Tuesday, September 30, 2014

Catalyst Mendapat pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)

Alhamdulillah....
Catalyst Nutraceutical (M) Sdn. Bhd telah diperakui memenuhi syarat-syarat bagi pensijilan  Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) berkuatkuasa 10 September sehingga 9 September 2017.
Ini satu lagi usaha syarikat dalam meningkatkan kualiti produk dengan pengikhtirafan di bawah Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri.


Skim Pensijilan MeSTI adalah merupakan hasil penambahbaikan dari SK1M bagi memudahkan enterpris makanan terutamanya pihak Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) untuk memenuhi keperluan-keperluan yang diperuntukkan dibawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Di bawah program ini..Catalyst Nutraceutical Sdn. Bhd akan dibimbing bagi membangunkan dan melaksanakan program jaminan keselamatan makanan. Malah Kementerian Kesihatan Malaysia juga memastikan Catalyst membangunkan sistem amalanyang terancang dan didokumentasikan.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari :Info MeSTI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...