Wednesday, August 29, 2012

Terapi Guasa Bersama Virgin Coconut Oil Catalyst

Di sini kami kongsi sedikit maklumat tentang terapi / urutan guasa. Kami modifikasi urutan guasa ini dengan menggunakan MINYAK KELAPA DARA (VCO) CATALYST, menggantikan minyak rempah yang lazim digunakan oleh syarikat produk kesihatan lain. Sebab apa kami menggunakan Papan Guasa dengan VCO Catalyst?

1. Terapi guasa tidak semestinya menggunakan minyak rempah khas.Terapi juga boleh dilakukan tanpa minyak (biasa dilakukan pada wajah dengan tekanan gesekan yang rendah) dan losyen. Jadi ia boleh dilakukan dengan VCO sebagai alternatif minyak urutan.

2. Minyak Kelapa Dara (VCO) adalah asli dan mudah menyerap dalam liang kulit. Malah masyarakat melayu dahulu menggunakan minyak kelapa dalam urutan tradisional. Jadi VCO lebih sihat dan lebih baik berbanding minyak kelapa (CO) untuk urutan. VCO juga anti radang!

3. Kombinasi Papan guasa (tanduk kerbau) dengan VCO (minyak kelapa dara) adalah kombinasi terbaik untuk merangsang peredaran darah, oksigen dan menyingkirkan toksin. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya segelas air suam untuk proses penyikiran toksin selepas urutan.

SILA BACA ARTIKEL INI.......

Seorang doktor di Amerika Syarikat yang mengubati seorang kanak-kanak Cina terkejut apabila melihat birat merah begitu dan mendakwa kanak-kanak itu didera oleh bapanya. Walaupun ia cuma watak dan babak dalam filem berbahasa Inggeris berjudul Guasa, namun jelas sekali bagi mereka yang kali pertama melihatnya boleh tersilap menduga.

Guasa diamalkan sebagai terapi merehatkan badan, mengesan penyakit dan merawat penyakit. Ia dilihat sebagai terapi pembaharuan molekul yang merangsang pembekalan oksigen, menyingkirkan toksin dan melancarkan pengaliran darah ke seluruh tubuh.

Urutan dilakukan menggunakan papan yang diperbuat daripada tanduk kerbau. Secara umumnya, fungsi terapi ini boleh dikatakan menyamai akupunktur dan bekam.

Terapi

Meskipun terapi ini tersebar luas di kalangan rakyat China sejak Dinasti Tang, namun ia boleh disifatkan masih dipandang tinggi dan diyakini oleh masyarakat China. Buktinya, dalam sukan besar seperti Sukan Asia, khidmat pakar terapi guasa turut diperlukan. Profesor Lu misalnya merupakan antara pakar terapi guasa yang diundang sebagai pakar perubatan Sukan Asia Beijing 1990.

Akhbar Cina Kwang Hwa Daily melaporkan, pakar guasa, Wang Yun Zi berkata, guasa boleh membuang toksin dalam badan dan mengekalkan kesihatan. Malah, dengan hanya dua bulan mengamalkan terapi guasa, pemulihan kesihatan dapat dilihat.

Tabib Cina tempatan, Ngau Heong yang mengambil inisiatif menulis buku guasa dalam bahasa Melayu bertajuk Kaedah Terapi Urut Guasa Tradisional Cina menyebutkan dalam bukunya bahawa guasa mempunyai keistimewaan tersendiri. Beliau mendakwa ia berasaskan kepada teori perubatan dan kaedah praktikal dengan bukti klinikal.

Di Malaysia, kaedah terapi ini semakin popular di kalangan masyarakat Melayu dan India. Terdapat beberapa testimoni daripada orang Melayu dan India yang mengamalkan guasa dalam buku berkenaan.

Pengamal guasa, Jamaluddin Ahmad yang sudah lapan tahun berpengalaman dan mendalami terapi itu memberitahu, beliau tertarik dengan guasa selepas diperkenalkan oleh seorang rakannya. Sejak mengamalkan guasa, bisa-bisa badan dan sendi yang dideritainya selama enam tahun akhirnya mulai berkurangan.

