Friday, May 31, 2013

Tip Catalyst : Masalah Kitaran haid tidak teratur dengan produk Catalyst..VCO + Mexorea + Femme Vita

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.....

Kali ini kami akan berkongsi dengan anda tentang Mexorea dan Femme Vita lagi! Seperti yang kami janjikan dalam entri Tak Sabar nak kongsi tip-tip pemakanan mexorea....teruja giler! 

Hari ini tip untuk yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur / tidak tetap.
Kitaran haid yang tidak teratur seringkali dikaitkan dengan masalah kesuburan. Menurut Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan, dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Dr. Adilah Ahmat :

"kitaran haid dipengaruhi hormon kewanitaan, iaitu estrogen dan progesteron iaitu proses penyediaan lapisan endometrium (lapisan paling dalam uterus) untuk kehamilan. Jika kehamilan tidak berlaku, dinding ini akan runtuh dan dibuang sebagai haid. Kitaran haid berlaku pada purata 28 hari atau 26 hingga 35 hari."

Lagi tentang isu ini...
Manakala pendarahan haid pula biasanya berlaku dalam tempoh tiga hingga lima hari. Kitaran haid terbahagi kepada dua fasa, iaitu folikular (permulaan pendarahan hingga ovulasi berlaku) dan proliferatif (selepas ovulasi). Perubahan corak kitaran haid berpunca daripada perubahan jumlah dan masa pengeluaran hormon oleh kelenjar tiroid, adrenal, pituitari dan hipotalamus yang menyebabkan ovari lambat atau tidak mengeluarkan telur.

Tanpa ovulasi, haid biasanya tidak berlaku. Namun dalam sesetengah keadaan, hormon boleh menyebabkan pendarahan yang tidak menentu masa dan jumlah sama ada terlalu sedikit atau banyak. Bahkan, masalah berat badan yang terlalu kurus atau gemuk antara faktor lazim yang mengganggu proses ovulasi, selain gangguan emosi, tekanan, tempoh penyembuhan daripada penyakit atau pembedahan turut menyebabkan kitaran haid tidak teratur.

Malah kelenjar tiroid, pituitari dan adrenal boleh menyebabkan sesuatu hormon dikeluarkan terlalu sedikit atau sebaliknya. Pernah mengalami haid, walaupun sekali, bermakna wanita itu mempunyai rahim, ovari (yang mengeluarkan hormon estrogen dan progesteron) serta laluan keluar (vagina) yang telus.

Ramai menyangka haid yang jarang berlaku disebabkan saluran fallopio tersumbat. Sebenarnya masalah ini berkait rapat dengan hormon, bukan struktur laluan haid. Menurut Dr Adilah lagi, oleh kerana kitaran haid tidak teratur berpunca daripada gangguan proses kematangan dan pengeluaran telur, ia secara tidak langsung menjadi petanda wanita berkenaan mengalami masalah kesuburan.

Ini kerana jika tidak berlaku ovulasi untuk satu pusingan haid, bermakna tiada peluang untuk hamil pada pusingan berkenaan. Pada golongan ini, ovulasi hanya berlaku pada pusingan tertentu, malah ada kemungkinan ovulasi berlaku sangat jarang atau tidak terjadi langsung.

Bagaimanapun, haid yang tidak teratur tidak mengakibatkan pertambahan berat badan. Anggapan haid tersekat (jarang berlaku) boleh menyebabkan pengumpulan kotoran dalam badan dan berat badan bertambah adalah salah. Sebaliknya, berat badan berlebihan atau terlalu kurus menjadi punca kitaran haid tidak teratur. Masalah gemuk juga dikaitkan dengan penyakit Sindrom Polisistik Ovari (PCOS).

Wanita dengan PCOS biasanya mengalami berat badan berlebihan, haid tidak teratur, petanda berlebihan hormon androgen (kulit berminyak dan berjerawat, rambut berlebihan pada kawasan misai dan janggut), serta masalah kesuburan. Mereka juga menghadapi risiko mendapat penyakit kencing manis dan penebalan lapisan endometrium secara berterusan.

Rawatan paling popular adalah rawatan jangka pendek menggunakan hormon estrogen dan progesteron untuk mengembalikan haid. Bagi mereka yang lama tiada haid, pil hormon progesteron boleh diambil untuk beberapa hari. Manakala pil hormon berkombinasi (mengandungi hormon estrogen dan progesteron) diambil oleh wanita yang haidnya tidak menentu dan mengalami pendarahan banyak. Pil ini bertindak seperti hormon, iaitu merangsang penebalan dan pematangan lapisan endometrium.

