Wednesday, March 21, 2012

Diari : Bermula sebagai pengguna VCO softgel

Saya (Puan Safa) bermula sebagai pengguna VCO softgel. Seawal bulan November 2011 rasanya...

Amni @ Kartini Sulaiman (sekarang DC Catalyst Sarawak/Sabah) juga sepupu saya telah memperkenalkan VCO ni kepada adik saya, Zairen pada awalnya. Mungkin ada masalah kulit dan masalah wanita, Zairen menggunakan produk tersebut seminggu. Melihat kepada perkembangan dan respon adik saya, saya pun turut berminat untuk mencuba produk tersebut.

Pada hari pertama - saya menggambil 2 softgel setiap pagi dan malam. Hari pertama mengambil VCO tersebut, saya kerap membuang air besar. Mungkin kesan awal pengambilan VCO agaknya. Biar pun kerap membuang air besar, saya tidak mengalami sebarang keletihan. Biasanya - jika kita cirit birit, kita akan merasa letih dan sakit perut. Tetapi tidak semasa saya mengambil VCO ketika itu.

Lazimnya, sehari atau dua hari sebelum datang haid setiap bulan saya akan mengalami sakit perut termasuk pada hari ke-2 kedatangan haid. Tetapi pada  bulan pertama saya menggunakan VCO, saya kurang mengalami sakit perut. Saya fikir - bulan tersebut mungkin saya bernasib baik kerana tidak mengalami masalah sakit perut yang ketara. Tapi pada bulan berikutnya...saya menjangkakan sakit perut saya berulang. Malah saya tidak mengalami kesakitan tersebut pada bulan ke-2 penggunaan VCO. Kesakitan perut semasa hari ke-2 haid saya juga beransur reda. Ekoran dari itu lah saya terus mengambil VCO dengan harapan masalah tersebut dapat mengatasi kesakitan sebelum kedatangan haid dan kesakitan semasa hari ke-2 haid saya.

Alhamdulillah - pada bulan ke-3 pengambilan VCO tersebut, saya tidak lagi mengalami kesakitan perut sebelum haid dan hari ke-2 haid. TETAPI...apa yang mengejutkan saya ialah masalah kitaran haid saya yang tidak menentu juga telah di atasi tidak secara langsung!

Pada awalnya saya memang tidak menyedari hal tersebut. Perkara ini sebenarnya dimaklumkan oleh suami saya. Suami saya akan merekod setiap pusingan haid saya. Rekod yang dicatat oleh suami saya mendapati kitaran haid saya tetap setiap 28 hari. YA...28 HARI setiap bulan mulai Disember 2011 sehingga Februari 2012. Analisis yang saya sendiri tidak sangka..

Sebenarnya saya mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu....(mungkin itu juga punca kesakitan perut saya sebelum kedatangan haid kot..)

VCO (softgel) : RM43.90

Pada tahun 2011 ( April - Julai) - saya pernah 3 bulan berturut-turut mengalami masalah kelewatan haid. Sehingga kitaran haid mencapai 35 - 45 hari. Kitaran yang terlalu lama @ tidak normal. Saya juga pernah mendapat nasihat doktor berhubung dengan perkara ini. Doktor memaklumkan ini mungkin perkara yang normal bagi mereka yang mempunyai perubahan usia dan mengalami tekanan semasa kerja. Ia merupakan perubahan pada horman badan kita.

Alhamdulillah...sudah hampir 4 bulan saya menggunakan VCO (softgel) ini.
Dua perkara yang saya sendiri alami :

1. Kitaran Haid tidak teratur, dan
2. Kesakitan pada bahagian perut sebelum datang haid dan pada Hari ke-2 haid

...kini hampir pulih. Saya bersyukur sangat.

Bertitik tolak dari itulah saya mendapat galakan suami untuk menjadi stokis produk Catalyst ini. Saya mungkin terlalu baru dalam dunia perniagaan...tapi atas dasar ini merupakan pelaburan terbaik dengan berkongsi produk yang terbaik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...