Terang Jamaluddin, ‘gua’ itu bermaksud gesek dan ‘sa’ pula ialah tempat yang sakit yang mengeluarkan bintik merah. Maka guasa ialah satu perbuatan menggesek pada badan sehingga mengeluarkan bintik merah yang merupakan toksin dalam badan.

“Teknik guasa mudah. Ia boleh dilakukan di mana-mana. Boleh lakukan sendiri atau minta orang lain lakukan bagi tempat yang sukar dicapai seperti bahagian belakang badan. Ia boleh dilakukan dengan berpakaian atau tidak.

“Sudah tentu urutan tidak beralas pakaian kesannya lebih baik,” katanya ketika melakukan demonstrasi pelaksanaan terapi asas guasa di pejabatnya di Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur.

Yin dan yang

Menurutnya, sesiapa sahaja (melainkan orang tua yang terlalu uzur, terlantar sakit atau ibu mengandung) digalakkan melakukan guasa. Cuma gesekan dilakukan mengikut usia dan personaliti individu. Jika seseorang itu muda dan kuat, gesekan boleh dilakukan secara lebih pantas dan sebaliknya.

Mengenai penggunaan papan yang diperbuat daripada tanduk kerbau, Jamaluddin berkata, tanduk kerbau dipilih kerana mengikut kajian perubatan China ia mempunyai elemen sejuk. Dalam masyarakat China menerusi konsep keharmonian bertentangan yin dan yang, badan disifatkan sebagai panas.

“Ia juga lebih baik daripada penggunaan bahan plastik yang bersifat elektrostatik yang mungkin mengganggu fungsi tubuh dalam reaksi dengan guasa. Ada juga yang menggesek dengan bahan-bahan yang mahal seperti jed dan ada yang gesek menggunakan bahan seperti duit syiling tetapi takut ia mencederakan kulit,” katanya.

Jamaluddin memberitahu, guasa bertindak seperti mengenal pasti titik-titik bahagian tubuh dalam akupunktur namun ia lebih mudah kerana ia bukan mengesan titik sebaliknya melakukan gesekan pada meridian titik iaitu garisan yang menghubungkan titik-titik bahagian badan itu.

Gesekan

“Terapi asas guasa bukan sahaja dapat melegakan tekanan tubuh kerana ia dapat menyingkirkan toksin berupa sel-sel tubuh yang mati dan terhimpun pada tubuh yang mengganggu pengaliran darah.

“Terapi juga dapat mengesan penyakit. Rawatan guasa merupakan langkah seterusnya yang sukar untuk dijelaskan di sini kerana gesekan perlu dilakukan di bahagian-bahagian tubuh berlainan dan melibatkan 400 penyakit termasuk migrain, sakit tulang, insomnia, barah payu dara, mati pucuk, buasir, masalah paru-paru, jantung, usus dan banyak lagi,” katanya.

Menunjukkan terapi asas, ia dimulakan dengan gesekan pada bahagian kepala model pesakit. Kepala digesek menghala dari belakang ke depan bermula bahagian atas tengah diikuti kiri dan kanan kepala. Gesekan dilakukan pada setiap bahagian di antara 20 hingga 30 kali. Jika gesekan berjalan lancar ia mungkin menunjukkan pesakit tidak ada masalah penyakit kepala seperti migrain.

Kemudian beralih ke bahagian belakang tubuh badan. Gesekan dilakukan pada tulang belakang dari atas ke bawah. Semasa gesekan dilakukan kelihatan warna-warna merah keluar dari tubuh badan pesakit.


Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2010/07/terapi-guasa.html#ixzz21JDJ14Hb

Urutan guasa pada wajah boleh dilakukan sendiri...
Anda boleh lakukan sendiri selepas menyapu VCO pada kulit wajah setiap pagi sebelum  mandi.

2 comments:

  1. HI Faezah...
    Papan Guasa boleh dibeli di outlet ELKEN. Catalyst belum mengeluarkan 'Papan Guasa' untuk urutan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...