pihaknya mengenal pasti terdapat  campuran bahan kimia beracun `Sibutramine  Hydrochloride’ dalam produk kesihatan  menggunakan buah yang kaya dengan bahan  antioksida itu.
“Bahan kimia itu sebenarnya boleh diambil atas  arahan dan pengawasan doktor, namun  pengambilan tanpa dos yang sesuai dan  dibenarkan boleh meninggalkan kesan sampingan  dan menyebabkan kematian.
“Bagi produk keluaran syarikat ini, kita tidak tahu  berapa dos `Sibutramine Hydrochloride’ telah  dicampurkan. Pelanggan mungkin dapat  melangsingkan badan selepas menggunakannya  tetapi tanpa disedari kesihatan mereka terjejas  akibat kesan sampingan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita  selepas mengetuai serbuan di pejabat pengeluar  produk berkenaan di Jalan Puteri 5/5, Bandar  Puteri Puchong dekat sini hari ini.
Serbuan pada pukul 10 pagi itu disertai 11  pegawai penguat kuasa farmasi dari Jabatan  Kesihatan Selangor, Jabatan Kemajuan Islam  Malaysia (Jakim) dan Bahagian Penguat Kuasa  Farmasi, Kementerian Kesihatan (KMM)  termasuk Timbalan Pengarahnya, Wan Hamid  Wan Ibrahim.
Sebanyak 120,000 kotak produk kesihatan  bernilai RM375,000 dirampas dalam serbuan  tersebut, manakala Jakim turut mengesahkan  syarikat berkenaan menggunakan logo halal  keluaran swasta yang kini sudah tidak  dibenarkan.
Menurut Jaafar, selain pejabat pengeluar di  Bandar Puteri Puchong, beberapa pejabat  pengedar dan rawatan produk berkenaan di  seluruh negara termasuk di Seri Kembangan dan  USJ Subang Jaya, turut diserbu secara serentak  hari ini.
“Serbuan dilakukan setelah seorang pelanggan  membuat aduan bahawa dia berasa tidak selesa  apabila mengambil produk tersebut dan hasil  analisis yang dijalankan terhadap produk itu  kemudian mendapati ia mengandungi  `Sibutramine Hydrochloride’.
“Pengambilan bahan kimia ini jika tanpa mengikut  dos yang dibenarkan boleh mengakibatkan  kemurungan, psikosis atau halusinasi; risiko  tekanan darah tinggi; sakit jantung dan kepala  serta mempercepatkan denyutan jantung,”  ujarnya.
Beliau berkata, kesan sampingan lain ialah  pengguna mengalami keseronokan melampau,  perubahan selera makan, kegagalan buah  pinggang, pedih ulu hati, sembelit dan susah  tidur.
Katanya, setakat ini, sudah ada seorang wanita  berusia 33 tahun dari Kampung Gunung Keriang,  Alor Setar, Kedah, dilaporkan maut akibat  mengambil produk kesihatan mengandungi bahan  kimia beracun ini untuk melangsingkan badan. – mynewshub.my

Mengapa perlu memilih untuk menggunakan produk yang disahkan kesan sampingan daripada pengambilannya sedangkan kita ada produk alternatif lain yang lebih baik dan semulajadi??

Dapatkan VCO untuk metabolisme badan yang lebih baik untuk jangka panjang. Kawal pemakanan dan Insya Allah anda mampu mendapatkan berat yang ideal. Hubungi saya - 013-8022278.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...