Rawtan selanjutnya pula akan diberi mengikut punca masalah dan keperluan setiap individu. Contohnya bagi wanita yang mengalami masalah berat badan, doktor akan merancang corak pemakanan dan senaman untuk mereka. Manakala bagi wanita belum berkahwin atau tidak mahu anak, pil hormon berkombinasi perlu diambil untuk beberapa bulan. Wanita yang mengalami masalah untuk hamil pula disaran menjalani rawatan kesuburan bagi merangsang pengeluaran telur serta ubat sampingan.

Kesan sampingan berbeza mengikut jenis rawatan dan pengambilan hormon kesuburan boleh menyebabkan lebih satu telur dikeluarkan dan risiko mendapat kehamilan kembar (dua atau lebih) boleh berlaku. Pengambilan pil hormon biasanya menyebabkan rasa loya dan pening. Penghidap PCOS pula berdepan risiko mendapat ovarian hyperstimulation syndrome. Segera berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan fizikal termasuk tekanan darah, berat badan, ketinggian, kelenjar tiroid, dada dan abdomen.

Bagi wanita yang melakukan hubungan seks, pemeriksaan dalaman juga boleh dilakukan seperti ultrasound ke atas rahim dan ovari serta ujian darah. Ini untuk memastikan gangguan ini bukan disebabkan penyakit lain.

Bagaimana Catalyst membantu mereka yang mempunyai masalah kitaran haid tidak teratur ?

Tip Pemakanan VCO, Mexorea dan Femme Vita bagi mereka yang mengalami masalah haid tidak teratur

Wednesday, May 29, 2013

Tak sabar nak kongsi tip-tip pemakanan mexorea...teruja giler!


Tip pemakanan mexorea dan femme vita di atas nie..kami pernah kongsikan kepada follower dalam FB page kami.

Jika anda lihat tip yang kami kongsikan ini...set yang lengkap bagi persediaan kepada wanita yang telah berumahtangga untuk mendapatkan zuriat. Anda mungkin tertanya - tanya...kenapa mexorea.....dan Femme Vita menjadi rangkaian produk wanita yang lengkap untuk set persediaan mendapat zuriat?

Dalam sesi pembelajaran kami bersama DC Sarawak, Cik Amni - Maklumat yang diperolehi daripada Puan Rozana Pakar Pemakanan dan Herba menjelaskan bahawa Mexorea adalah lengkap bagi memperbaiki sistem peranakan dan dalaman wanita, manakala bagi  Femme Vita pula membantu menstabilkan hormon wanita. Sebab itulah rangkaian Mexorea dan Femme Vita di makan beriringan.
Menarik bukan?!!

Sebenarnya ada beberapa tip lagi yang akan kami kongsikan kepada anda! Tunggu pada entri yang akan datang wokeyyy!

Wednesday, May 8, 2013

Thursday, May 2, 2013

Inspirasi VCO : Penyakit Demensia (sejenis penyakit Alzheimer) Pat Summitt di atasi dengan amalan VCO...

Pat Summitt....

Pat Summitt berjuang selama beberapa bulan dan amat bingung bagaimana cara untuk memberitahu pemain bola keranjang wanita di Tennessee, pelatih-pelatih dan peminat-peminat bahawa beliau menghadapi masalah hilang ingatan (dementia).

Pada 21 Ogos, 2011 jurulatih bola keranjang wanita yang berusia 59 tahun mengejutkan dunia sukan dengan mengumumkan bahawa dia telah didiagnosis menghidap penyakit demensia peringkat awal, iaitu sejenis Alzheimer.

Pat Summitt adalah jurulatih bola keranjang sukarela pasukan Tennessee yang pernah memecahkan rekod kemenangan pasukannya yang ke 1000 kali baru-baru. Kejurulatihannya amat terserlah malah mengatasi kecemerlangan seluruh jurulatih bolakeranjang Amerika, termasuk jurulatih-jurulatih lelaki.

"Saya merancang untuk terus menjadi jurulatih anda," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh universiti. "Jelas sekali, saya sedar saya mungkin mempunyai beberapa batasan dengan keadaan ini kerana ada beberapa hari yang baik dan beberapa hari yang buruk."

Pat Summitt mengendalikan perbincangan mengenai diagnosis demensia beliau dengan cara yang sama dia menguruskan pasukan bola keranjang Tennessee dan hidupnya: dengan kawalan dan ketegasan. Jurulatih terkemuka ini merencanakan bagaimana berita tentang keadaan dirinya yang disiarkan pada bulan Ogos 2011 dan menekankan bahawa dia mahu tumpuan diberikan kepada program Sukarelawan Bola Keranjang Wanita Tennessee dan tidak dia.

