Sunday, July 22, 2012

Terapi VCO dengan papan guasa

Minyak kelapa sudah begitu sinonim dalam urutan tradisional masyarakat melayu. Saya sendiri sudah biasa menjalani urutan tadisional dari Mak Bidan.

Tapi kali ini, saya dan suami menggunakan VCO (liquid) juga berasaskan minyak kelapa dalam urutan di rumah. Berbeza dengan minyak kelapa biasa, VCO mampu bertindak dengan lebih baik, kerana mempunyai rantaian yang sederhana dan mudah diserap ke dalam badan. Dalam seminar Kesihatan dan Kecantikan yang saya hadiri, Puan Vi telah mendedahkan bahawa VCO cepat bertindak ke atas radang otot.

Baru-baru ni, suami saya mengeluarkan papan guasa yang telah lama tidak digunakan. Bertahun sudah kami tidak menggunakan papan guasa tersebut. Papan guasa diperbuat daripada tanduk kerbau dan sangat popular dalam terapi urutan tradisional orang cina. Dengan papan guasa ini, saya tidak perlu kemahiran urutan seperti mak bidan. heheh. Cukup sekadar panduan asas cara menggunakan papan guasa, dan berbekalkan minyak kelapa dara (VCO) Catalyst saya mampu membuat terapi buat suami tercinta.

Saya akan kongsikan bagaimana minyak VCO dan panduan guasa sebagai terapi mudah di rumah pada entri yang akan datang.

Untuk mendapat keterangan lanjut boleh menghubungi saya : Safa : 0198292278 (Stokis Catalyst)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...