Monday, December 24, 2012

Bagaimana VCO membantu pesakit Tekanan Darah Tinggi ?

Bagaimana VCO membantu pesakit yang menghidapi Darah Tinggi ?
November 2012, kami di hubungi Pn. Nor dari Kuala Lumpur.

Menurut Pn. Nor, beliau ingin mencuba VCO Catalyst  untuk ibu beliau yang mengalami tekanan darah tinggi. Ikhtiar Pn. Nor mendapatkan VCO Catalyst untuk membantu ibu beliau sangat kami puji. Kami faham...kerana kami juga melalui situasi yang sama. Kita cuba mencari alternatif yang terbaik untuk kesihatan mereka, kerana sedar itu adalah tanggungjawab kita sebagai anak...begitu juga dengan Pn. Nor.
Pasti pembaca juga akan melakukan perkara yang sama bukan?

Baru-baru ini, kami menghubungi semula Pn. Nor - beliau memaklumkan kepada kami bahawa BP ibu beliau telah turun selepas  1 minggu mengamalkan VCO Catalyst. Alhamdulillah. Usaha Pn. Nor untuk ibu beliau berhasil dengan izin-Nya. Anak mana yang tak gembira bila melihat ibu mereka sihat.

PERINGATAN PENGGUNA :
Pengguna VCO Catalyst sebagai makanan tambahan masih perlu mengambil  ubat / pil yang dibekalkan oleh doktor. Kami menyarankan agar pengguna produk VCO Catalyst teruskan mengambil ubat yang dibekalkan. VCO bukan ubat, tetapi makanan tambahan yang menyokong proses pemulihan sistem badan agar lebih baik.

"Pesakit perlu meneruskan pengambilan pil, dalam masa yang sama pemakanan VCO Softgel perlu diamalkan berterusan"

Bagaimana Panduan pesakit mengambil VCO + Pil ?
Pastikan pesakit menjarakkan masa pengambilan ubat / pil dengan VCO Catalsyt sekurang-kurangnya 1 jam. Sama ada pengambilan pil / ubat doktor dahulu.......atau VCO Catalyst dahulu. Jarak pengambilan kedua-duanya perlulah sekurang-kurangnya dalam tempoh 1 jam.

Sekiranya terdapat perubahan kesihatan anda, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu untuk mengurangkan pengambilan dos pil / ubat. Jangan sekali-kali memberhentikan pengambilan ubat / pil tanpa nasihat doktor.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...