Thursday, November 29, 2012

Menarik : Mitos vs. Fakta Minyak Kelapa Dara

Ilmu pengetahun ialah kuasa. Dan ilmu pengetahuan yang betul ialah kuasa mutlak. Oleh yang demikian, apabila anda ingin mengetahui sesuatu, cuba sampai ke akar umbi. Terdapat perkara-perkara tidak terangkakan yang tersebar ke seluruh dunia, yang kita sangkakan kita tahu banyak mengenainya, tetapi sebenarnya sedikit sangat. Sebahagian besar ilmu pengetahuan kita berdasarkan apa yang kita dengar daripada orang lain dan sebab itulah kerap-kali ia bukan sesuatu yang tulen. Samalah juga dengan pengetahuan kita tentang minyak kelapa (dara). Ia merupakan campuran seragam di antara mitos dan fakta. Jom kita dapatkan fakta di sebalik mitos tersebut. Jom kita menjumpai semula minyak kelapa (dara).

Mitos 1: Minyak kelapa dara terdiri daripada lemak tepu yang meningkatkan kadar kolesterol dan risiko serangan jantung.
Fakta: Kebanyakan orang memahami hanya “kolesterol jahat” yang mereka kenali sebagai ‘kolesterol’ dan kebanyakannya tidak menyedari bahawa terdapat dua jenis kolesterol yang salah satunya baik untuk kesihatan. Tambahan pula, kebanyakan orang tidak tahu bahawa setakat ini, kesan lemak tepu terhadap peningkatan kolesterol jahat tidak dapat dibuktikan. Kepercayaan ini merupakan ‘sumbangan’ sesetengah misi anti minyak kelapa (dara) dan anti lemak tepu yang diperkuatkan oleh beberapa pengeluar minyak makan untuk mempromosi minyak bukan konvensional. Hakikatnya, yang mengejutkan anda, minyak kelapa (dara) meningkatkan tahap “kolesterol baik (lipoprotein berketumpatan tinggi)" yang bermanfaat untuk kesihatan. Kolesterol baik membantu menurunkan tahap "kolesterol jahat (lipoprotein berketumpatan rendah)" dan sebenarnya membersihkan arteri yang tersumbat dan melindungi jantung.

Mitos 2: Lemak tepu yang terkandung di dalam minyak kelapa (dara) menambahkan berat badan dan menyebabkan obesiti.
Fakta: Sebaliknya, Asid Lemak Rantaian Sederhana (Lemak Tepu) yang terkandung di dalam minyak kelapa dara meningkatkan kadar metabolisme, justeru mengakibatkan penggunaan tenaga yang lebih banyak untuk aktiviti metabolik dan seterusnya membakar lebih banyak lemak. Hakikatnya, minyak kelapa (dara) dipreskripsikan untuk menurunkan berat badan dan pengambilan minyak kelapa (dara) secara sistematik membantu mengurangkan berat badan pada kadar tertentu. Lihatlah bagaimana mitos dan fakta tentang minyak kelapa (dara) bercanggah di antara satu sama lain.

Mitos 3: Minyak kelapa (dara) mengakibatkan kerengsaan pada kulit.
Fakta: Sebaliknya, minyak kelapa (dara) merupakan salah satu minyak yang melegakan kulit. Minyak kelapa (dara) yang tidak ditapis mungkin boleh menyebabkan kerengsaan disebabkan kehadiran debu dan partikel tidak dikehendaki di dalamnya, tetapi itu merupakan kes yang jarang-jarang terjadi. Dalam kes keradangan akibat sengatan serangga, alahan, selaran matahari, reaksi terhadap dadah, calar-balar dan sebagainya, minyak kelapa (dara) boleh secara ‘ajaib’nya melegakan. Sifat anti mikrob di dalam minyak kelapa (dara) boleh membantu menyembuhkan luka.

Mitos 4: Minyak kelapa (dara) manis rasanya dan tidak baik untuk kencing manis (diabetis).
Fakta: Rasa minyak kelapa (dara) sama seperti minyak lain dan tidak manis (bagaimana pula rasanya boleh manis sedangkan ia hanya mengandungi lemak dan tidak ada glukos/gula di dalamnya!). Tambahan pula, minyak kelapa (dara) menggalakkan rembesan kepada insulin daripada pankreas dan sehubungan itu membantu mengawal kencing manis. Eksperimen terkini membuktikan bahawa penggunaan minyak kelapa (dara) secara berterusan boleh mengurangkan banyak sekali risiko kencing manis.

Mitos 5: Minyak kelapa (dara) tebal dan sukar diserap.
Fakta: Barangkali penyejatan minyak kelapa (dara) pada musim sejuk dan bentuknya sebagai pepejal mencetuskan mitos ini. Sekarang, sebagaimana mitos dan fakta tentang minyak kelapa (dara), ini juga sangat berlawanan. Minyak kelapa, dan terutama sekali minyak kelapa dara; tipis, tidak melekat, tidak menyebabkan kulit jadi berminyak dan sedia diserap. Sebab itulah minyak kelapa (dara) lebih digemari untuk urutan dan untuk menjadikan kulit sawo matang.

Mitos 6: Memandangkan ia diperolehi daripada kelapa (yang mengandungi banyak kelembapan), minyak kelapa (dara) sangat mudah menjadi tengik.
Fakta: Minyak kelapa (dara) ialah satu daripada minyak paling “tahan lasak” dalam hal ini. Ia juga stabil hinggakan walaupun mengandungi kelembapan melebihi had yang dibenarkan, ia memiliki jangka hayat di rak yang lebih lama berbanding minyak lain dan tidak menjadi tengik selama bertahun-tahun. Bayangkan apa akan terjadi jika kelembapan kekal dalam kadar had dibenarkan.

Mitos 7: Minyak kelapa (dara) teruk rasanya.
Fakta: Sekarang, ini merupakan tohmahan terakhir yang boleh dilontarkan. Kita tidak dapat membuktikan bahawa rasanya baik memandangkan ‘suka’ dan “tidak suka” adalah sangat peribadi dan sangat berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain. Namun demikian, pengkritik paling tegar pun akan bersetuju bahawa rasa minyak kelapa (dara) mempunyai rasa yang sangat menakjubkan. Tak percaya? Nampaknya saya tidak ada pilihan lain melainkan untuk mencadangkan supaya anda melakukan sesuatu. Cuba goreng sesuatu di dalam minyak kelapa (dara), rasa, dan datang semula kepada saya.

Anda baru sahaja membaca sebahagian mitos dan dan fakta menarik tentang minyak kelapa (dara). Ada lagi yang lain, tetapi jarang sangat boleh menandingi kebaikan minyak kelapa (dara). Apa yang boleh saya katakan kepada anda ialah cubalah sendiri.

Artikel ini disumbangkan oleh Aparup Mukherjee.

Sumber Maklumat
•Laporan-laporan Lembaga Pembangunan Kelapa India
•Laporan-laporan KERAFED
•Buku-buku teks pelbagai kursus pertanian
•Pelbagai laporan di Internet

Sumber : Stokis Rajabio

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...