"Itulah sebabnya apabila saya berjaya keluar dari permasalahan dementia dan Alzheimer," kata Summitt. "Saya tahu saya telah melakukannya, dan saya gembira mengenainya. Saya telah mendapat satu pelan permainan yang baik. Saya berasa selesa mengenainya, dan saya fikir ia akan memberi lebih suntikan motivasi kepada pasukan wanita ini. "

Pengarah olahraga Tennessee, Joan Cronan berkata Summitt mula menunjukkan masalah ingatan akibat kesan sampingan daripada ubat yang diambil untuk merawat ‘artritis reumatoid’. Pat Summit mula-mula menemui doktor-doktor tempatan, dan mereka mencadangkan agar beliau menjalani penilaian lanjutan. Pada bulan Mei, dia pergi ke Klinik Mayo di Rochester, Minn., di mana doktor telah menjalankan uji cecair tulang belakang dan ujian-ujian lain yang akhirnya menghasilkan diagnosis.

Semuanya ini telah merubah rutin harian Pat Summitt. Semasa minum kopi pagi, dia akan bermain permainan mencerdas minda menggunakan iPad atau melakukan permainan kemahiran matematik untuk membantu memastikan pemikirannya sentiasa fokus. Beliau mencampur minyak kelapa ke dalam minuman protein hariannya. Anaknya Tyler Summitt menulis senarai tugasan untuk memastikan beliau melaksanakannya, dan Pat Summitt kadang-kadang akan mengambil beberapa tambahan di luar dosej harian yang telah ditentukan, dan inilah dakwa beliau sebagai kunci kejayaan beliau keluar dari igauan kehilangan ingatan (dementia).


Inspirasi VCO : Keajaiban VCO mengubah kehidupan Selina Aurora Sayong..

Pengalaman Selina Aurora Sayong, seorang rakyat Filipina, bekerja dalam bidang pemasaran dan pengiklanan telah berkongsi cerita mengenai keajaiban minyak kelapa untuk mengatasi masalah kegagalan ginjal (penyakit buah pinggang) agak menarik. Di sini kami kongsikan untuk pembaca wacanawardina.blogspot.com


artikel dari Manila Bulletin oleh Lai Suarezreyes

Pendedahan ini penulis petik daripada penulisan Lai Suarezreyes, Manila Bulletin keluaran 14 Mac 2004. Walaupun terbitan ini sudah agak lama, percayalah kata-kata penulis bahawa masih ramai di kalangan kita  masih belum mengetahui atau tidak ambil kisah mengenai keajaiban Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil.

Berikut artikel oleh Lai Suarezreyes....


Dia, Selina A. Sayong telah melihat kematian di depan mata dan keluar dengan penuh kemenangan.

Selina berada di puncak kerjaya ketika masalah ginjalnya meledak pada tahun 1991. Dia menjalani dialisis selama dua tahun dan telah menjalani pembedahan menukar ginjal tahun 1994. Malangnya, tubuhnya menolak ginjal baru yang disumbangkan oleh seorang penderma pada tahun 2000.

"Terus terang, saya merasa lebih baik sekarang daripada ketika saya masih seorang pesakit transplantasi kerana pemindahan buah pinggang telah menetapkan sendiri batasan. Anda harus berhati-hati dengan ubat-ubatan yang anda ambil, makanan yang anda makan, dan berbagai-bagai lagi. Semangat kerohanian saya lebih tinggi sekarang dan saya lebih menyedari misi saya dalam hidup," kata Selina dengan keyakinan.


Penulis pernah menemui beberapa penderita gagal ginjal, sedang menjalani dialisis, satu kes terpaksa menjalani dialisis 2 kali seminggu, masih ragu-ragu apabila dicadangkan mengambil MKD bagi meringankan penyakit yang ditanggung. Salah seorang memberi alasan tidak berani mencuba MKD kerana doktor menasihatkannya jangan mengambil makanan bersumberkan minyak, kerana ini akan lebih memudaratkannya.

Minyak kelapa dara berperanan menyingkirkan toksin dalam sistem badan kita atau dikenali proses detoksifikasi. Ada penelitian menunjukkan bahwa kandungan asid laurik yang terdapat dalam minyak kelapa dara berkesan menyerang dan melumpuhkan pelbagai jenis virus dan bakteria.

"Hal ini juga membina sistem kekebalan tubuh sama seperti susu ibu (yang mengandungi asid laurik)," tambahnya. "Ini harus diambil secara meminum (satu sudu makan, 2 kali sehari). Mereka yang tidak suka dengan rasanya boleh mencampur minyak ini dengan nasi panas, kopi, susu atau teh, dan lemak ini meningkatkan selera makan .."

