Wednesday, November 28, 2012

Lagi tentang kelebihan menggunakan VCO liquid...meredakan sengatan

Gambar ini sempat diambil semasa VCO liquid dilumur pada jari yang terkena sengatan lipan berharap usahanya berhasil.

Biz partner ...suami saya, terkena sengatan lipan sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha baru-baru ni. Bila kaki mula rasa kebas, dan bimbang tidak dapat menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid...beliau terus berlari ke bilik dan  melumurkan minyak VCO liquid pada jari kaki yang terkena sengatan lipan. Nekad menggunakan alternatif VCO liquid yang ada...berharap ia dapat meredakan bisa sengatan lipan.

Jari kaki masih terasa kebas walaupun selepas dilumur minyak VCO liquid. Bisa sengatan menular ke tapak kaki dan rasa kebas semakin terasa semasa menunaikan solat sunat Aidiladha...30 minit awal beliau masih bertahan untuk terus berada di masjid, kerana kebas di kaki mula beransur reda semasa khutbah Aidiladha. Merasa perubahan tersebut....sekembali dari masjid, skali lagi beliau melumurkan minyak VCO liquid.

Ikhtiar beliau berhasil selepas rasa bisa dan kebas mula surut selepas 15 minit sekembalinya dari masjid.
Percaya dengan keupayaan VCO sebagai anti radang dan bertindak menyerap terus ke kulit menyebabkan biz partner saya ni nekad mengamalkan VCO ini.

Rasa bisa tidak berpanjangan...cuma terasa gatal-gatal pada kesan gigitan - katanya. Perkara ini hanya dimaklumkan kepada saya selepas 2 hari kejadian.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...