Thursday, May 2, 2013

Inspirasi VCO : Keajaiban VCO mengubah kehidupan Selina Aurora Sayong..

Pengalaman Selina Aurora Sayong, seorang rakyat Filipina, bekerja dalam bidang pemasaran dan pengiklanan telah berkongsi cerita mengenai keajaiban minyak kelapa untuk mengatasi masalah kegagalan ginjal (penyakit buah pinggang) agak menarik. Di sini kami kongsikan untuk pembaca wacanawardina.blogspot.com


artikel dari Manila Bulletin oleh Lai Suarezreyes

Pendedahan ini penulis petik daripada penulisan Lai Suarezreyes, Manila Bulletin keluaran 14 Mac 2004. Walaupun terbitan ini sudah agak lama, percayalah kata-kata penulis bahawa masih ramai di kalangan kita  masih belum mengetahui atau tidak ambil kisah mengenai keajaiban Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil.

Berikut artikel oleh Lai Suarezreyes....


Dia, Selina A. Sayong telah melihat kematian di depan mata dan keluar dengan penuh kemenangan.

Selina berada di puncak kerjaya ketika masalah ginjalnya meledak pada tahun 1991. Dia menjalani dialisis selama dua tahun dan telah menjalani pembedahan menukar ginjal tahun 1994. Malangnya, tubuhnya menolak ginjal baru yang disumbangkan oleh seorang penderma pada tahun 2000.

"Terus terang, saya merasa lebih baik sekarang daripada ketika saya masih seorang pesakit transplantasi kerana pemindahan buah pinggang telah menetapkan sendiri batasan. Anda harus berhati-hati dengan ubat-ubatan yang anda ambil, makanan yang anda makan, dan berbagai-bagai lagi. Semangat kerohanian saya lebih tinggi sekarang dan saya lebih menyedari misi saya dalam hidup," kata Selina dengan keyakinan.


Penulis pernah menemui beberapa penderita gagal ginjal, sedang menjalani dialisis, satu kes terpaksa menjalani dialisis 2 kali seminggu, masih ragu-ragu apabila dicadangkan mengambil MKD bagi meringankan penyakit yang ditanggung. Salah seorang memberi alasan tidak berani mencuba MKD kerana doktor menasihatkannya jangan mengambil makanan bersumberkan minyak, kerana ini akan lebih memudaratkannya.

Minyak kelapa dara berperanan menyingkirkan toksin dalam sistem badan kita atau dikenali proses detoksifikasi. Ada penelitian menunjukkan bahwa kandungan asid laurik yang terdapat dalam minyak kelapa dara berkesan menyerang dan melumpuhkan pelbagai jenis virus dan bakteria.

"Hal ini juga membina sistem kekebalan tubuh sama seperti susu ibu (yang mengandungi asid laurik)," tambahnya. "Ini harus diambil secara meminum (satu sudu makan, 2 kali sehari). Mereka yang tidak suka dengan rasanya boleh mencampur minyak ini dengan nasi panas, kopi, susu atau teh, dan lemak ini meningkatkan selera makan .."

Dalam sebuah buku berjudul “The Healing Miracles of Coconut Oil” / "Keajaiban Penyembuhan Oleh Minyak Kelapa," Bruce Fife menyatakan bahawa minyak kelapa dara memperkuatkan sistem imun badan.

"Bahkan, ibu yang dijangkiti HIV di Afrika Selatan yang mengambil minyak kelapa dara dibenarkan untuk menyusui bayi mereka kerana asid laurik (ada dalam susu ibu, seperti juga dalam minyak ini) dipercayai dapat mencegah pemindahan virus," jelas Selina.

Melihat kepada begitu efektifnya minyak itu, Selina dan rakan Marie dan Sammy Lapay menubuhkan syarikat Rare Earth untuk mengedar minyak berkenaan. Ramai "teman dialisis" Selina sekarang mendapatkan minyak darinya kerana mereka juga merasakan kuasa penyembuhannya. Cuba baca artikel : Her Oil Over Troubled Water.

VCO mempunyai khasiat aromaterapi, sesuai untuk dijadikan minyak urut seperti Lavender dan Teh Hijau Kelapa adalah komoditi yang popular bukan sahaja untuk peminat kesihatan tetapi juga untuk pemilik pusat SPA.

"Saya bekerja sepenuh masa dengan RareEarth yang juga menjual produk-produk lain seperti air Hexagonal (yang juga baik untuk detoksifikasi kerana kandungan alkali nya), Nira Kahal (fermentasi dari air kelapa muda), dan sardin stail De Mari Spanish," sambung Selina.

Selain memasarkan dan mempromosikan produk kesihatan, Selina mendedikasikan saki baki hidup dengan memupuk kesedaran tentang kesan minyak kelapa terhadap penderita kegagalan ginjal melalui kaunseling.

Selina bercadang untuk menubuhkan sebuah yayasan buah pinggang untuk membantu pesakit buah pinggang.

Untuk maklumat lanjut tentang Virgin Coconut Oil / Minyak Kelapa Dara keluaran Catalyst Neutraceutical sdn. bhd hubungi kami : 013-8022278 / 019-8292278 @ www.facebook.com/catalystkotasamarahan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...