Friday, March 16, 2012

"Minyak kelapa dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia" - Dr Bruce Fife

Sebenarnya minyak kelapa yang dara ialah minyak kelapa yang diproses tanpa menggunakan haba atau kimia menyimpan pelbagai khasiat yang tidak diketahui umum. 


Kajian ke atas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara barat sejak awal tahun 1930an lagi. Kebanyakan kajian dilakukan ke atas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar makanan harian. Pakar-pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif ke atas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga di dapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung dan kanser.

sumber: Catalyst - Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...