Thursday, January 23, 2014

Isu salahguna bahan Stokis Kota Samarahan..

Assalamualaikum...
Thursday with story...

Minggu ni...Allah beri kami rezeki lebih dengan Catalyst. Banyak jugak la permintaan daripada agen dan pelanggan setia produk Catalyst daripada biasa. Memang kami tak jangka sebenarnya...
Kita tak tau bila Allah s.w.t kurniakan rezeki untuk kita...tup..tup...ada yang nak beli. Alhamdulillah. Tak banyak pun..kira bersyukur Catalyst terus diterima masyarakat - khususnya pelanggan kami.

Nie nak citer pasal isu sembang rakan2 Catalsyt nie..


Kami sebenarnya tak nak komen panjang pasal isu ni...tapi ada kebenarannya apa yang dibincangkan. Isu ni memang berhubung kait juga dengan bahan-bahan di dalam Wacana Catalyst nie dan Fanpage kami. Bukan baru-baru ni isu ini timbul...tapi dah nak masuk tahun ke 2 menjadi Stokis Catalyst - ia tetap berlaku. 

Bahan yang kami jumpa..

Artikel VCO yang dicopy
Nie antara yang kami sempat kongsi...
Kami sebenarnya x kesah jika anda menggunakan bahan yang ada di dalam blog atau fanpage kami. Gunakanlah artikel dan bahan yang kami ada untuk kebaikan dan manfaat syarikat...tapi biarlah dengan keadaan asal. Kami gembira anda menerima info berguna untuk pengguna Catalyst...tapi jangan menidakkan bahan tersebut dari Stokis Kota Samarahan.

Kami tidak menghalang untuk anda menggunapakai bahan-bahan Stokis Kota Samarahan.... tapi mungkin perlu dipertimbangkan isu perbincangan tersebut. Biar originaliti bahan dikekalkan (termasuk watermark dan Stokis Kota Samarahan..daa share lah. Kami terbuka untuk semua berkongsi maklumat.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...