Dalam sebuah buku berjudul “The Healing Miracles of Coconut Oil” / "Keajaiban Penyembuhan Oleh Minyak Kelapa," Bruce Fife menyatakan bahawa minyak kelapa dara memperkuatkan sistem imun badan.

"Bahkan, ibu yang dijangkiti HIV di Afrika Selatan yang mengambil minyak kelapa dara dibenarkan untuk menyusui bayi mereka kerana asid laurik (ada dalam susu ibu, seperti juga dalam minyak ini) dipercayai dapat mencegah pemindahan virus," jelas Selina.

Melihat kepada begitu efektifnya minyak itu, Selina dan rakan Marie dan Sammy Lapay menubuhkan syarikat Rare Earth untuk mengedar minyak berkenaan. Ramai "teman dialisis" Selina sekarang mendapatkan minyak darinya kerana mereka juga merasakan kuasa penyembuhannya. Cuba baca artikel : Her Oil Over Troubled Water.

VCO mempunyai khasiat aromaterapi, sesuai untuk dijadikan minyak urut seperti Lavender dan Teh Hijau Kelapa adalah komoditi yang popular bukan sahaja untuk peminat kesihatan tetapi juga untuk pemilik pusat SPA.

"Saya bekerja sepenuh masa dengan RareEarth yang juga menjual produk-produk lain seperti air Hexagonal (yang juga baik untuk detoksifikasi kerana kandungan alkali nya), Nira Kahal (fermentasi dari air kelapa muda), dan sardin stail De Mari Spanish," sambung Selina.

Selain memasarkan dan mempromosikan produk kesihatan, Selina mendedikasikan saki baki hidup dengan memupuk kesedaran tentang kesan minyak kelapa terhadap penderita kegagalan ginjal melalui kaunseling.

Selina bercadang untuk menubuhkan sebuah yayasan buah pinggang untuk membantu pesakit buah pinggang.

Untuk maklumat lanjut tentang Virgin Coconut Oil / Minyak Kelapa Dara keluaran Catalyst Neutraceutical sdn. bhd hubungi kami : 013-8022278 / 019-8292278 @ www.facebook.com/catalystkotasamarahan

Header terbaru Catalyst Sarawak...

Kami Team Catalyst Sarawak sekarang dalam melaksanakan transformasi sepanjang tahun 2013 ini. Sebagai permulaan....Team Catalyst Sarawak mereka bentuk header bagi frontpage bagi Facebook / blog masing-masing. 

Header baru yang Stokis Kota Samarahan...
Hasilnya....alhamdulillah. Puas hati sangat. Tak perlu modal besar pun nak buat marketing....(sebab ada orang kata perlu modal kalo nak buat iklan atau apa-apa pun...) Apa yang penting bagi kami....anda semua berpuas hati dengan perkhidmatan kami. Sekiranya pengguna mempunyai masalah..boleh terus berhubung dengan kami.. Insya Allah...kami sedia membantu.

Kami harap anda suka...

Kebaikan Virgin Coconut Oil (VCO) Catalyst dalam kehidupan kita seharian..

Inilah sebabnya kenapa kami selalu menyarankan pembeli untuk menyediakan VCO liquid di rumah. Anda mungkin tidak menjangka sebarang kemungkinan atau kecemasan bila berada di rumah, pejabat atau semasa  aktiviti luar.

Seperti contoh :

1. Luka terkena benda tajam....anda sapukan VCO Catalyst pada luka tersebut - untuk memastikan darah tidak terus mengalir dan membasmi kuman pada luka. VCO mampu mengelak jangkitan bakteria!

2. Masalah kulit seperti kurap, ruam, jeragat, alahan, kesan gigitan nyamuk, jerawat dan pelbagai lagi....anda perlu sapukan VCO Catalyst pada kawasan yang terkena jangkitan - untuk pastikan VCO meresap bagi mengatasi masalah protozoa atau bakteria pada kulit tersebut.

Dann....banyak lagi kelebihan VCO Catalyst pernah kami kongsikan dalam entri-entri sebelum ini.
Anda dapat manfaat...kami senang hati!

PROMOSI CATALYST NEUTRACEUTICAL SDN. BHD

Semalam cuti sempena Hari Pekerja 2013...so blog kami pun bercuti juga dari sebarang entri. Tup...tup semalam dapat berita baik dari SDC Catalyst Sarawak! Kira....ini lah berita baik untuk pengguna Catalyst sepanjang bulan Mei 2013
Catalyst Neutraceutical Sdn Bhd dengan cerita baru sepanjang bulan Mei 2013...

Harga Diskaun yang anda dapat sepanjang bulan Mei 2013....JIMATTT!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...